Ticker

6/recent/ticker-posts

Kekeliruan Yang Sering Terjadi Dalam Istikarah

ehsan google 

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad. Ramai yang duduk PM acik di facebook tentang istikarah. Solat sunat istikarah seharusnya kita lakukan ketika kita dalam dilema dan dalam kekeliruan untuk memilih. 

Ramai yang keliru, mengatakan kenapa bila buat solat istikarah tidak dapat petunjuk dan bila buat solat istikarah itu nampak wajah seseorang bersilih ganti?


 

Sebelum itu, fahami kenapa kamu buat solat istikarah ? 


Istikarah itu bukan khusus hanya untuk mencari jodoh tetapinya pelbagai pekara lagi ketika kita mempunyai pilihan dua atau lebih.Istikarah bukanlah keputusannya untuk sesuatu pekara yang kita ingini secara langsung.Maksudnya bila kita lakukan istikarah adakah dia jodoh yang terbaik  ? dan lepas tu terus dapat mimpi dan itu petunjuk untuk kita ?  tidaklah seperti itu.


Kita anggap ianya adalah jalan muktamat dalam pencari jodoh. Yelah kadang ada orang buat istikarah tapi tak dapat apa-apa petunjuk. Bagaimana ? 


Istikarah sebenarnya adalah untuk menenangkan hati kita dan ketetapan hati ini dalam membuat pilihan. Selain meminta pertolongan menguatkan hati kita dalam keputusan yang akan di buat.


Kekeliruan sering berlaku di sebabkan oleh faktor kita tidak faham tentang istikarah. Meh acik bagi situasi.


 


Pertama : kita dah bertunang, tetapi kita ragu adakah keputusan kita itu tepat atau tidak. Lalu kita buat solat istikarah.Lepas itu , kita kata dapat mimpi bahawa kita nampak wajah orang lain bukan tumang kita. Kita pun kata petunjuk istikarah itu dan kita putuskan tunang dengannya dengan katanya pertunangan itu satu kesilapan.

Kedua : kita dah lama membujang jadi ingin mencari jodoh. Lalu kita solat istikarah dan lalu kita nampak wajah si gayah. Kita pun terus memberitahu kepada si gayah .Si gayah menolak sebab dia ada pilihannya. Kita memaksanya dan ugut dia bahawa dia adalah keputudan istikarah kita. Dan dia harus terimanya.


Makin kelirukan?hati pasti gundah gelana dan kecewa kerana semua pekara itu. Kita sering lupa tentang satu pekara ini selain istikarah iaitu  istisyarah.


Istisyarah adalah seperti kita meminta pendapat dan pandangan dari orang lain.


Contoh mudah adalah melalui ibu bapa kita.Kumpulkan maklumat tentang pilihan kita dan cuba bawa berbincang dengan ahli keluarga yang mana yang terbaik dan sesuai untuk kita.


Selepas itu barulah lakukan istikarah sebagai penenang keadaan untuk kita membuat keputusan.


Tiada dalil yang khusus yang menyatakan istikarah melalui mimpi tetapi ianya dalam pelbagai bentuk,seperti pilihan ibu bapa.Kadangkala, kita yang sibuk memikirkan ini dan itu, maka ia keluar dalam bentuk mimpi. Walau apa pun yang kita nampak, kita sebenarnya ‘lihat’ apa yang kita mahu. Dari situ, kita keliru dan kemudian sibuk menyatakan “inilah dia petunjuk daripada Tuhan!”

Kita lupa bermesyuarat dulu dengan keluarga. Sepatutnya kita bentangkan pilihan-pilihan yang ada, dan bincangkan pro dan kontra setiap pilihan. Dari situ kita menilai dan menimbang.



Contohnya dalam peperangan Badar apabila Rasulullah mahu memilih kawasan yang jauh daripada mata air. Para sahabat pula mencadangkan supaya dipilih tempat yang dekat dengan mata air.

Selepas mendengar penerangan betapa pentingnya membuat kem berdekatan dengan mata air, Rasulullah terus menerima cadangan sahabat itu relevan dan jauh lebih baik daripada cadangan yang pertama tadi. 

Ahhh jika sudah bertunang seperti situasi pertama tadi, apa lagi di fikirkan ?  jalani kehidupan itu bersama tunangmu. Ketika kita dalam kusutnya dan pertunangan kita seolah tak dapat di selamatkan kerana sebelum pihak curang.Bagaimanapun, perlu pula istikharah bagi menentukan ‘apakah putus tunang ini baik untuk aku dan dia?’. Begitulah alternatifnya.

Semestinya istisyarah jangan ditinggalkan dalam situasi sedemikan. Berbincang dengan keluarga, minta pendapat orang-orang tua yang kita kenali, ustaz, dan ustazah yang kita rapat.Nak tahu cara lakukan solat istikarah ? 

Jawapan solat istikarah pelbagai cara, antaranya selepas berdoa atau solat, berbincang dengan orang yang boleh dipercayai dan berpengalaman, juga melihat kepada tanda-tanda sekeliling termasuk bakal pasangan(dalam hal nikah kahwin).Sejauh manakah kita perlu berpegang dengan jawapan istikharah, jawapannya tiada sebarang paksaan, malah jika gerak hati dan bermacam lagi. 

Akhir kata dari acik, percayalah pada istikarah dan yakin ketentuan Allah. Pastinya dia akan berikan jawapan dalam kita tak duga dan tak sedar. Yang penting lakukan dulu , jika sekali buat masih buntu, buatlah kedua dan ketiga. InshaAllah pasti ada petunjuk dariNya. Jangan lupa juga lakukan istisyarah untuk di bawa berbincang.Jika kita rasa jawapannya masih belum ada lagi, bersabarlah Allah tahu yang terbaik untuk kita. Mungkin di rahsiakan untuk kita untuk perancangan yang Maha hebat yang kita tak tahu. 

Catat Ulasan

14 Ulasan

Syira Lokman berkata…
yakin dgn Allah insyaAlah semuanya oke :)
I N A A I N A A berkata…
Betul apa yang diperkatakan oleh Achik.. Dulu ena malas nak beristikarah, lepas tu mudah sangat tak redha dengan ketentuan Allah. Sekarang ni baru tersedar dalam lamunan. Istikarah tu sangat penting dlm mencari jawapan yg sebenarnya
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Betul tu Acik ...Kak Lya setuju sangat ..YAKIN DENGAN ALLAH ..kena yakin atas ketentuan yang telah Allah atur utk kita ...
Shahrul Yusof berkata…
Perkongsian yang bagus Achik :-) Solat itu penting juga untuk menguatkan jiwa kita yang sedang dilanda dilema. Hidup kita bukannya hari-hari lancar. Kadang-kadang, terbabas jugak.
Mayang Sari berkata…
kesimpulannya..tepuk dada..tanya iman... :)
macam terlupa dengan perkataan istisyarah tu..asal dari perkataan syura atau bincang/mesyuarat..
ulasan terbaik acik.. moga jadi panduan buat mereka yang sedang dalam dilema...
tarmizi berkata…
kalau da solat istikarah dah dapat petunjuk dari allah mohon buat solat syukur pulak. Adat la bertunang banyak dugaan solat sahaja jalan penyelesaian jangan buat buat keputusan yang salah.
betul tu... bagaimana sekalipun istikharah adalah pilihan yg baik kalau kita dalam serba salah... mudah2an membawa berkat... tapi bab kekeliruan pasal istkharah tu saya setuju... paham bebetul solat tu baru kerjakan
Unknown berkata…
terima kasih atas perkongsiannya.. first time visit your blog.. nice blog
paridah berkata…
ISTIKHARAH LAKUKAN BERULANGKALI SEHINGGA YAKIN DGN KEPUTUSAN..INSYA ALLAH.
kuchalana berkata…
kadang2 orang kita nie main hentam je...tak faham tapi buat-buat faham
Unknown berkata…
Istikharah bukan buat srkali dah dapat petunjuk... Buat betkali ksli dengan penuh pengharapan moga Allah bsntu kita memilih yang terbsik daripada yang baik....
Akakpun bt istiqarah waktu kawin dulu...endingnya bercinta dgn orang lain tapi kawin dengan orang lain kerana sksk yakin dengan petunjuk yang skak dapat..alhamdulillah 9 tahun telah berlalu..
SalbiahM berkata…
Istikharah ni, ramai yang masih keliru.sebenarnya ia untuk memohon kekuatan hati dan Allah bantu buat keputusan terbaik.thanks atas pencerahan tu, acik.