ehsan google |
Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Bagaimana hari-hari anda semua ?acik harapkan semoga lebih baik. Setiap hari acik cuba untuk keluar dari topik tentang cinta tetapi itu jugalah yang datang dengan bertalu-talu. Jadi rasa bersalah pula jika tidak kongsikan pendapat.
Zaman sekarang cinta itu di anggap sesuatu yang biasa dan semua orang mampu rasainya. Teknologi yang maju dan perkembangan media sosial itu membuatkan cinta itu cepat datang dan pergi. Kes curang berlaku berleluasa, kes fitnah sana sini terjadi, pelbagai lagi kadang tak masuk di akal. Tak macam orang dulu yang sabar menanti sepucuk surat yang berhari-hari tibanya.
Okay tak mahu berceloteh panjang acik ingin kongsikan 7 perlu di elakkan untuk mengekalkan perhubungan.
1. Jangan terlalu over expose tentang pasangan kamu.
Ini masalah yang sering terjadi, di fb, di twitter, instagram mahupun di mana sahaja semua gambar dan kisah percintaan kamu di siarkan. Katanya baru romantik dan so sweet. Tapi tahukah kamu sebenarnya ia menyebabkan 50 % boleh berlaku masalah . Sebabnya, pastinya ada yang cemburu dan rasa tercabar apabila melihat kamu berdua. Ada mereka yang cuba untuk lakukan di luar jangkaan kamu. Yelah mananya tidak ,siap bertag nama dia sahaja lepas tu wall to wall kisah cinta kamu dengan kekasih hati. Kadang jelak juga dengan perbuatan seperti itu. Kan lebih elok kita sembunyikan dulu bila dah halal ( jadi suami isteri) silakanlah tapi yang sepatutnya sahaja ye..
2. Jangan terlalu ceritakan masalah/Kisah Indah kita di laman sosial.
Acik tahu, kadang kala kita sunyi perlukan tempat luahan untuk di kongsikan. Laman sosial tempat yang umum di mana kita boleh berkongsi apa sahaja. Ketika kita sedih kita hanya perlukan seseorang yang dapat mendengar cerita kita. Jika yang datang lain jantina , mungkin bibit cinta lain akan berputik ? Setiap manusia memang ada masalah tersendiri kan lebih elok di luahkan pada Allah yang Maha Mengetahui segalanya, Dia jugalah yang mampu menyelesaikan masalah kita.
3. Jangan siarkan gambar berdua, rapat-rapat dan selfie bersama
Pasti akan ada yang bertanya , kenapa ? salah ke nak ambil gambar je bukan buat apa je. Pada kamu tak salah tapi pada acik salah sebab apabila kamu bukan mahram bergambar berdua-duaan sambil berpeluk dan kelakuan yang kononnya ala-ala sweet. Setiap yang memandang ini dapat sahamnya kerana membiarkan ianya terjadi. Seolah juga kamu mencabar Allah bahawa kamu lakukan itu tanpa merisaukan Dia melihat apa yang kamu lakukan. Orang pun kadang mendoakan pekara-pekara yang tidak baik untuk kita.
4. Terlalu bersosial di laman sosial.
Haha macam mana itu, memanglah laman sosial di gunakan untuk bersosial tetapi tidaklah sampai keterlaluan. Semua lelaki yang mesej kami kamu, kamu layan dan kadang hal-hal sepatutnya yang di bicarakan. Yang lelaki pula duk stakler dan cari cara untuk merayu semua perempuan di laman sosial.
Ada juga kes yang terjadi di mana dia memburukkkan pasangan untuk meraih simpati untuk mencari cinta yang lain. Gunakan medium di jalan yang betul semuanya bergantung pada niat kita. Kejujuran itu penting dalam sebuah perhubungan. Sering terjadi telefon, SMS dengan orang lain silih berganti.
5. Terlalu mengharapkan kesempurnaan
Sering yang terjadi kita terlalu letakkan syarat untuk pasangan kita, kalau boleh nak abang sado, cantik macam Neelofa, tinggi lampai, pipi ada lesung pipit dan macam-macam lagi. Sehinggakan kita banyak menolak dan menyakiti hati orang lain. Dengan pasangan kita ,kita ingin dia sempurna seperti apa yang kita mahukan. Itu mustahil kerana setiap manusia tiada yang sempurna walhal diri kamu sendiri, maka terimalah kesederhanaan seseorang itu untuk melengkapi diri kamu agar ianya jadi sempurna. Bukan itu lebih baik ?
6. Lupa berdoa kepada Allah
Ini yang sering terjadi, cari jodoh ,bercinta bagai nak rak. Berkasih kasihan dan inginkan dia menjadi pasangan kita. Tapi kita lupa pada Allah ,Dia kan yang berikan perasaan suka dan sayang itu dan Dia jugalah yang akan temuikan pada pasangan yang tepat. Kenapa kita lupa padaNya?
Jika inginkan jodoh yang baik, jadilah baik dulu dan Allah tahu yang terbaik untuk kita. Berusaha dan berdoa padaNya agar kita di berikan jodoh yang baik.
7. Terlalu percaya dan serahkan segalanya.
Masa bercinta kita adalah saat indah kita dengan dia. Semuanya nampak manis. Kita sanggup buat apa sahaja untuk orang yang kita sayang. Padahal hal itu hanya sifat sementera, besederhanalah dalam segalanya hal yang kita lakukan. Berserah pada Allah dan sentiasa percaya jodoh Allah itu lebih baik.
Kadang kalau semua pekara kita kongsikan dan di jadikan wadah ketika bercinta, bagaimana nanti jika dah kawin ? apa lagi yang ingin di kongsikan ? rasa sayang itu mula hilang perlahan-lahan dan kita mencari teman pengganti yang lain untuk kita. Adakah itu wajar ?
Wahai remajaku,adakah kamu tak percaya pada Jodoh pada Allah berikan ? memang kadang lambat tapi itulah yang terbaik untuk kamu. Acik pun di uji soal hati tapi biarlah Allah tempat kebergantungan kita. Dia tahu yang terbaik dan lebih baik untuk kita. Bercintalah kerana Allah, datangnya cukup indah dan pergilah kita rasa tenang kerana kita ikhlaskannya.
Pertemuan ini menjadi suatu berarti
Dikala diri menepi untuk warna-warna hati
Ruang-ruang jiwa hanya untuk maha kuasa
syair-syair cinta tercipta karna dia
Kupu-kupu cinta
terbanglah tinggi menuju jalannya
Hinggaplah engkau dibunga yang indah
Terbang bersama hembus angin cinta
Ya illahi Robbi
Tiada lain hanyalah namamu
Satukan Cinta ini dalam bingkai
Untaian ridhomu
Pertemuan ini menjadi suatu berarti
Dikala diri menepi untuk warna-warna hati
21 Ulasan
terima kasih perkongsian ini... pasangan remaja kena ambil tip2 nie.. nice tips.
mselim3
Bercintalah tapi berpada-pada. Jaga batasan dan kehendak agama..insyaAllah anda bahagia..
nasihat dari doctor cinta....
:)
http://www.adarain.com