Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah,ucaplah syukur. Marilah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Acik memang suka selfie dengan mak acik .Dialah kekuatan jiwadan pendorong hidup ini.
Tak sangka ramai duk perli, katanya acik "anak mak". Definasi mereka anak mak ini adalah anak yang manja , segalanya di tentukan oleh mak. Mak kawal segalanya. Haha bila acik lihat diri ini tidaklah pulak seperti itu.
Acik memang rapat dengan mak sejak kecil lagi. Kalau kemana sahaja mesti dengan mak, tolong mak masak kat dapur dan macam-macam lagi. Kalau remajalain mesti malu kalau jalan ke bandar dengan mak. Kalau acik tidak, tak jadi masalah. Kalau jalan kemana mak akan pegang tangan.
Hahaha itulah realiti, pada acik tak kisahlah orang nak gelar acik apa pun. Paling penting adalah mak bahagia dan mak rasa dirinya di hargai.Pemergiaan abah memberi kesan dalam hidupnya maka tugas kami anaknya untuk membuatkan hari-harinya lebih ceria.
Lagi satu tanggungjawab kita anak lelaki besar. Kita mesti menjaga dan memelihara mereka sehingga akhir hayat kita. Tak kira ibu atau ayah kita.
Dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya :
“Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”Jawab Nabi “Ibu kamu”
“Selepas itu?”- “Ibu kamu”
“Selepas itu?”- “Ibu kamu”
Kali ke 4 lelaki itu bertanya,
“Selepas itu?”Jawab Nabi “Ayah kamu”
Lihatlah betapa tingginya nilai ibu di dalam Islam. Seorang ibu tidak ada apa cara sekalipun dapat kita membalasnya. Seorang lelaki datang kepada Sayyidian Umar al-Khattab r.a dan berkata, "Saya telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu." Jawab Umar r.a., " Kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu."
Hadis di atas menjelaskan selepas Allah dan RasulNya, orang yang perlu dihormati dan dikasihi adalah ibu dan bapa. Bukan setakat menghormati dan mengasihi mereka tetapi segala keperluan hidup ,keselamatan dan hak-hak mereka perlulah di penuhi sekadar kemampuan si anak tadi.
Menurut Al Qurthubi, derhaka kepada kedua orang tua ialah menyalahi perintah keduanya, sebagaimana bakti keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya, jika perintah itu bukan maksiat. Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk jenis mubah, begitu pula bila termasuk jenis mandub (sunat).
Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah s.a.w. bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: 'Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis'. Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Jadi tak istilah anak mak atau anak ayah. Sebenarnya ianya adalah tanggungjawab kita sebagai seorang anak terhadap ibu bapa kita. Haha memanglah kita anak mak kalau anak ayam lain pula jadinya.
Akhir kalam, hargailah mereka selagi masih hidup. Jika sudah tiada penyesalan tiada guna.

13 Ulasan
tak kisah lah dia anak mak,asalkan dia tau membezakan tanggungjawab seorang anak dan juga mak..suami akak pun anak mak jugak..hehehe