Assalmualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Kalau tengah malam memang lapar betul. Kadang tu tak de nak makan apa yang tinggal maggie atau mee segera je. Apa boleh lakukan adalah buat Pizza Maggie.
Caranya senang sekali.
Pertama: ambil maggie tersebut dan rebuskan di air yang panas. Kalau nak sedap jangan lama sangat nanti benyek.Jadi sedang-sedang sahaja biar kenyal-kenyal.
Kedua : Pecahkan telur mengikut berapa banyaknnya maggie. Contoh kalau sebungkus maggie telur 2 biji. Kacau telur tersebut.
Ketiga : Lepas itu campurkan maggie dan telur di gaulkan sekali. Boleh letak perisa maggie dan gaulkan biar rata.
Keempat : panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak.
Kelima : Masaklah seperti masak lempeng.
Ini cara mudah, kalau nak sedap lagi, ada cheese, potongan peperoni mahpun sosej. Boleh buat. Perghh memang sedap. Kalau ada oven lagi senang. Sama step cuma masak guna oven untuk cheese tu cair di bahagian atas..
Ringkas dan senangkan ?
Selamat mencuba
11 Ulasan