Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara Terbaik Untuk Memilih Sebagai Orang Paling Kita Sayang Dan Jodoh Berkekalan


Assalamualaikum

Baru sempat update blog, habis dari event terus bergegas update blog di handphone. Bukan apa semalam terlalu banyak rakan rakan blogger remaja yang minta acik kongsikan tentang cinta. Wahh cinta lagi ? itulah yang di perlukan anak muda kita, cinta cinta dan cinta. Tak pelah tak jadi masalah pon ,so jom bace sedikit kisah pengajaran ini :)

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar  dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?



Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.


Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.


Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecuali jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka dengan itu terimalah seserang itu seadanya dan hargainya. Jangan dah tak ada baru nak tercari cari. Cinta itu perlu ada "give and take" bukan hanya sekadar dari sebelah pihak saje.Ikhlaslah mencintai seseorang itu kerana Allah taala.

Catat Ulasan

16 Ulasan

Sayidah Napisah berkata…
yeap hargailah pasangan sementara masih diberikan peluang utk bersama :)
Tanpa Nama berkata…
ya setuju, hargai lah dia sebaiknya kerana pasti satu hari nanti kita akan kehilangan dan tak sempat untuk menghargainya. :)
shazillahsani.com berkata…
tidak semua sedar...bila dah kehilangan baru sedar...semoga entry ini memberi kesedaran agar lebih menghargai pasangan.
Hanis Amanina berkata…
setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. sbb tu kita saling melengkapi ;)
Mama Kembar Tiga berkata…
Good sharing achik. Kita pun tak perfect, jd sebolehnya terima lah seadanya
Unknown berkata…
Yup..tak ada yang sempurna dalam kehidupan ini... Jika kita tsk dapat apa yang kita impikan.. Kita hargailah apa yang kita miliki kerana Allah lebih tau yang terbaik untuk kita... Cantik itu subjektif.. Sangat sukar untuk diertikan dengan kata kata...
Unknown berkata…
bgus betul entry ni.. mendalam !!!

#follow me on shukranzahari.blogspot.com
#nuffnangclick
#happy blogging
kuchalana berkata…
dalam memberi dan menerima..kita tak boleh menimbang tara sebab keperluan dan kehendak setiap orang tak sama..tapi cuba cari sesuatu untuk diseimbangkan..harap bro faham la ayat nie..tak reti nak jelaskan dgn lebih detail..hehehe
Khir Khalid berkata…
Perkongsian yg menarik... pasangan yg ideal pastinya dpt saling melengkapi kehidupan yg serba kekurangan ini.. in shaa Allah. Hargailah pasangan selagi ada kehidupan ini...
paridah berkata…
FALSAFAH CINTA SEJATI AGAR BERKEKALAN YA ACIK...
mrs berkata…
hargailah orang yang kita sayang..sementara dia masih sayangkan kita
farahiyah berkata…
Indahnya andai tertemu rumput terbaik tu
farahiyah berkata…
Indahnya andai tertemu rumput terbaik tu
Maria Firdz berkata…
Owh... pnh baca kisah ni. Nice entry acik..
ya betul tu...perkara yg lepas kita lupakan,
jgn buat perkara yg salah berulang kali...sekiranya kita dah bertemu,
yang terbaik jadikan dia yg terbaik utk selama-lamanya...
Bisnis Borneo berkata…
jika ingin dicintai maka cintailah orang yang mencintai kita.... Love to Love...