Ticker

6/recent/ticker-posts

Sekitar Kemeriahan Hari Keluarga Besar Sabtu & Majlis BBQ



akupenghibur

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad. Keluarga itu adalah keutamaan bagi kami silaturahim dan ukhuwah terjalin walaupun pemergian abah.

“Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu” (Surah an-Nisaa’, ayat 1) 

Perancangan demi perancangan telah di susun rapi akhirnya tiba masa kami adakan sedikit aktiviti keluarga. Hari pertama di mulakan dengan bermain badminton di bandar mas. 

Hari seterusnya adalah fokus untuk BBQ bersama-sama. Memang seronok dapat berkumpul dengan adik-beradik makan bersama dan bergembira. Acik sedikan sedikit gambar kami.










Kami terdiri dari 15 adik beradik ,walaupun ada yang tak dapat bersama kami kerana sudah komitmen dengan keluarga iannya tidak menjadi halangan untuk meneruskan aktiviti ini. 

Terima kasih di ucapkan kepada perancang majlis, Abang Najib, Kak Ayu, Abang Faizal, Makweh, Kak Janah, Yusri, Kak Ana,Abang Lin dan ramai lagi yang terlibat.

Semoga ukhuwah yang terjalin antara kami di redhai Allah.Sentiasa bersatu dan bersama. Jika ada masalah bawa bincang bersama. Semoga Allah merahmati kamu semua wahai abang-abangku, adik-adikku, kakak-kakakku dan semuanyalah.

Catat Ulasan

8 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
wahh sedapnya makan bbq :)
Khir Khalid berkata…
Alhamdulillah.. meriah & sedap2 makanannya tu. Semoga silaturrahim terus akrab dan diberkati di dunia & akhirat... aamiin.. :)
Unknown berkata…
memang seronok dapat berkumpul sesema keluarga :)
paridah berkata…
COMEL2 SIKECIL TU...MAKANAN YG TERHIDANG ENAK SEMUA...SEMOGA ADIK BERADIK ACIK KEKAL HDP BERKASIH SYG N SERING BANTU MEMBNTU..
Tanpa Nama berkata…
wah ramainya adik beradik acik. confrm meriah bila kumpul ramai ramai ni
shazillahsani.com berkata…
terliur tgk satah tu...pos sini sikit...hahaha
Tanpa Nama berkata…
Sedapnya... Minta sikit..