Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah, ucapkan syukur.Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad. Ramai orang nak kurus instant , termasuk acik sekali. Tapi dari segi mental dan fizikal hanya mampu sebulan. Lepas sebulan ,masuk bulan ke dua memang ke laut.
Kalau dulu tak makin nasi langsung katanya diet tapi setelah mendengar nasihat dari kevin zahri bahawa diet bukan bermakna perlu mendadak berhenti untuk makan nasi.Lagi satu lepas diet bukan makin kurus tapi malah makin naik.
Kajian menunjukkan ramai orang yang gagal menurunkan berat badan, dan naik semula berat badan, kerana:
1. Tidak memberi nutrisi yang betul kepada badan
2. Hanya fokus untuk turun berat
3. Short term goal
Tanpa ingin untuk mengetahui tentang kesihatan, dan juga apa fungsi makanan terhadap badan mereka.
Jika kita faham apa itu "makan dengan otak, dan bukandengan lidah", tentu kita akan lebih mengambil berat tentang makanan yang kita makan setiap hari.
Sebabnya setiap hari kita main makan sahaja mengikut keinginan hati. Tiap-tiap hari makan berminyak dan berlemak tanpa memikirkan kandunganya.
Tapi bila tanya, diet tak nie ?
Aah memang tengah diet la nie.
Malam makan tak ?
Ishh malam lapar, makan jugaklah.
Susahlah kalau seperti itu.
Kita seharusnya mengetahui apa yang kita makan dan hasilnya kepada kita.Jika kita sedar dan tahu apa yg kita makan memberi
kesan apa pada badan kita, tentu kita tidak mudah give up, gagal untuk turun berat dan naik berat badan semula.Jadilah seorang yg mengambil berat tentang apa yang kita beri pada badan kita, dan berkongsi dengan orang lain.
Jadi mahu makan gunakan otak , fikir dan ketahui kandungannya.Bukan mengikut lidah dan citrasa kita. Itupun kalau benar kita mahu kurus secara berhemah.
12 Ulasan
http://enyyusnizar.blogspot.com/
Yang akak tau..n pernah basca tentang diet... Majsnsn verat cuma boleh diambil waktu pagi... Bila malam.perlu ambil makanan yang banyak serat...agar rasa kenyang yang berpanjangan