Ticker

6/recent/ticker-posts

Menunggu itu Satu Penyeksaan


Assalamualaikum.

Awak kat mana ? awak kat mana ?

itulah pertanyaan untuk seseorang yang sudah tidak sabar menanti. Menanti seseorang yang tidak tahu bila tibanya. Bila bab janji, okey kita jumpa pukul 8.30 pagi ye. Tolong jangan lambat.

Tapi bila esoknya, ko kat mana ? dah pukul 9 nie ?

Jawabnya mudah , jap jap aku on the way.

Alasan paling popular masa kini adalah on the way. On the way dari mana kita tak tahu. Ataupun baru bangun tidur?

Serious menunggu itu satu penyeksaan. Pernah terjadi pada acik, mulanya dia janji nak bagi duit pagi tu, dia mesej tak jadi sebab ada hal lain, kita faham kemudian dia janji petang, bila dah tiba petang . Call kata dia tak jadi nak jumpa. Esoklah kita jumpa, perghh hati ini rasa macam terbakar dekat 8 jam menunggu dia, akhirnya tak jadi ya Allah.

Entahlah kalau acik memang tak sanggup nak buat orang tertunggu seperti itu. Acik dari kecil memang di ajar untuk menepati masa. Masa kerja di mercedez benz dan domino pizza. Masa itu amat penting, pernah tu bos janji meeting kul 9 pagi, pukul 8.40 dah ada, maka automatik pukul 8.30 kat office. Masa di domino pizza, pukul 7.30 pagi kena datang untuk pastikan jadual pekerja log in dan staff mana datang lewat. Yelah masa tu jadi traffic controller.


Jadi kita perlulah jadi manusia yang menepati masa. Buat perancangan , kalau tempat tu jauh keluar awal dan rancang masa.

Kalau kamu nak di percayai, peganglah janji ketika berbicara lagi-lagi soal masa.

Tahukah kita agama kita ini sangat menitikberatkan masa. Renungkanlah hadith al-Musthafa saw tentang amal yang disukai Allah. “Wahai Rasulullah, apakah perbuatan yang paling disukai Allah? Baginda menjawab,” Solat tepat pada waktunya.” (HR Muslim). Kemudian perhatikanlah pula ayat berikut;

Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang beriman.” (an-Nisa:103)


Teringat pula lirik dari kumpulan raihan,
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian.Melainkan yang beriman dan beramal sholeh.Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal.Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali.

Jadi hargailah ianya kerana tak akan kembali lagi.


Catat Ulasan

5 Ulasan

I N A A I N A A berkata…
Betul tu Achik.. Menunggu tu kadang kala satu penyiksaan, dan ena agak tak suka dengan orang yang tak punctual ni...
paridah berkata…
TEPATI MASA JIKA BERJANJI.JGN BIARKN YG DIJANJI TERTUNGGU-TUNGGU..RUGI SGT KALAU XTAU HARGAI MASA...
Maximillion berkata…
Membazir masa pn ad klu asyik duk tggu org lmbat ni.......byk lgi bnda berfaedah yg blh buat selain dri duk tggu org lmbat....
kuchalana berkata…
menunggu itu pun dah satu penyeksaan..apatah lagi ketika kita senang menungu dengan harapan
Khir Khalid berkata…
Menunggu memang menyeksakan... lebih2 lagi klu dah berjanji dan kita dtg lebih awal. Lagi lama nak menunggu hhmmm....