Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah, ucapkan syukur. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Zaman teknologi adalah zaman yang yang mencabar bagi remaja kerana kebebasan untuk bersosial itu lebih tinggi. Jika tidak di dunia nyata, maka di alam siber pula mereka bebas untuk melakukan apa sahaja yang mereka suka.
Jika di lakukan kepada arah kebaikan ianya mendatang manfaat dan jika lakukan sebaliknya maka ianya akan mendatangkan kemudaratan. Remaja lebih menumpukan soal cinta dan perasaan . Di stage ini mereka lebih menilai seseuatu mengikut pandangan mereka yang inginkan kebebasan dan dapatkan seperti remaja sebaya mereka.
Sebab itu mereka lebih mengutamakan rakan sebaya kerana katanya mereka lebih memahami. Jika rakan yang baik alhamdulilah, jika tidak buruk padahnya.
Acik pernah interview seorang remaja belasan tahun yang mengandung di usia muda dan mengugurkan kandungan. Dia katakan bahawa dia kenal lelaki tersebut baru 3 bulan di facebook kebetulan dia duduk berdekatan dengan kawasan rumahnya. Dia kata pada mulanya lelaki tersebut nampak sisi yang baik sehingga mereka bercinta dan serahkan segalanya.
Lepas dia dapat tahu bahawa dia telah mengandung dan apa yang di lakukan adalah cubaan untuk mengugurkan, katanya mula sekali cubaan dengan banyak makan nenas.Tapi tak berjaya , lalu dia hanya search di internet bagaimana mahu mengugurkan janin dan tersedia semuanya.
Tetapi langkahnya terhenti apabila ibunya dapat tahu bila tengok perubahannya. Mulanya acik tak percaya, bila acik taip sendiri ya Allah terkejut apabila banyak cara yang di ajar di web dan youtube.
Niat acik bukanlah untuk mengajar, tidak sama sekali !! .Acik nak ingatkan kepada ibu ayah, akak dan abang perlu ambil perhatian dan ambil peduli tentang remaja.Mereka perlukan kawan untuk berbicara. Jadilah kawan yang baik untuk mereka dan pendengar yang baik. Tegurlah berhemah dengan mereka.
Bila acik tanya remaja belasan tersebut, bagaimana teman lelaki dia?
Dia kata lelaki tu entah ke mana menghilangkan diri. Dia lari tinggalkan dia dan tak mahu bertanggungjawab.
Fikirlah wahai adik-adikku sekalian jagalah dirimu jangan mudah untuk serahkan dirimu.Jadilah perempuan yang mahal maruah diri, jangan mudah memberi.
Fikirlah lelaki itu juga untung, kamu juga yang seksa. Lelaki yang jahat sekalipun pastinya dia mahukan perempuan yang baik untuk anak-anaknya nanti,fikirlah remajaku .Untuk permulaannya lihatlah dari pemakaianmu dan auratmu.
Perintah menutup aurat dapat diperhatikan dalam fiman Allah yang bermaksud ,"Wahai Nabi, suruhlah isterimu dan anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa keluar)" - Surah al Ajzan, ayat 59. Mereka yang menjaga maruah dan harga diri mereka sering menampilkan ciri sangat mengagumkan seperti taat perintah Allah, berakhlak mulia dan terpuji, tawaduk, pemaaf, baik dalam pergaulan serta lunak tutur kata. Maknanya mereka yang menjaga maruah diri adalah mereka yang memiliki sifat insan yang dikasihi Allah seperti sabda Rasulullah S.A.W, "Sikap yang baik, menjaga diri dan hidup berhemat adalah satu bahagian daripada dua puluh empat bahagian daripada kenabian." (Hadis riwayat Tarmizi)

11 Ulasan
Jemput join Segmen Bloglist CN : http://www.cekgunorazimah.com/2015/01/segmen-bloglist-mac-april-2015-by-cn.html