Ticker

6/recent/ticker-posts

Terdapat Ujian-Ujian Ketika Bertunang



Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini,ucapkan syukur.Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Ramai yang duk pm acik yang meminta pendapat dan berkongsi cerita.


Rata-kata berkongsikan tentang bertunang. Bertunang atau khitbah adalah meminang (melamar) yaitu permintaan seorang laki-laki kepada anak perempuan orang lain untuk dinikahi, sebagai pendahuluan pernikahan, namun bukanlah akad nikah, ia hanyalah permintaan dan janji untuk mengadakan pernikahan.

Kalau kita orang melayu biasanya bertunang ini di mana ibu pihak lelaki datang ke rumah si perempuan untuk menyarungkan cincin mahupun memberi hadiah tanda persetujuaan kedua belah pihak.

Bilamana lelaki dan perempuan itu sudah bertunang maka ianya bukanlah tiket untuk melakukan sesuka hati.



Ramai yang bersetuju, terdapat ujian ketika dalam pertunangan.

Pertama : Menguji soal perasaan.

Di saat ini, syaitan mulalah tingkatkan usaha dan semangat untuk goda kita."Ala dah tunang kira ok lah tu, boleh la pegang-pegang" .Dari aksi ringan hingga ke berat. Sedang disaat ini kita lebih menjaga diri untuk mengelakan yng tak di ingin terjadi.

Nasihat acik : lebih elok jaga perhubungan janganlah terlalu kerap berjumpa. Kalau keluar itu ajaklah adik mahukanorang ketiga jika nak ke mana jua

 Rasulullah SAW bersabda:
„Jauhilah olehmu berduaan dengan perempuan. Demi diariku yang ada ditangan-Nya, seorang laki-laki yang berduaan dengan seorang perempuan, pasti setan akan menjadi teman ketiganya dan seorang yang mencelupkan tangannya ke dalam darah babi yang bercampur lumpur adalah lebih baik daripada ia menyentuh tangan perempuan yangbukan mahramnya“(H.R. Thabrani).

Kedua : Jumpa orang lebih baik.

Ketika kita sudah bertunang inilah seringkali di uji di mana kita di jumpakan dengan seseorang yang seolah-olah dia lebih memahami kita dan lebih baik dari pasangan kita.Jika salah langkah boleh memburukkan perhubungan.

Nasihat acik : yakinlah bahawa dia adalah terbaik untuk kamu. Selalu berdoa pada Allah supaya di teguhkan hati untuk setia.
  
Ketiga : Ragu dengan keputusan diri sendiri.

Seringkali kita di uji di mana kita ragu pada keputusanyang kita buat. Bermonolog, betul ke apa yang aku buat ? betul aku akan kawin ? mampu ke aku tanggung dia ? 

Nasihat acik : yakin pada diri kita, inshaAllah ada rezeki percayalah.

Keempat : Menjadi makin takut untuk kawin

Satu masalah lagi adalah apabila kita di paparkan dengan kegagalan-kegagalan saudara terdekat dalam soal perkahwinan. Mereka siap cakap lagi , kau buatlah keputusan betul-betul,jangan kau menyesal macam aku nanti.

Nasihat acik : setiap manusia sememangnya di uji dengan berbeza, ada di uji soal jodoh dan sebagainya. Jodoh setiap orang lain-lain, itu mungkin rezeki dia. Rezeki kita lain pula.

Kelima : pening persiapan kawin, mak mertua minta hantaran tinggi.

Inilah masalah, hantaran tinggi. 15 K,  nak buat grand. Sebab itu sering tangguh-tangguh untuk berkahwin . Sebab tak mampu dan belum cukup lagi.Seharusnya mak ayah kena faham situasi-situasi anak-anak kita yang baru nak mula hidup. 

Nasihat acik : berbincang dengan pasangan dan ibu bapa, adakanlah majlis yang sederhana. Kalau buat kerja kawin kat kampung pun okey, tak perlu nak di hotel dan sebagainya. Ikut kemampuan diri kita.


Dengan demikian kesimpulannya perlu adanya tali pertunangan sebagai langkah awal menuju perkawinan, namun harus memperhatikan hal-hal yang perlu dipertimbangkan ,diantaranya sebagai berikut :
1. Punya rencana bila penikahan akan diadakan
2. Sudah yakin siap mengikatkan diri pada satu orang.
3. Menikah dengan motivasi yang positif.
4. Kesiapan kedua belah pihak menghadapi limpahan tanggung jawab.

Catat Ulasan

18 Ulasan

Unknown berkata…
sbb tu ler ramai yang kata bila bertunang memang cabaran besar..
tapi bila dipikirkan balik ianya tidak ler besar..
berbincang berdua adalah lebih baik.
fahami antara satu sama lain insyaallah tiada masalah :)
nasihat dari org yg tiada pengalaman :p
Shahrul Yusof berkata…
Sebaiknya, jika bertunang hendaklah disegerakan pernikahannya. Kadang, dalam bertunang ni lagi besar dugaannya bila dah kerap sangat bertemu. Mula-mula je tak pegang tangan, kang bila dah lama sangat, mula lah ke lain perginya.
cikpinz berkata…
CP pernah alami situasi yang keempat akhirnya tinggal beberapa bulan lagi nak kahwin tali pertunangan putus.
Syira Lokman berkata…
doakan syira..hahaha
Khir Khalid berkata…
Pertunangan mmg bnyk dugaan dan cabarannya.. syaitan tak suka org2 yg sedang merancang nak membina masjid. Klu boleh mmg syaitan berhasrat merobohkannya.. sbb tu org kata klu dah nak kawin tu 'darah manis'.. Perkongsian yg bermanfaat sbg peringatan dan renungan Acik..
Nuries Ismail berkata…
Thankss.. doa kan yg terbaik yee.... ;)
Unknown berkata…
banyak sangat dugaan...lagi2x bertunang lama2x...
macam2x yang jadi..kena kuat jangan mengalah, banyak berbincang & tolak ansur

pesan abah amy " ini baru sikit, esok dah kawen, banyak lagi dugaan yang mendatang, caranya perlu sabar, berbincang & tolak ansur, doa & tawakal, "
paridah berkata…
NIAT YG BAIK ELOK DITERUSKAN...HASILNYA PASTI BAIK....INSYA ALLAH.
Maria Firdz berkata…
Insha Allah... berserah kpd Allah...
Unknown berkata…
Betul..beryunang bukan tiket untuk kita lebih rapat... Bertunang kejap cukuplah sebagsi tanda kita serius untuk kumpul duit hantaran..jika tak tunsng tak tau lak hsntarannya berapa rm... Sentiasalah bersederhana dalam membuat keputusan... Yang penting yakin Allah bersama kata dalam setiap urusan ysng kita lakukan.
bukan bertunang je acik..
dah berkhawin pun byk lagi ujian-ujiannya...
kat mana2 ada je si syaitan tu hihi...
Norfathiah berkata…
Kes saya pulak , family campur tangan.Masing masing tak leh bertolak ansur.Anak yang nak kahwin , parent pulak sibuk kena tunda dan menunda , dan menunda.. sampai satu tahap anak yang nak kahwin ni tertanya2x sape sebenarnya yang nak kahwin?

last sekali ayat parent , kalau tak boleh nak bertolak ansur putus jela.. cari yang lain.

ya Allah ..
hanya air mata yang mampu mengalir..inilah ujian dia.kesudahannya kami fight untuk lawan musuh musuh ini.
nadz berkata…
hidup kta sllu d uji...stiap ujian yg d berikan ia xkn d luar kmmpuan kta..tepuk dada tnya iman...
yaya cendana berkata…
salam...acik....yaya nak stalk blog acik nk baca pengajaran n tips ehh....thanks cik buat entry ni
Unknown berkata…
Saya faham situasi nie..kerana saya juga mhadapi masalah yg sama dgn sis..
Unknown berkata…
Saya faham situasi nie..kerana saya juga mhadapi masalah yg sama dgn sis..
kay berkata…
Byk kes tak kawin sbb parents tak faham situation anak.
Penyakit org tua yg terlalu beradat, munyusahkan anak dgn hal peribadi parents, suka ungkit hal Majlis let say parents dulu kan duit Majlis kawin tu.
Akupenghibur.com berkata…
Allahurabbi, doa banyak2..