Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatNya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw.Selamat berhujung minggu semua. Pastinya hari ini penuh dengan majlis perkahwinan dan pertunangan. Pastinya mereka mempunyai ciri-ciri tertentu untuk di jadikan pilihan pasangan.
Ada yang suka kulit berwarna hitam manis, putih melepak, muka bujur sireh,tinggi lampai,badan sado, rambut lurus dan sebagainya.Masing-masing mempunyai citarasa yang tersendiri.
Cinta yang sejati tidak memandang paras rupanya, darjatnya mahupun siapa dia.
Sering terjadi apabila kita mampu terima segala kebaikan dan kelebihannya. Ianya kita anggap anugerah dari tuhan kerana nenemukan seseorang yang kita mahu. Tapi sayangnya jika tak dapat menerima kekurangannya.
Kekurangannya menjadi beban untuk kita. Percintaan itu ada proses pengenalan untuk kita lebih tahu tentang dirinya. dan diri kita.Percintaan yang tulus keranaNya inshaAllah di permudahkan urusan.
Sebesar mana kita boleh terima kelebihannya. Sebenar itulah kita boleh menerima kekurangan dia.Seadanya dia.
Bagaimana kita oleh terima dia ?
Jangan gunakan akal fikiran yang sering ragu. Tapi tanyalah hati dan biarkan dia yang menentukan segalanya.
Pasangan ideal, adalah pasangan yang keduanya dapat saling melengkapi kekurangan satu sama lainnya bukan malah saling mencari celah dan kekurangan pasangannya, kala salaetrh satu pihak membutuhkan maka dapat ditutupi oleh yang lain. Berbagi suka duka bersama dengan tulus dan ikhlas.Sering kita yang memiliki kesempurnaan kurnia dari Tuhan tidak menyedari dan mensia-siakannya.
Sering kita menganggap kebaikan pasangan kita adalah hal biasa yang lumrah kita dapatkan, namun kala suatu hari nanti salah satu dari kita tiada mungkin kita akanlebih merasa berapa berharganya keberadaan pasangan kita dalam keseharian menemani kita.
Mari belajar dari pasangan Fatima dan Ahmad dalam saling melengkapi saat mengarungi bahtera rumah tangga berdua, mencapai keluarga yang bahagia...
10 Ulasan