Kadang pelik juga orang sekarang sanggup buat apa sahaja janji mereka dapatkan keuntungan. Mereka tak kisah dengan siapa pun janji duit dapat, tak kiralah melalui paksaan,tipu helah dan ugutan. Di sini acik ingin berikan amaran dan nasihat agar kamu berhati-hati agar tidak menjadi mangsa. Antara taktik mereka :-
Pertama : Menang hadiah
Tetiba dapat mesej, dapat email mahupun dapat panggilan bahawa no kamu terpilih untuk memenangi hadiah pinggan mangkuk la, wang tunai dan sebagainya. Kawan acik pernah kena, dia dapat panggilan hanya dengan jawab soalan mudah dan tuntut hadiah. Bila dah ke tersebut hadiahnya tak seberapa tetapi di paksa untuk membeli barangan jualan mereka dengan ugutan.
Kedua : melalui pendidikan
Masa acik belajar ini dulu sangat terkenal dengan pakej pembelian set pembelanjaran harga Rm 1000++ .Lepas itu ajak kawan- kawan join sekali dan akan dapat komisen. Mereka lebih bersifat provoke dan menayangkan dengan harta benda serta wang yang banyak katanya hasil pendapatan. Bila kamu dah sign up , hasillan tak akan dapat melainkan kamu kerja keras cari rakan-rakan lain . Sampai kawan bergaduh-gaduh ishh
Ketiga : kejutan melalui vocher
Tektik terbaru mereka dalam 3, 4 serbu ke individu tertentu menyatakan kejutan dapat hadiah. Sukalah mangsanya bila datang ke tempat ambil hadiah di paksa beli barangan dan membuat bayaran untuk kos tertentu.
Keempat : Menang hadiah umrah
Kesian tau apabila orang tua dia jadikan sasaran utama. Ada yang datang ke rumah menawarkan pakej umrah yang rendah dan tak masuk di akal. Ada juga membuat panggilan mengatakan menang pakej umrah tetapi di kenakan yuran tertentu di minta bank in kan ke akaun tertentu. Kadang tua kemain suka bila dapat hadiah seperti ini malah jadi hampa akibat di tipu orang yang tak bertanggingjawab.
Kelima : skim RM 300
Skim terbaru sasaran kepada budak sekolah. Untuk sertai kena Rm 300 epas itu ajak 5 orang kawan lepas itu duit akan di gandakan. Ada juga yang jadi mangsa.
Keenam : pelaburan emas
Satu ketika pelaburan emas memang hot sama ada dinar emas mahupun emas putih. Ada yang betul dan ada yang menipu. Kawan acik kena, buat pelaburan RM 30 000 lepas itu hanya di berikan katanya sijil untuk emas tersebut dan di berikan emas. Bila di perinci emas tersebut tidak tulen.
Acik bagitahu berdasarkan pengalaman diri dan orang sekeliling. Niat acik agar kamu tidak menjadi mangsa seterusnya.
3 Ulasan