Assalamualaikum
Alhamdulilah
masih lagi dapat bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkanlah syukur
atas nikmatnya. Ramai yang bertanya bagaimana untuk untuk menangani
konflik yang berlaku antara pasangan, adik beradik , persabahabatan dan
sebagainya. Kebetulan sem lepas acik ada ambil "family communication"
dan membahaskan tentang konflik ini.
Konflik
biasanya terjadi kerana berselisihan faham dan ketidakpuashatian
individu/kumpulan terhadap yang lain. Cara yang terbaik adalah mengatasi
konflik tersebut tetapi bukannya lari dari konflik tersebut. Paling
penting adalah untuk selesaikan konflik tersebut jangan memasukkan
isu-isu lain selain apa yang berlaku.
Contohnya konflik berlaku kerana tentang pembahagian duit, maka fokuskan tentang pembahagian duit jangan sampai membawa isu lain seperti aku pernah ambil pemadam akulah, kau pernah rampas awek akulah dan sebagainya. Kebanyak yang berlaku adalah bila timbulnya sesuatu konflik seperti medan meluahkan rasa yang terpendam selama ini.
Konflik biasanya berlaku kerana
1. masalah komunikasi
2.hubungan peribadi
3.salah faham
Mengatasi dan menyelesaikan suatu
konflik bukanlah suatu yang sederhana. Cepat atau tidaknya suatu konflik
dapat diatasi tergantung pada kesediaan dan keterbukaan pihak-pihak yang
bersengketa untuk menyelesaikan konflik.
Cara dan taktik berkesan untuk mengatasi konflik adalah
Rujukan
: Maksud di sini adalah menilai kembali permasalahan yang berlaku,
memuat rujukan di mana dan bagaimana punca permasalahan itu boleh
berlaku. Ia menguntungkan kedua-dua belah pihak juga.
Memujuk
(persuasive) : Di mana salah seorang beralah ,beralah bukan bererti
kalah tetapi tidak mahu masalah ini berlarutan. Ambil masa yang sesuai
dan kembali ke masalah utama serta mengadakan perbincangan secara aman.
Tawar-menawar:
Suatu penyelesaian yang dapat diterima kedua pihak, dengan saling
mempertukarkan pendapat yang dapat diterima. Maksudnya kedua belah pihak
bersemuka dan bersama cari jalan penyelesaiannya. Dalam cara ini dapat
digunakan komunikasi tidak langsung sama ada verbal ataupun non verbal.
Pemecahan
masalah terpadu: Usaha menyelesaikan masalah dengan mengutamakan
permasalah asasnya. Proses pertukaran informasi, fakta, perasaan, dan
keperluan berlangsung secara terbuka dan jujur. Di mana kedua belah
pihak harus memberi ruang dan waktu kepada satu sama lain secara aman
berbincangan dan meluahkan perasaan. Menimbulkan rasa saling
percaya dengan merumuskan alternatif pemecahan secara bersama dengan
keuntungan yang berimbang bagi kedua pihak.
Penarikan
diri: Suatu penyelesaian masalah, iaitu salah satu atau kedua pihak
menarik diri dari hubungan. Cara ini efektif apabila dalam tugas kedua
pihak tidak perlu berinteraksi dan tidak efektif apabila tugas saling
bergantung satu sama lain.Cara itu bukan lah cara yang berkesan, kadang
kala ego menguasai diri, malu untuk bersemuka dan minta maaf, jadi
penarikan diri itu tak di sarankan sangat seperti lari dari masalah.
Cara
Dinamik : Cara dinamik ini adalah menggunakan orang yang ketiga yang di
percayai, orang ketiga akan menjadi orang perantaraan masalah. Lebih di
utamakan orang yang ketiga ini lebih tua dari mereka kerana mereka akan
hormat dan segan dengan adanya orang ke tiga.
Menggunakan
bahasa tubuh (nonverbal) : dengan cara ini kita dapat meluahkan melalui
bahasa tubuh seperti expression muka, gerak badan dan sebagainya
menunjukkan bahawa di mana tahap konflik tersebut ?Kita perlu lihat
adakah sebelah pihak lagi bersedia untuk selesaikan konflik tersebut
melalui bahasa tubuh atau perlu berikan dia masa ?
Di atas merupakan cara moden dan mari kita lihat pula bagaimana cara islam ?
Apa yang acik pelajari, penyelesaian konflik dalam Islam juga
dilakukan dengan musyawarah. Dalam Al-Qur’an musyawarah sering merujuk
pada penyelesaian konflik dan hubungan sesama kaum muslim.Tujuan
musyawarah ini adalah untuk menemukan jalan keluar dari permasalahan yang berlaku. Perihal musyawarah ini telah
dijelaskan dalam Al-Qur’an surat Ali Imran ayat 159 yang berbunyi
sebagai berikut:
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu Berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya”.
Dari
beberapa penjelasan diatas
dapat dipahami bahwa Islam banyak menggunakan cara-cara damai sebagai
cara untuk mengelola konflik. Islam menganjurkan kepada kita untuk
memiliki sikap toleransi terhadap perbezaan yang dimiliki
tiap-tiap manusia. Kerana perbezaan itu menjadi asam garam dalam
kehidupan yang mewarnai hidup kita dan itu merupakan ujian dari Allah
SWT yang
tidak boleh ditolak. Perbezaan itu diciptakan untuk saling melengkapi,
dan dengan perbezaan itu manusia akan terus berkembang dan menciptakan
perubahan-perubahan yang nantinya akan bermanfaat bagi manusia pada
umumnya.
9 Ulasan