Ticker

6/recent/ticker-posts

Cinta Itu Rupanya Besar Tanggungjawabnya


Assalamualaikum

Cuaca keadaan di pahang memang panas, lagi panas apabila kita beremosi marah dan sewaktu dengannya. Chill la babe, umur kita semakin meningkat, emosi pun mulalah memikirkan soal-soal kedewasaan.

Tentang cinta, semua orang tidak habis membicarakan begitu juga blog acik ini. Tadi tengah duduk merenung nasib tiba-tiba mesej masuk di inbox.

Mata ini terarah kepadanya, lalu ku buka inbox dan ku lihat mesej dari Haziq. Seorang remaja yang kawin muda dan selalu minta nasihat. Dia berkahwin ketika umurnya 20 tahun. Terus ku membacanya

Mesejnya : Betul acik cakap,kita perlu buat persediaan bukan hanya perlukan cinta. Cinta sahaja tak cukup, cinta perlukan komitment, masa, duit , hubungan dengan keluarga kedua pihak. Semuanya perlu,Hafiq tak pernah sangkakan begitu. Rupanya cinta itu sebuah tanggungjawab.



Ku hanya mampu tersenyum, benar sekali cinta itu bukan hanya kata-kata indah tetapi ianya mempunyai tanggungjawab yang besar yang perlu di laksanakan. Kamu bercinta seseorang pastinya untuk berkahwin. Dan berkahwin itu memerlukan kamu bersedia dalam banyak pekara.

Kadang itu di uji, tengah hujung-hujung bulan tu, kereta rosaklah, anak sakitlah, peti sejuk rosak, motor rosaklah dan pelbagai. Itu belum lagi soal suami isteri dalam pembahagian tugas.Sebab itu mahu kawin perlu ada ilmu. Berkahwin memang mencabar.Belum soal keluarga kedua-dua belah pihak lagi.. fuhhh pening.

Sebab itu kita harus menitik beratkan dalam pemilihan ketika bercinta. Kerana ianya penting dalam perhubungan selepas bercinta iaitu alam perkahwinan.

Ingat perempuan bila keluar rumah ianya bawa maruah lelaki, aib lelaki, nama baik keluarganya. Lelaki pula tanggungjawab lelaki mencari nafkah dan memenuhi keperluan keluarga dan tanggungjawab pada ibunya.


Sekali lagi acik ulang bagi yang sedang bercinta bahawa cinta adalah tanggungjawab. Datang bersama lafaz cinta itu adalah amanah dan tanggungjawab untuk digalas.


Sebab tu jangan sesuka hati melafaz cinta.Kerana akan ada jiwa yang merana kerana ketidaksediaan kita untuk menggalas tanggungjawab untuk bertanggungjawab atas lafaz yag diucap.

Cinta akan melahirkan rasa tanggungjawab. Apabila kamu rasa ada tanggungjawab,pasti akan memelihara kekasih hati kamu dengan sepenuh hati.Sedegil mana pun dia hatinya membantah,tak mendengar kata,akan tetap dilentur dengan penuh cinta walaupun yang dilentur itu sudah menjadi buluh.Membelai jiwa dengan kata semangat dan rasa cinta yang mendalam.Kerana dia menyedari,suatu hari nanti dia akan dipersoalkan tentang rasa cintanya pada dia kekasih hati kamu,adakah dia membiarkan atau dia memelihara.Kerana percayalah,buluh itu akan terlentur juga,walau mengambil masa yang lama,walau hati ada terluka.


Jadi jangan fikirkan hanya keseronokan dari drama dan filem sahaja. Ianya hanya fantasi semata unttuk mengaburkan mata dan emosi kita. Sedangkan cinta itu ada tanggungjawab yang besar. Sediakan payung sebelum hujan. Acik menaip ini juga mengingatkan diri ini yang banyak kekurangan. 

Catat Ulasan

6 Ulasan

Maria Firdz berkata…
Setuju sgt dgn entry ni... Cinta itu tggjwb...
Diyana Annuar berkata…
cinta tanpa tggjwb? i dont think so..
good entry,,,
shazillahsani.com berkata…
cinta bkn sekadar dimulut tetapi di sertai tanggungjwb kpd pasangan.
Yanieyusuf.com berkata…
setuju.. sesungguhnya cinta itu indah, tanggungjawab yang dipikul juga sangat indah jika blandaskan Islam. tq acik :)



www.yanieyusuf.blogspot.com
kuchalana berkata…
tanggungjawab itulah yang menjadi pengikat cinta
Khir Khalid berkata…
Cinta itu adalah anugerah.. setiap anugerah itu dgt bersamanya tanggungjawab.. Ia indah jika ttp diatas syariat yg dipertanggungjawabkan... subhanallah...