Assalamualaikum
Ketika duk aku khusyuk membaca balik apa yang aku di taip untuk entri hari esok tiba-tiba bahuku di tepuk dari belakang. Acik ada masa tak untuk aku ? aku perlukan teman untuk berbicara, aku sedang sakit soal hati.
Acik : Boleh Man, awat nie ?
Man : Hati aku sakit sangat acik, Zulaika tinggalkan aku acik.
Acik : Sabarlah Man, kau di uji soal hati, sakit itu di sini akan di gantikan kebahgian nanti, ambil setiap apa yang berlaku sebagai hikmah. Zulaika yang ini gadis yang marahkan soal solat subuh itu ?
Man : Betul tu acik , dialah. Ye aku tahu dulu aku teruk, solat pun lompong-lompong paling susah sekali adalah solat subuh . Dia selalu nasihat aku dan call pagi untuk kejutkan aku subuh tapi setiap kali itu aku memang tak akan bangun. Yelah penat kot malam main game sampai tak sedar ,tidur lewat confirm bangun pun lewat. Aku cuba acik, berhari-hari aku cuba untuk solat subuh.
Acik : Man.. Man untung kau jumpa dia , tapi kenapa persiakan dia kalau kau benar sayangkan dia ?
Man : Betul sangat tu acik, dia pernah kata bagaimana nanti jika kami menikah jika soal solat subuh pun tak boleh laksanakan bagaimana tanggungjawab besar yang lain ? Lari dari Masalah.
Tapi aku cuba, budak-budak surau aku minta mereka kejutkan termasuk engkaukan. Tapi memang aku liat nak bangun, aku cuba tapi yang berjaya bila aku letak alarm suara mak aku, itu baru berhasil. Hahaha
Acik : Patutlah aku dengar suara perempuan, rupanya suara alarm kau.
Man : Tapi betullah acik, bila kita cuba cukupkan solat, solat bila dah azan masuk kita lebih discipline, bila di praktikan dah tak payah orang kejutkan. Masa itu lebih di hargai olehku. Semakin aku dekat pada Dia semakin aku sedar selama ini tindakan aku itu salah.
Acik : Alhamdulilah, itukan hikmah apa yang berlaku.
Man : Maksud kau ?
Acik : Allah hantarkan Zualaika itu sebagai penyebab kau berubah, Dia mencuri hatimu dan menasihati kamu untuk berubah ke jalan Allah dan untuk mengubahkan jadi lebih baik,Itu salah satu cabang hidayah Allah yang berikan kepada kau.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.." (Qs.Al-Baqarah:216)
Man : Ya Allah acik tak sedar selami ini,terima kasih kerana sedarkan aku, Alhamdulilah hidayah Allah itu aku dapatkan dan tidak akan aku persiakan. Biarkan jodoh itu Allah uruskan,aku serahkan itu padaNya.
Acik : Mungkin yang terbaik, Allah tahu yang terbaik untuk kau, boleh jadi masa kau berjumpa dengan aku , dia sedang merancangan sesuatu yang terbaik untuk kau. Siapa tahukan, soal hati itu ianya boleh berubah mengikut keadaan dan masa .Mana tahu lepas ini kau jumpa orang yang lebih baik, Wahualam.
Man : Betul tu acik, amin Ya Allah, biarlah Dia uruskan dan aku berusaha untuk jadi lebih baik.
11 Ulasan
jadi maybe ini yg terbaik..