Assalamualaikum
Setiap kali dari ke Pekan ke Johor memang selalu singgah ke kedai ini.Kedainya di sebelah kanan jalan besar. Paling seronok sekali adalah keadaan yang bersih, banyak pilihan dan harga yang berpatutan.
Kalau beli banyak , inshaAllah ada juga diskaunnya. Acik dari kecil memang suka kerepok lekor.Sangat sedap, kalau makan rasa nak lagi. Paling penting rasa ikannya lebih dari tepungnya. Kiranya kurang tepunglah.
Lagi satu terdapat banyak pilihan keropok kering dengan pelbagai jenis ikan seperti kerisi, tamban dan sebagainya.Kadang jauhkan kalau mahu ke Terengganu dapatkan rasa asli kerepok. Jadi sama sahaja di Mersing ini.
Kalau kamu beruntung dapat tengok bagaimana proses mereka buat keropok. Haha rasa teruja dapat tengok sendiri.
Lokasi di : Lot 216 KM 8 Jalan Endau Kampung Tengili, Mersing Johor
8 Ulasan