gambar hiasan |
Assalamualaikum
Bertahun acik, nama aku di jadikan bahan oleh orang ramai. Walaupun mereka main-main tapi rasa seperti di perlekehkan.
Itulah luahan antara mereka yang mengalami nasib yang sama. Semuanya kerana sebuah nama yang membuatkan mereka di persendakan.Adalah menjadi hak anak dan kewajipan yang mesti dipenuhi oleh ibubapa memberikan nama yang baik kepada bayi yang baru dilahirkan. Memberikan seseorang nama-nama yang baik dan elok menjadi tuntutan Islam dan budaya Melayu.
Dalam satu majlis, seorang anak menemui
Khalifah Umar dan bertanya mengenai hak seorang anak ke atas bapanya,
beliau telah menjelaskan: “Memilih ibunya, memperelokkan namanya dan mengajarkan kepadanya al-Quran.”
Sebab itu setiap pemilihan,
sebaik-baiknya ada tujuan dan dengan maksud yang boleh menjadi atau
mengandungi doa, boleh dipercayai serta berkaitan pula dengan
pembentukan sahsiah anak tersebut.
Yelah kadang ada sesetengah ibu bapa memberikan nama yang pelik-pelik kepada anak-anaknya. Sebagai contoh Sapu binti Buang, Petir bin Keras dan macam-macam lagi.
Kadang kesian pada anak-anak mereka di jadikan ejekkan oleh kawan-kawannya kerana namanya yang di anggap pelik. Dari kecil hingga besar namanya di permainkan di hina oleh orang ramai.
Pernah acik alami sendiri sewaktu kerja dulu ada seorang pekerja itu HALHITAM. Kalau tengok dia kemain handsome orangnya, dia malu namanya seperti itu dan meminta kami memanggil nama samarannya.
Sebab itu Islam menganjurkan pemilihan nama yang
baik, kerana ia lambang identiti seseorang dan nama itulah ia akan
dikenali sepanjang hayat dan menjadi sebutan sampai ke hari akhirat.
Apabila orang memanggilnya dengan nama tersebut, maka pada sepanjang
hayatnya, mereka seolah-olah berdoa untuk anak tersebut.Jangan di lupakan nama tersebut haruslah mempunyai nama yang baik maksudnya.Ada ketika sedap di dengar namanya tetapi tidak elok maksudnya.
.
Seorang Muslim wajib percaya kepada hari
kebangkitan dan perlu mengakui bahawa nama yang diberikan kepada anak di
dunia akan kekal digunakan di akhirat.
Abu Darda ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya
kamu akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat nanti dengan nama-nama kamu
dan juga nama bapa-bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)
.
Panduan Memberi Nama Anak dalam Islam
Dalam masalah meletakkan nama ini, hendaklah diberi perhatian perkara-perkara berikut;
.
a) Disunatkan memberi nama-nama yang baik dan elok kerana Rasulullah SAW bersabda;
“Sesungguhnya
kamu semua akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu
dan nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, perelokkanlah nama-nama kamu.” (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)
.
b) Nama yang paling baik/paling elok ialah Abdullah dan Abdurrahman sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW;
“Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah dari nama-nama kamu ialah Abdullah dan Abdurrahman.” (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)
.
c) Harus memberi nama sempena nama para
Nabi seperti Ibrahim, Hud, Soleh, Muhammad dan sebagainya. Sebagaimana
sedia dimaklumi bahawa, Rasulullah SAW telah menamakan salah seorang
anaknya dengan nama Ibrahim.
i) Sabda Baginda SAW;
“Berilah
nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah
ialah Abdullah dan Abdurrahman. Nama yang paling tepat (dengan hakikat
manusia) ialah Harith dan Hammam, dan nama yang paling buruk ialah Harb
dan Murrah.” (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.)
.
ii) Jabir bin Abdullah r.a. menceritakan; “Seorang
lelaki dari kalangan kami baru memperolehi anak dan ia memberi nama
anak itu ‘Muhammad’. Lalu kaumnya berkata kepadanya; ‘Kami tidak akan
membiarkan kamu memberi nama dengan nama Rasulullah SAW. Maka lelaki ini
pun pergi menemui Nabi SAW dengan membawa anaknya di atas belakangnya.
Ia bertanya Nabi; “Ya Rasulullah, dilahirkan untukku anak dan aku
menamakannya ‘Muhammad’, lalu kaumku berkata kepadaku; ‘Kami tidak akan
membiar kamu menamakan dengan nama Muhammad.” Lantas Rasulullah SAW
menjawab;
“Berilah
nama dengan namaku, akan tetapi jangan memanggil dengan panggilanku
(iaitu Abul-Qasim) kerana sesungguhnya aku adalah Qasim (pembahagi) yang
membahagi di antara kamu.” (Riwayat Imam Muslim)
Jika kamu tertekan dengan keadaan tersebut, kamu boleh pergi ke JPN untuk tukar nama. Maka berikanlah nama yang baik sama ada nama sebenar atau pun nama panggilan bagi anak.
15 Ulasan
kata beliau, kalau kamu dah ada ank nnt berikanlah nama yg baik.
seorg drpd kami bertanya, rasionalnya?
jawab beliau, kelak dibimbangi di akhirat nanti, si anak akan menyoal ibu bapanya. kenapa dia diberi nama yang teruk (makna yang tidak baik) sedangkan orang lain boleh sahaja mendapat nama yang baik?
since that day, bla sy bc / dgr apa2 artikel / news ttg org beri nama ank, bilamana nama ank tu mcm pelik (tak ada makna) sy bersimpati dgn ank tu...