Ticker

6/recent/ticker-posts

Nasihat Untuk Kesihatan Diri Dari Lelaki Berusia 90 Tahun

gambar hiasan

Assalamualaikum 

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah, syukur atas nikmat yang di beri. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw Beberapa hari yang lepas acik pergi ke hospital temankan mak, menunggu mak jumpa doktor kebetulah acik duduklah di tepi seorang pakcik. Mata ini terpaku melihat seorang pak cik yang kelihatan yang sudah tua,walaupun sudah tua tetapi masih sihat dan cergas. Sempat juga acik bertanya dengannya.

Acik :Assalamualaikum pak cik , minta maaf nak tanya nie, pak cik umur berapa ? 
 Pak cik : walaikumusalam nak, pak cik umur 90 tahun nak, kenapa ?
Acik : ohh tak apa pak cik, saya cuma kagum dengan pak cik, pak cik boleh kongsikan petua bagaimana untuk jaga kesihatan ?

 Pak cik : boleh sahaja nak, pak cik ini tidaklah mempunyai sebarang petua tetapi hanya gaya hidup yang sihat. Paling penting adalah kamu mesti jaga makanan dan minuman. Kerana apa ? kerana kebiasaannya makanan dan minuman ini yang memberi kesan terhadap tubuh badan kita. Jangan terlalu suka makanan segera seperti mi segera, MCD, KFC dan sebagainya .Kita tak tahu lebih terperinci apa yang di letakkan di dalamnya dan ada bahan MSG dan bahan pengawet yang kuat.

 Jangan minum minuman yang bergas selalu. Kalau boleh elakkan dan jangan kerap minum ais . Minum ais memang mampu menyegarkan ketika panas tetapi ianya akan buat kita sakit badan dan sendi-sendi bila dah tua. Jangan suka sangat makanan yang terlalu manis dan berlemak, ianya juga tak bagus untuk kesihatan.Teliti sebelum makan. Pilihlah daging yang tak berlemak, hindari makanan yang digoreng dengan minyak berlimpah, serta cuci bersih semua makanan sebelum dimasak. Pasal makanan dan minuman itu kalau sekali sekali itu tak apa tapi jangan selalu dan kalau boleh elakkan. Makan itu mesti seimbang, kalau boleh banyakkan makan sayur.Paling penting adalah makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Dari Mikdam bin Ma’dikarib ra. menyatakan pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Tiada memenuhi anak Adam suatu tempat yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah untuk anak Adam itu beberapa suap yang dapat menegakkan tulang punggungnya. Jika tidak ada cara lain, maka sepertiga (dari perutnya) untuk makanannya, sepertiga lagi untuk minuman dan sepertiganya lagi untuk bernafas.” (HR. Tirmidzi dan Hakim)

Acik : oooo macam tu ke, jadi apa aktiviti senaman yang pak cik lakukan ?

Senanam itu ada sedikit pak cik buat seperti jogging dan berjalan laju di waktu pagi. Orang tak tahu tapi sebenarnya solat juga merupakan riadah yang terbaik untuk kita selain dapat mencegah dari perbuatan yang tak baik dan dengan bersolat sebenarnya kita sudah melakukan pergerakan yang baik untuk kesihatan.Secara tak langsung kita dapat pahala dan jaga kesihatan.

Ahh kalau sakit sikit-sikit tu jangan biasakan ambil ubat, sakit sikit ambil ubat sebenarnya tak bagus untuk kesihatan.Umumnya tubuh memiliki kekebalan tubuh yang akan bekerja dalam menyembuhkan penyakit. Dahulukan dengan beristirahat cukup dan mengkonsumsi air putih. Jika dalam 2 hari penyakit tak kunjung reda baru lah berjumpa dengan doktor.

Acik : ada cara lain pak cik lakukan ?

Pak cik : Jangan lupa jaga kesihatan diri dan di rumah dan juga linkungan kamu.Hindari rokok, alkohol, dan zat perosak tubuh lainnya .Hindari stress dan tekanan. Kedua hal itu dapat memicu penyakit dari dalam dan menganggu keseimbangan hormon.

Acik : Pak cik ada nasihat untuk anak muda di luar sana ? 

Pak cik :Untuk anak muda di luar sana ubah kebiasaan buruk. Jika selama ini kamu lebih senang duduk berjam-jam untuk menonton televisyen, bermain game, browsing internet, tidur. Maka cubalah untuk mengurangi kebiasaan yang dapat melemahkan tubuh tersebut dan mulai menambahkan aktiviti baru yang lebih menyihatkan, seperti bermain main basikal, sepakbola, senam aerobik dan macam-macam lagi. 

p/s : jangan terkejut ye penulisan pak cik itu acik ubah mengikut kesesuai pembaca.

Catat Ulasan

11 Ulasan

shaFazie berkata…
respect dengan pakcik itu.. semoga diberi kesihatan yang baik buat pakcik

Dunia Zumal berkata…
MSG tu memang bahaya untuk kesihatan... Tapi sedaap ^^
Deanna Morni berkata…
org dolu2 tak mkan makanan mcm kita skrg..sbb tu diorg umo dan lanjut pon masih sihat kan...hihihihi

1st time singgah sini...membalas kunjungan..n done follow
Khir Khalid berkata…
Makan dan minum mmg perlu dijaga utk kesihatan kan. Entah sampai ke tak umur 90 tahun saya ni. Perkongsian yg menarik Acik. T kasih..
Aretikz berkata…
Fuh.. memang power la pakcik tu.. kagum :)


My blog :

http://segalaceritera.com/
BinMuhammad berkata…
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan berpanjangan... InsyaAllah. Nasihat yg bagus.
Kakzakie Purvit berkata…
Biarpun rata-rata kita bukan tak tahu tapi bila bab makanan itulah yg paling payah utk dihindarkan. McD, KFC dan yg seangkatan itu rasanya memang susah betul nak dilupakan.. Joging, aerobic pun kakak buat tapi makanan segera nak elak memang payahlah kalau kakak ni..
mayangbakingmadness berkata…
alhamdullilah .. terima kasih utk tazkirah jumaat ni
Umi Nazrah berkata…
menariknya. sangat bermanfaat utk di share ^_^
Mila Karmila berkata…
tvbeken.com streamiong bola online
Mila Karmila berkata…
streaming transtv www.tvbeken.com yalla shoot,