Panas betul hati nie !! geram bro !!
La kenapa pula cetusan hatiku.Marah dengan aku ke ?
Acik : Rileks zal, kau marah kat aku ke ?
Zal : Ehh tak adalah acik, aku cuma geram je.
Acik : Sabar Zal , siapa yang kau geram tu ? kenapa ?
Zal : Ermm bukan apa acik, masa nak pinjam macam lembut lidah dari gusi. Lembut bahasanya dan macam-macam janji. Dekat 6 bulan senyap je dia.
Acik : ini mesti pasal pinjam duit nie.
Zal : Memang pun acik, kalau sikit tak apa tapi pada aku banyak juga, dia janji nak bayar dalam masa sebulan. Dia kata pada aku kereta dia rosak, anak dia sakit perlukan RM 800. Aku tak sampai hati , aku bagi pinjam dan lepas tu senyap sahaja.
Aku dah husnudzon mesti dia tak ada duit tapi bila tengok instagram dia siap pergi bercuti acik. Mana tak geram.
Acik : pernah bertanya elok dengan dia?
Zal : pernah acik, tapi aku pula di marah dia kata "aku tahu nak bayar !! " tapi dekat masuk enam bulan senyap saje.
Aku tak kisah sangat acik kalau dia jelaskan keadaan sebenar dia, cakap elok-elok dengan aku pasti aku bagi dia lebih masa. Aku mesej tak balas, aku call tak angkat, whatsapp aku tengok seen tapi tidak di balas.
Ermm sebenarnya banyak kes-kes seperti ini , acik pun pernah terkena dekat 5 Tahun senyap bergitu sahaja. Kadang acik tak kisah sangat soal duit itu tapi paling acik kesalkan aadalah kejujuran dalam berjanji dan persahabatan. Ada itu jumpa kita buat tak tahu sahaja seperti tidak ada masalah.
Pelik zaman sekarang, si pemberi hutang pula yang rasa malu dan rasa bersalah amhu minta hutang.Si hutang buat seolah dia dalam keadaan betul.
Islam sangat mengambil berat tentang masalah hutang-piutang. Bahkan Rasulullah dalam sembahyangnya sering memohon kepada Allah SWT supaya terhindar dari masalah hutang, "Allahumma inni a'uudzu bika min al-ma'tsami wa al-maghram, Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari berbuat dosa dan lilitan hutang."
Kerana kebiasaan Nabi SAW berdoa dengan kalimat tersebut, seorang sahabat bertanya kepada Nabi, "Mengapa Engkau banyak meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah?"
Jawab Nabi tegas, "Sesungguhnya seseorang apabila sedang berhutang ketika dia berbicara biasanya berdusta dan bila berjanji sering mengingkarinya," (HR Bukhori).
Siapa saja, di antara kita pasti pernah mempunyai hutang. Hutang boleh membuat orang bersedih dan fikiran tidak tenang. Kepada para sahabatnya, Nabi menegaskan, bahawa hutang-piutang adalah perkara yang harus disegerakan. Kerana kepentingan membayar hutang, Rasulullah pernah mengajarkan doa kepada sahabatnya.
Abu Umamah, sorang sahabat Nabi SAW pernah merasakan kegelisahan dan kebingungan kerana mempunyai hutang yang tidak boleh dibayar. Suatu ketika dia sedang termenung di Masjid memikirkan hutang-hutangnya. Melihat sahabatnya gelisah, Rasulullah SAW langsung bersabda dan memberikan doa kepada Abu Umamah untuk diamalkan setiap pagi dan petang.
Doanya, "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan dan kesedihan dan aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan kemalasan dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan pemaksaan dari orang lain . "(HR Abu Dawud).
13 Ulasan
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Baginda s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naunganNya." (Hadis riwayat Imam Tirmizi)
kelakar pun ada tapi yang menerima tu sendiri mau ingat la.. kat dunia senang lah hihi..