Ticker

6/recent/ticker-posts

Percayalah Ada Hikmah DiSebalik Setiap Ujian Yang Berlaku Dalam Hidupmu


Assalamualaikum

Alhamdulilah sudah di kampung, di uji, di fitnah oleh manusia.Dasyat sungguh tapi bukan hal itu yang ingin acik utarakan. Ketika kekusutan, aku di hampiri seorang pak cik tua.

Entah dari mana datangnya, dia menyapaku membuat aku tersentak.

Pak cik : Assalamualaikum nak, pak cik orang susah boleh berikan pak cik RM 1  pak cik nak beli air nak cuaca panas.

Aku: ini ada sedikit duit untuk pakcik.

Pak cik : Kalau tengok riak muka nampak seperti ada masalah, nampak seperti masalah besar.

Aku : Tak ada apa-apalah pak cik * sambil senyum.

*lebih kurangnya gitulah katanya padaku

Pak cik : ada suatu ketika kita cuba buat baik dengan semua orang, cuba bahagiakan mereka dan cuba sedaya upaya kita mengumpulkan kekuatan untuk mereka bertahan. Sedangkan kamu rasa di uji dengan hebat, di ambil kesempatan dan di fitnah dengan pelbagai.



Aku : ehh pak cik, macam mane pak cik tahu.

Pakcik : Bila tengok muka kamu pak cik aku seperti tahu masalah kamu. Semuanya datang dari Allah. Kamu kena kuat semangat, bukan semua orang beruntung di uji seperti ini. Allah sayang kamu, sayang mahu melihat bagaimana ketika kamu di uji ? nak jadi orang baik bukan senangkan nak ?

Aku : menganguk saje

Pakcik : Tapi percalayalah Allah itu selalu ada untuk kamu, dia tak pernah terleka. Sebagaimana kuatnya semangat kamu bertahan sekuat itulah kamu akan terus di cekalkan hati kamu. Bak kata pepatah “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.Islam menganggap fitnah satu daripada sifat mazmumah (tercela) dan dilarang Allah seperti dalam firman-Nya yang bermaksud:
  • Fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan. (al-Baqarah: 191)
  • Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah. (al-Qalam: 29).
Dalam sejarah umat Islam, kita menyaksikan betapa fitnah membawa bencana dan malapetaka dalam masyarakat. Fitnah inilah yang membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman r.a yang dituduh menjalankan dasar kronisme dan nepotisme dalam pentadbirannya.
Fitnah juga menyebabkan berlaku pertembungan di antara para sahabat besar seperti Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan Muawiyah bin Abi Sufyan r.a.
Munir al-Ghadban menyebut dalam kitabnya berkenaan Muawiyah bin Abi Sufyan: “Aku tidak berpendapat bahawa adanya suatu peribadi di dalam sejarah umat Islam yang terdiri daripada kalangan para sahabat yang awal, yang ditarbiah dengan tangan Rasulullah SAW dan mereka yang hidup dengan wahyu langit, lalu diperburukkan, dibohongi mengenainya dan didustakan kepadanya seperti yang terkena pada Muawiyah bin Abi Sufyan r.a…”
Pak cik yakin kamu dapat hadapinya, percayalah semuakan akan selesai dengan penuh hikmah .Yakinlah dengan Allah.
Aku : Terima kasih pak cik, itulah ucapan terakhirku apabila ku toleh ke arah pak cik, Dia sudah tiada, entahlah kemana hilangnya.Air mata ini mengalir tanpa di sedari. Jahilnya hatiku menyalahkan takdir sedang dia sentiasa ada untukku.Aku masih ingatkan lagi kisah yang di ceritakan kepadaku. 

Catat Ulasan

8 Ulasan

kuchalana berkata…
tuduhan palsu ini cukup berat..malah pernah Nabi sendiri bermasam muka dengan Siti Aisyah disebabkan cerita bawaan mulut orang
I N A A I N A A berkata…
Betul tu.. tuduhan palsu ni memang sedih la kalau terjadi.. tapi tak mengapa, Allah itu Maha Menghakimi.. Bersabar dan tabahkan hati..
lynmunir berkata…
Bersabar ya Acik. Hidup ini memang penuh dugaan.
paridah berkata…
pelbagai dugaan hidup ni bersabarlah...
mrs berkata…
tahu bukan mudah..kata orang berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul, semoga achik terus kuat menghadapinya
Khir Khalid berkata…
Allah tidak akan menurunkan ujian yg tidak mampu seorang hambaNya tanggung... Setiap ujian pasti akan ada hikmahnya... pasti...