Assalamualaikum
Siapa dekat sini belum ambil lesen motor atau kereta cepat angkat tangan. Nasihat acik yang belum ambil segerakan ambil bukan kerana apa kerana sistem sekarang sudah berubah. Acik antara mereka yang amik lesen pada tahun ini lesen motor dah ada cuma nak tambah lesen motor.
Mulanya acik daftar itu dengan semangat tunjuklah lesen L yang pernah di ambil dahulu tetapi sayangnya kata akak yang uruskan pengambilan pelajar ke sekolah memandu dia kata lesen L selepas dari pertengahan 2014 tidak valid di gunakan. Maka kena ambil dari awal . Maksudnya acik amik lesen L pada 2010 dan lama sangat tak boleh di gunakan. Maka kenalah amik dari awal dari kena masuk dengan ceramah, ujian komputer dan seterusnya.
Kalau mengikutkan harga untuk lesen kereta dan motor
Kereta (D) | Motosikal (B2) | |
- Daftar - Kelas KPP01- Ujian Undang-undang berkomputer- Lesen L | RM350 | RM200 |
- KPP02- Belajar di Litar- QTI | RM350 | RM150 |
- Ujian JPJ | RM350 | RM150 |
Jumlah
| RM1050 | RM500 |
Ini harga kalau kamu pergi terus ke pusat utama sekolah memandu. Tetapi kalau dengan agent tentu harganya berlainan sedikit kerana ada agent yang pergi balik ambil pelajar tersebut dan dia uruskan semua. Kebanyakkan yang acik pantau harga dalam lingkungan RM 1300 hingga 1400.
Antara beberapa perubahan dalam litar sekarang sudah ada S dan Z untuk pelajar lalui dan untuk test JPJ perlu menerangkan tentang luaran kereta, dalaman engin dan peralatan yang ada di bonet kereta.
Jadi acik ingin kongsikan sedikit carta alisan mendapatkan lesen memandu kelas motorkar/Kereta.
Jika ambil Motor langkah lebih kurang sama cuma berbeza adalah jam pembelajaran.Jika ingin mengambil motor dan kereta tiada lagi gabungan perlu ambil motor dan kereta.
LANGKAH 1. PENDAFTARAN
- Pendaftaran boleh dibuat di ibu pejabat PLMBB atau di mana-mana cawangan PLMBB yang berdekatan.
LANGKAH 2. KURSUS KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU (KPP01)
- Tempoh : 6 jam
- Masa : 9.00 pagi hingga 4.30 petang (termasuk waktu rehat)
- Syarat umur : 17 tahun ke atas
- Pakaian : Kemas dan sopan yang diluluskan oleh JPJ.
: Tidak dibenarkan memakai skirt paras lutut atau seluar pendek. - Dokumen yang diperlukan :
- Resit bayaran
- Salinan kad pengenalan atau salinan passport bagi calon bukan warganegara Malaysia.
- Kad pengenalan sebenar mesti dikemukakan pada hari kursus.
LANGKAH 3. TEMPAHAN UJIAN TEORI UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER
- Tempahan boleh dibuat melalui ibu pejabat PLMBB atau mana-mana cawangan PLMBB.
- Dokumen yang diperlukan :
- Sijil JPJL2A (dikeluarkan selepas tamat Kursus KPP)
- Slip Ujian Buta Warna
- Slip Buku KPP
LANGKAH 4. UJIAN TEORI UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER
- Ujian Teori Undang-Undang Berkomputer dijalankan di Pejabat Rilek Taman Perling atau Pejabat MyEG Kulai.
- Calon yang ingin menjalani Ujian Bertulis di ibu pejabat JPJ negeri, perlu mematuhi syarat-syarat berikut :
- Gagal Ujian Teori Undang-Undang Berkomputer sebanyak 3 kali.
- Calon yang telah lulus ujian boleh mengikuti langkah yang seterusnya.
LANGKAH 5. MEMPROSES LESEN BELAJAR MEMANDU (LDL)
- Pihak PLMBB akan menyediakan dokumen yang diperlukan untuk memproses Lesen Belajar Memandu (LDL) dan dihantar ke JPJ.
- Lesen Belajar Memandu (LDL) akan siap diproses di JPJ dalam masa 7 hari.
LANGKAH 6. MENDAPATKAN LESEN L
LANGKAH 7. KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU 02 (KPP 02) – 5.5 JAM
- Calon hanya boleh membuat tempahan masa belajar memandu selepas memperolehi Lesen Belajar Memandu (LDL).
- Sila rujuk ibu pejabat PLMBB atau cawangan PLMBB (tempat di mana calon mendaftarkan diri) untuk membuat tempahan.
- Tempoh maksimum Belajar Memandu bagi setiap calon dalam 1 hari adalah selama 5.5 jam.
- Borang belajar memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon tamat menjalani latihan KPP 02.
- 1. Membawa Lesen Belajar Memandu (LDL ).
- 2. Pakaian yang kemas dan sopan
- 3. Memakai kasut (tidak dibenarkan memakai selipar)
LANGKAH 8. KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU 03 (KPP 03) – 10 JAM
- Calon hanya boleh membuat tempahan masa belajar memandu selepas memperolehi borang belajar memandu ( SM4).
- Sila rujuk ibu pejabat PLMB atau cawangan PLMB (tempat di mana calon mendaftarkan diri) untuk membuat tempahan.
- Tempoh maksimum Belajar Memandu bagi setiap calon dalam 1 hari adalah selama 4 jam (rehat 1 jam selepas tamat 2 jam latihan sebelum menyambung baki jam latihan).
- Syarat yang perlu dipatuhi semasa Belajar Memandu :
- 1. Membawa Lesen Belajar Memandu (LDL ).
- 2. Pakaian yang kemas dan sopan
- 3. Memakai kasut (tidak dibenarkan memakai selipar)
LANGKAH 9. TEMPAHAN UJIAN PENILAIAN PRA-UJIAN (PRE-TEST)
- Calon hanya dibenarkan membuat tempahan Ujian Penilaian Pra-Ujian selepas memenuhi syarat minimum KPP 02 dan KPP 03 yang ditetapkan seperti di atas.
- Syarat : Mengemukakan Borang SM4 yang telah diisi dengan lengkap.
LANGKAH 10. UJIAN PENILAIAN PRA-UJIAN (PRE-TEST)
- Menjalani Ujian Penilaian Pra-Ujian (Pre-Test) mengikut masa tempahan yang telah dibuat.Sekiranya calon gagal Ujian penilaian Pra-Ujian (Pre-Test), anda perlu mengulangi ujian tersebut.
- Prosedur untuk tempahan ulangan ujian adalah sama seperti di atas. Calon yang telah lulus ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal JPJ.
- Syarat yang perlu dipatuhi semasa Pra-Ujian :
- 1. Membawa Lesen Belajar Memandu (LDL ).
- 2. Pakaian yang kemas dan sopan
- 3. Memakai kasut (tidak dibenarkan memakai selipar)
LANGKAH 11. TEMPAHAN UJIAN PRAKTIKAL JPJ
- Syarat : Lulus Ujian Penilaian Pra-Ujian (Pre-Test)
- Dokumen yang diperlukan :
- 1. Salinan kad pengenalan
- 2. Salinan Lesen Belajar Memandu (LDL) yang masih sah.
- 3. Lesen P atau CDL (jika ada).
- 4. Salinan keputusan ujian teori undang-undang berkomputer
LANGKAH 12. UJIAN PRAKTIKAL JPJ
- Dokumen yang diperlukan :
- 1. Kad pengenalan
- 2. Lesen Belajar Memandu (LDL )
- 3. Lesen P atau CDL (jika ada)
- Calon mesti memakai pakaian yang kemas dan sopan yang diluluskan oleh JPJ.
- Calon yang lulus Ujian Praktikal JPJ boleh memproses lesen memandu.
- Calon yang gagal Ujian Praktikal JPJ perlu membuat tempahan untuk ujian ulangan.
LANGKAH 13. MEMPROSES LESEN MEMANDU
- Dokumen yang diperlukan :
- 1. Salinan kad pengenalan
- 2. Lesen Belajar Memandu (LDL)
- 3. Borang JPJL1 yang lengkap.
- 4. Gambar berukuran lesen
- Sila rujuk ibu pejabat PLMBB atau cawangan PLMBB di mana anda mendaftar untuk memproses lesen memandu.
- Pihak PLMBB akan menghantar dokumen untuk memproses lesen ke JPJ dan dijangka siap dalam masa 3 hingga 7 hari bekerja
Dah akhir sekali kamu dapat lesen P , tahniah !!!
Acik kongsikan kepada kamu semua agar kamu alert dengan perubahan sistem ambil lesen, memang nampak leceh tetapi sebenarnya bagus kerana kamu di latih menjadi pemandu yang berilmu dan berhemah di jalan raya,
108 Ulasan
so kepada anak2 muda sila alert ini...
tak renew lagi.. selamba drive aaha..
tapi buat pekasam tiap2 tahun renew...
kereta tak bawak2 jg...huhuhu
- See more at: http://www.akupenghibur.com/2015/03/perubahan-sistem-mengambil-lesen.html?showComment=1448496448181#c8028726388699645595
Pihak driving school akan datang ambil dan hantar pelajar kat rumah, dan uruskan segala yang lain.
Saya rasakan mahal.
kalau sy nk bwk moto , guna lesen kete tu bole ke ? ?
dengar kabar angin mcm susah mula2
tengok2 senang je..
buat Rpk n Rsm. .
suggest saya sebelum nk test jpj tu buat lah solat hajat ye supaya dipermudahkan..
18/5./16..
keluar rumah selawat ke atas nabi
n just think positif..
akhir kata dari saya good luck yg baru nk ambil