Assalamualaikum
Kehidupan sekarang sangat mencabar dan tidak di nafikan. Dalam menghadapi dunia yang mencabar ini acik dapat lihat pihak tertentu mengambil iniasitif untuk mengadakan program-program yang memberi penekanan soal rohani dalaman kita.
Acik antara peminat tv 9 yang lebih kepada kekeluargaan dan islamik. Satu program yang acik minat , tak pernah tertinggal lagi buat masa ini. Tentulah program tanya ustaz. Dah lama program nie sebenarnya sejak 2009.
Program tanyalah ustaz merupakan rancangan bersiri yang berkaitan dengan permasalahan agama. Setiap episode menampil ustaz yang berbeza seperti ustaz raihan, ustaz zahazan dan ramai lagi. Penonton berpeluang berinteraksi secara langsung melalui panggilan telefon berkongsi masalah dan pengalaman bersama ustaz yang bertauliah.Ianya di siarkan secara langsung setiap isnin hingga ahad pukul 7.00 pagi - 8.00 pagi.
Satu lagi program istimewa untuk kaum hawa iaitu Tanyalah ustazah yang juga di siarkan pada setiap hari jumaat pada pukul 12 tengah hari yang mengupas isu yang menarik seperti jom kawin, muflis masa dan banyak lagi yang menarik.
Menampilkan ustazah yang berkaliber yang juga bertauliah. Pastinya rasa padat dengan ilmi yang kamu dapatkan.
Sekarang ini sudah banyak program islamik selebihnya terserah pada kita sama nak atau tidak. Stesen tv islamik pun ada jadi sebenarnya pilihan sudah tersedia.
Mari tingkatkan diri dengan ilmu pengetahuan yang baru, acik pun masih banyak yang perlu di perbaiki.
8 Ulasan