gambar hiasan |
Assalamualaikum
Pernah tak di perlekehkan oleh rakan-rakan cara pemakaian kamu ? pernah tak rasa tak confident diri bila pergi mana-mana event kerana tak tahu tentang fesyen. Di sini acik nak berikan sedikit tips kepada kamu semua.
1. Pilih pakaian yang fit
Benda utama yang akan menampakkan lelaki 'alert' dengan fesyen ni ialah
cara memilih baju. Masalah utama kebanyakan lelaki ialah memakai baju
yang lebih besar daripada badan. Pastikan memilih pakaian yang fit iaitu
pakaian sesuai mengikut tubuh badan. Jika di bertubuh kurus elakkan memakai pakaian yang terlalu longgar dan jika bertubuh besar jangan pakai pakaian yang terlalu ketat bersesuailah dengan . Berhati-hati ketika memilih, fit bukan bermakna ketat.
2. Simple tapi smart
Apabila bercerita tentang fesyen, bukan bermakna anda perlu berpakaian
seperti seorang artis. Pakai simple pun dah cukup. Amalkan mengayakan
pakaian dengan tidak menggunakan lebih daripada tiga warna. Nak nampak
menyerlah sikit pakailah blazer warna hitam atau putih yang fit. Pakai
blazer tak semestinya kena pakai dengan kasut kulit dengan seluar slack.
Pakai seluar jean pun boleh kena gayanya.
3. Santai bukan membosankan
Berpakaian
santai bukan bermaksud pakai seluar pendek dengan singlet koyak. Cuba
banyakkan membaca buku-buku fesyen atau melihat program-program yang
bersifat santai di televisyen.
4.Pemakaian pastikan sepadan
Sentiasa pastikan anda berfesyen kena dengan gayanya. Duduk depan
cermin fikir nampak pelik tak apa yang anda pakai. Kalau anda sendiri
dah rasa pelik, apatah lagi orang kat luar sana. Sebagai contoh, anda
pakai baju yang labuh tapi pakai seluar yang ketat ala-ala legging. So?
5.Sentiasa peka
Jangan terlebih berfesyen kerana pasti akan buat anda nampak cacat,
tapi jangan takut untuk berfesyen. Sentiasa fikir apakah event yang anda
akan pergi. Kalau dah bercadang nak pergi ke tempat yang panas, takkan
nak pakai sweater yang tebal. Kiranya bersesuai dengan tempat, takkan nak ke pasar malam pakai kot, agak janggallah. Ikut tema yang di berikan.
6.Belanja lebih untuk kasut
Apa salahnya jika berbelanja lebih untuk sepasang kasut. Tetapi jangan
beli saja mahal-mahal, tapi tak tahu nak jaga.Tahukah anda kaum lelaki
sekalian bahawa mata perempuan ni biasanya akan melihat kasut yang
dipakai lelaki. Sama ada cantik atau tak cantik, bersih ke tak dan
sesuai ke tak. Macam mana nak kagumkan teman wanita kalau kasut kotor.
Kasut melambangkan identiti diri. Kotor kasut, pemalaslah anda.
7.Berhati-hati memilih t-shirt
Jangan amalkan memakai t-shirt yang mempunyai logo yang besar salah satunya ianya akan menjadikan kamu seolah ajen kepada company iklan yang bergerak.
8.Jangan terikut pada trend
Jangan biasakan mengikut sangat trend masa kini kerana trend tidak akan
kekal lama. Kekal dengan citarasa yang anda suka. Kerana tak guna kalau
membeli pakaian mengikut trend semasa tetapi jarang pakai.
9.Jangan beli kerana brand
Sebelum anda beli sesuatu pakaian, pastikan anda bertanya kepada diri
sendiri sama ada anda membeli kerana brand pakaian tersebut atau kerana
nampak smart. Biar beli pakaian yang murah tapi smart berbanding beli
pakaian mahal tapi buruk macam kain lap kat dapur.
10. Jangan malu untuk meminta pendapat
Rajin-rajinkan diri untuk bertanya dengan orang terdekat sama ada apa
yang anda pakai itu nampak smart atau sebaliknya. Tapi mestilah
bertanyakan kepada orang yang boleh memberi pendapat dengan sejujurnya.
11.Pastikan muka bersih dan kemas
Perhatikan wajah anda, terutama sekali pada janggut. Ada nampak
terurus? Bulu hidung tu ada terkeluar-keluar? Sideburn tu ada nampak
macam Elvis Presley? Pastikan muka nampak bersih dan kemas, buang segala
bulu roma yang dirasakan menyemak. Pemilihan pencukur juga amat
penting.
Dapat sedikit tips untuk kamu semua ? Harap dapat membantu.
8 Ulasan