Assalamualaikum
Tiba-tiba dapat mesej dari seseorang, cukup kenal aku nombor tersebut. Hati berdebar-debar untuk sekian lama dia menghantar mesej.
Bila aku membuka mesej tersebut tidak ku duga. Dia ajak ketemu walaupun dah berkahwin ? Tidakku layan tetapi dia terus menghantar mesej di facebook merayu untuk ajak ketemu , katanya hanya aku yang memahaminya.
Ahh ini adalah sedikit coretan yang pernah mengalaminya kejadian tersebut. Kekasih lama kembali lagi setelah sekian lama.
Apa tindakan kita ?
Adakah terus ajak berjumpa atau biarkan sahaja ?
Memang pilihan di tangan kita tetapi penyakit ini amat berbahaya sekiranya pasangan itu telah pun berumah tangga dengan pasangan masing-masing. Makin parah apabila pasangan itu mengalami masalah dalam rumah tangga ketika mereka terjumpa semula kekasih lama dan mula mengadu masalah masing-masing.
Proses kaunseling tidak bertauliah ini akan mengakibatkan masalah rumah tangga itu semakin kronik. Mana takkannya mesti ada penyesalan dalam hati. Kenapalah kita tak kawin dengan dia ?
Maka dengan tegas acik nasihatkan jangan memulakan apa juga perhubungan terutama bekas kekasih kita telah berkahwin. Ianya akan mengeruhkan keadaan percayalah. Elak untuk berhubung sama ada melalui orang perantaraan, media sosial mahupun telefon. Jika berlaku perhubungan tanpa sengaja sekalipun seperti melalui media sosial dan telefon kita hendaklah menamatkan percakapan dan perhubungan itu dengan seberapa segera.
Biarlah benda dah berlalu , jangan di ungkit lagi kisah lama. Jodoh itu telah di tetapkan Allah.Seharusnya kita perlu hindari untuk kembali mengingat keindahan memori bersama cinta lama dan berpijak kepada dunia nyata siapakah kita ketika ini dan apakah tanggungjawab kita kepada pasangan kita dan pilihan kita.
Jika situasi ini masih tiada penghujungnya, mungkin kerana si dia berasa kesal dengan apa yang pernah dilakukannya kepada kita sebelum ini, pada masa inilah kita perlu memiliki asertif diri yang kuat untuk menyedarkan si dia hakikat sebenar status diri kita yang sesekali tidak akan mengecewakan pasangan kita.
Asertif diri perlu dilatih sentiasa untuk menyatakan tidak kepada godaan cinta lama selain untuk memastikan cinta lama sedar akan kesilapannya mengganggu kita yang sudah menjadi isteri atau suami kepada seseorang. Cuba elakkan bermusuh dengan cinta lama, sedarkan si dia dengan penuh asertif dan berhemah.
Okey ?
Jangan mencari masalah yang lain, jalani hidup kita yang sekarang. Sebagai pasangan yang terbaik kepada pasangan kita, hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri kita dari mencari, mendekati atau cuba menjalinkan kembali memori ilusi cinta lama.
23 Ulasan
*juga
*masuk
walaupun kaunseling percuma kan..hihi..
lebih baik kite elakkan...drpd kita nak ubatinya sgt la susah klu melibatkan rumahtangga org :)
Macam Fida...before kawin dulu ok la still berhubungan lagi dgn ex..dia pun ok..tapi after masing2 dah kawin terus sepi..takut terguris hati pasangan masing2.even husband takkisah pada luaran tapi hati dia..mesti ada terkilan.
Lembaran usang terbaca lagi
Dan pasti perih tercetak ulang dihati
Jadi pilih saja cinta yang kita miliki saat ini
selesaikan masalah rumah tangga tu dulu, bukan dengan menceritakn kepada orang luar,,
sebab hati ni susah sangat nak control sifat dia berbolak balik :)
Saya FIX MASALAH BERIKUT KEPADA SELURUH
GLOBE ON:
1. Mendapatkan kekasih atau suami anda kembali
2. peluru Rohani
3. Latihan
Ejaan 4. Wang
5. ejaan Sepanjang hayat
6. Prosperity ejaan
7. Perlindungan ejaan
8. Dapatkan ejaan kerja
9. Menjadi pengurus ejaan
10. Dapatkan pinjaman besar tanpa membayar apa-apa tempoh bayaran
11. Mendapatkan wang penipuan anda kembali
Ejaan 12. Kanak-kanak
13. Kehamilan ejaan
14. Kebebasan ejaan
15. Cinta ejaan
16, jampi lenyap
17. ejaan manusia ghaib
18. Kejayaan atau ejaan pas
19. Perkahwinan ejaan
20. ejaan membalas dendam
21. Populariti ejaan
22. Killing ejaan
23. Cancer ejaan
24. Supernatural ejaan kuasa
25. Madness ejaan
26. Rumah Percuma tempoh pinjaman
27. ejaan Pengeluaran filem dan filem
28. Hiv / AIDS ejaan
29. Tuberculosis ejaan
30. longgar berat badan dan badan ejaan
hubungi saya untuk sebarang masalah di sini pada
greatkenspellcaster@gmail.com. Oleh kerana tidak ada keperluan untuk mengalami sementara ada seorang lelaki untuk membantu dalam menyediakan penyelesaian kepada semua anda
masalah. tidak kira di mana anda berada saya masih boleh help.Thanks dan mungkin anda semua hidup lama