Ticker

6/recent/ticker-posts

Belajar Untuk Hidup Dalam Beserderhana



Assalamualaikum


Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmat yang berikan kepada kita .Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Islam menganjurkan agar setiap umatnya mengamalkan sikap bersederhana di dalam setiap tindakan iaitu tidak berlebihan dan tidak pula melampau terutama di dalam berbelanja. Dalam hal ini agama Islam telah menetapkan beberapa peringkat keperluan bagi umatnya: 

Pertama al-Dharuriat iaitu keperluan yang mendesak, 
Kedua: al-Hajiaat iaitu keperluan yang dihajati, 
ketiga: al-Thasiniat iaitu keperluan yang lebih baik dan yang 
keempat: al-Kamaliat iaitu keperluan yang lebih lengkap. 

Namun begitu, dalam mengurus kehidupan kita, Islam mewajibkan kita mengatur perbelanjaan kepada perkara-perkara asas dan keperluan yang benar-benar mendesak iaitu al-Dharuriat
Menurut Imam as-Syatibi bahawa: al-Dharuriat adalah sesuatu yang harus dilakukan agar mendapat kemaslahatan di dunia dan akhirat, jika al-Dharuriat ini tidak dilaksanakan maka kemaslahatan itupun tidak akan ada tetapi yang akan timbul adalah kerosakan, kesengsaraan dan kerugian yang besar. Dalam hal ini Prof. Dr. Yusuf Qardhawi ada mengatakan bahawa: sebahagian umat Islam kini kerap mendahulukan perkara yang kurang penting berbanding perkara yang penting. Perkara penting adalah urusan-urusan wajib yang termaktub dalam syariat Islam. Antara perkara tersebut ada yang besar, penting dan utama dan ada pula yang kecil, ringan, kurang penting dan kurang utama iaitu asasi, cabang (furu’), dan rukun.

Sebagai seorang Islam tentunya kita menyedari bahawa dalam menjalani kehidupan ini Allah SWT telah mengurniakan berbagai-bagai nikmat yang tidak terhitung banyaknya samada dalam bentuk keamanan, kesejahteraan, kesihatan, kebahagian, kekayaan, umur yang panjang dan sebagainya. Firman Allah SWT di dalam surah an-Nahl ayat 18:

Bermaksud: Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tiadalah kamu dapat menghitungnya; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Namun begitu, kadang kala dengan nikmat yang melimpah ini menyebabkan seseorang itu lupa dan lalai bahawa sebahagian itu adalah ujian dari Allah SWT kepada hamba-hambanya. Sebagai umat Islam kita dituntut agar mensyukuri segala pemberian dari Allah SWT. Kita hendaklah mengurus segala pembelanjaan untuk keperluan hidup dengan sebaik-baiknya setiap masa samada di waktu senang, lebih-lebih lagi di waktu susah. Sekiranya kita mengabaikan perkara tersebut dikhuatiri kesan daripada kelalaian kita menguruskan perbelanjaan hidup boleh menyebabkan kita meninggalkan generasi yang mundur di kemudian hari serta menyebabkan negara kita berada dalam mundur dan terkebelakang. Bayangkanlah, jika fenomena ini berterusan ia pasti mendatangkan beban kewangan pada diri dan keluarga umat Islam yang seterusnya akan melahirkan sejumlah besar penghutang-penghutang di kalangan umat Islam. Akhirnya, kadar kemiskinan makin bertambah dan ini membuka ruang kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan seterusnya menindas umat Islam. Justeru, tidak mustahil boleh tergadainya agama, bangsa dan tanahair tercinta jika umat Islam terus dibelenggu oleh hutang.

Agama Islam tidak melarang umatnya daripada berbelanja, tetapi hendaklah secara berhemah iaitu dengan memberi keutamaan dan mendahului kepada perkara-perkara yang penting sahaja. Perlu difahami gaya hidup berhemah berkait rapat dengan sifat berjimat cermat dan tidak membazir. Islam melarang dan menegah umatnya daripada membazir kerana ianya perbuatan keji. Islam menyifatkan perbelanjaan boros dan pembaziran adalah perbuatan keji kerana ia tidak memberi faedah kepada masyarakat dan menjauhkan lagi jurang golongan kaya dan miskin. Jika dasar berhemah ini diambil kira, maka hak-hak serta kebajikan orang-orang fakir dan miskin dapat ditunaikan sepanjang masa. Sesungguhnya orang yang membazir adalah saudara syaitan dan syaitan amat suka kepada orang yang boros dan berbelanja mengikut kehendak nafsu. Firman Allah SWT di dalam surah al-Israk ayat 27:

Maksudnya: Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”.

Ibn Mas’ud dan Ibn Abbas RA mentafsirkan ayat ini, bahawa pembaziran itu bermaksud perbelanjaan atau mengunakan harta benda bukan pada tempatnya yang sebenar. Begitu juga dengan pandangan Imam Syafie bahawa pembaziran itu ialah membelanjakan harta benda bukan pada jalannya.

Renungilah kisah hidup Rasulullah SAW yang amat bersederhana dalam semua keadaan, walaupun bukit dan gunung-ganang yang ada di sekitarnya pernah ditawarkan agar ia dijadikan emas dan perak, akan tetapi Rasulullah SAW menolaknya. Diriwayatkan juga bahawa dapur Rasulullah SAW hampir enam puluh hari tidak berasap, Baginda dan isteri-isteri hanya menjamah buah tamar dan air. Bukan kerana tidak mampu akan tetapi Rasulullah SAW suka untuk hidup dalam keadaan sederhana dan tidak melakukan pembaziran serta berbelanja mengikut hawa nafsu. Sabda Rasulullah SAW:


Bermaksud: Dari Abdullah katanya: Rasulullah SAW tidur di atas tikar dan bangun selepas itu dalam keadaan badannya berbekas, maka kami katakan kepadanya, Ya Rasulullah, sekiranya kami bawakan kepada kamu hamparan yang lembut, Rasulullah menjawab: Apakah kedudukan aku dan dunia ini, Tidakkah aku di dunia ini melainkan seumpama pengembara yang berteduh di bawah pokok kemudian berlalu meninggalkannya”.(Riwayat at-Tirmizi)

Marilah sama-sama kita mengamalkan tuntutan hidup bersederhana dan berjimat cermat sepanjang masa. Sebagai manusia yang beriman dan berintegriti hendaklah kita menjauhi sifat membazir agar mendapat keberkatan hidup dari Allah SWT. Malahan dengan mengamalkan sikap berjimat cermat ia akan mendatangkan banyak faedah kepada diri kita dalam banyak perkara di antaranya, kita akan mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT, terselamat dari muflis akibah hutang dan berbelanja berlebihan menurut hawa nafsu serta kita juga akan mempunyai simpanan yang dapat menjamin hidup kita di saat menghadapi kesusahan.

Percayalah, sikap berjimat cermat ini bukan sahaja dapat memberi kebaikan kepada diri, keluarga dan masyarakat bahkan kita akan mendapat ganjaran pahala serta keberkatan dari Allah SWT kerana sikap sebegini pasti menjadi contoh dan ikutan terbaik buat anak-anak dan generasi muda. InshaAllah, acik menaip ini juga untuk mengingati diri ini agar untuk meneruskan hidup yang bersederhana. 

Catat Ulasan

9 Ulasan

Siti Sharini berkata…
Salam..
betul sebetulnya..tapi kebanyakan kita bila dah betul-betul kering baru ingat nak berjimat sebab terpaksa he he he..such a good reminder.Thanks!
LYAfrina berkata…
as-salam..
perkongsian terbaik..
kita knalah bijak merancang perbelanjaan supaya x mbazir utk pkara y x sepatutnya.. paling penting besederhana dlm sgala hal...
paridah berkata…
SALAM JUMAAT...HIDUP YG SEMENTARA HANYA PERHENTIAN SEKETIKA ELOK BERSEDERHANA SAJA...
kuchalana berkata…
Islam selalu mengajar kita untuk sentiasa bersederhana di dalam segenap perkara
Khir Khalid berkata…
Bersederhana itu sunnah juga kan... bersederhanalah dlm kehidupan, sesungguhnya Allah tidak menyukai golongan yg melampaui batas...
Gee Lion berkata…
ini macam list four quadrant tu kan, but of course la prinsip Islam lebih menyeluruh dan wajar dipraktikkan.. ^_^
shazillahsani.com berkata…
betul tu achik, kalau xbijak atur perbelanjaan mmg pokai lar..huhuhu
Unknown berkata…
Sememangnya sifat wasatiah yang disuruh oleh agama ita dalam apa jua cara pun