Assalamualaikum
Kalau sebut tentang Clash of Clan (COC) pastinya semua orang tahu terutama kepada lelaki. Ianya menjadi trend terkini dan permainan popular di kalangan anak muda bukan hanya remaja,orang dewasa juga turut bermain permainan strategi ini termasuk acik.
Pada acik, game ini sangat seronok kerana ianya melibatkan strategik dan melibat EQ. Selain ianya mengeratkan persaudaraan bagi mereka yang mempunyai clan yang tersendiri. Yelah setiap clan mempunyai ahlinya tersendiri berjuang bersama-sama untuk menaikkan clan masing-masing.
Tahu ke sejarah COC ?
Tahukah kamu, bahwa Clash of Clans awalnya dibuat hanya untuk sistem operasi mobile pada platform iOS saja. Game ini rasmi di keluarkan pertama kali pada tanggal 2 Agustus 2012. Dalam jangka waktu setahun, COC menunjukkan grafik pengguna yang meningkat secara signifikan, boleh di katakan game Clash of Clans sangat sukses dipasaran. Tentunya hal ini membuat para gamer teruja apabila game strategi ini di keluarkan. Singkatkan cerita, Supercell tak mau melewatkan kesempatan itu, akhirnya mereka pun memperluas platform setelah sebelumnya melakukan beberapa reset pasar games selama beberapa bulan.
Mulai tahun 2013 , sistem operasi android adalah satu-satunya pilihan yang sangat menguntungkan. Melihat juga banyaknya pengguna dari kalangan menengah ke bawah yang jumlahnya terus bertambah dengan pesat. Dan pada akhirnya, mereka (supercell) mengeluarkan rasmi clash of clans versi android pada tanggal 7 Oktober 2013.
Hadir di Android, peminat clash of clans semakin menggila saja. Hampir 3 tahun, COC sudah di download sebanyak 100 Juta pengguna Android di dunia.
Kehadiran COC pastinya mengundang makan hati bagi wanita di luar sana kerana lelaki lebih menumpukan game berbanding mereka. Jujur bila main COC pasti kamu akan rasa nak terus main lagi dan lagi. Tqk percaya kamu yang perempuan yang main mesti akan terus tangkap cintan. Acik tengok sekarang nie sudah mula ramai wanita yang sudah bermain.
Ada yang mengadu dengan acik, bahawa dia makan hati bila tengok suaminya asyik main COC.
Tak salah nak main tapi pastikan tanggungjawab tidak terabai. Anak uruskan , berikan masa berkualiti dengan isteri dan keluarga. Ada masa terluang baru boleh main.
Eh boleh ke macam tu ?
Tepuk dada tanya iman.
Besederhanalah jangan sampai tak solat, tak makan, tak pergi kerja dan sebagainya.Kalau pekara itu boleh bawa keburukan seperti sampai membazirkan duit, tak boleh tidur, bergaduh sebab coc maka elok tinggalkan.
Keharmonian hidup kita, kita juga yang menguruskannya.
12 Ulasan
memang sakit hati..
sampai smua bnda dilupakan :)
zinziemeewah
classic tau.. ada simpan fruit slash smpai skarang..