Ticker

6/recent/ticker-posts

Penderaan Emosi Adalah Pembunuh Senyap


penderaan emosi

Assalamualaikum

Di dada akbar banyak memaparkan tenteng kes penderaan yang berlaku di negara kita. Bayi di dera dengan teruk apalah salah mereka ? Kasihani mereka dan sayangi mereka, jika tak mahu betul boleh bagi acik sanggup acik jaga.

Kalau penderaan fizikal kita boleh lihat. Cedera di tangan , kaki dan badan boleh di lihat dan boleh di sembuh. Tetapi bagaimana jika cedera di sebab kata-kata dan gaya bahasa tubuh ?

Aah mesti ada yang terkejut ? apakah itu ?

Ianya adalah melalui kata-kata dan bahasa badan menunjukkan penolakkan adalah penderaan emosi. Penderaan emosi ini lebih teruk impaknya kepada seseorang. Terutama kepada kanak-kanak.

Ada kalanya kanak-kanak yang terganggu emosi kerana penderaan berkenaan menjadi dewasa dengan membawa masalah semasa kecilnya itu.Gangguan emosi menjadikan kanak-kanak berkelakuan pelik, termasuk resah, murung, suka bersendirian dan terencat pembangunannya.
Lebih menakutkan, dia menjadi orang dewasa yang akan menganiaya anaknya secara emosi.Tidak kurang juga yang mengalami gangguan mental kronik, hilang kepercayaan diri dan cuba membunuh diri.

Apakah penderaan emosi ?

Contoh yang boleh acik bagikan adalah apabila Bagi seorang kanak-kanak, melihat kedua ibu bapanya bertengkar, mendengar ayahnya memaki hamun ibunya, melihat ibunya dipukul, diserang secara mulut dengan kata-kata yang memalukan, merendahkan maruah dirinya atau orang yang dikasihinya adalah antara contoh penderaan emosi.
Kebanyakan ibu bapa tidak sedar mereka mendera emosi anak dengan hanya merebut anak selepas bercerai.

Ianya juga boleh terjadi kepada remaja ?

Ianya boleh terjadi apabila ibu bapa mengherdik, mengeluarkan perkataan kesat , sindiran kepada anak-anaknya yang berunsur negatif. 

Sindirian itu sebenarnya bahaya kerana ianya meresap ke dalam lubuk hati yang paling dalam. Contohnya ,antara adik beradik kaulah anak yang paling bodoh dan paling menyusahkan aku !! "

Kata-kata memang menusuk kalbu dan di simpan di hati dan fikiran. 

Mainan perasaan dengan tekanan yang berterusan juga merupakan penderaan emosi. Contohnya , Kau tahu kau gemuk !! tak cantik !! 

Mungkin bagi kita itu perkataan biasa, tetapi tidak bagi yang lain. Ianya bagaikan pengakhiran hidup.Ianya boleh jadi kepada sesiapa sahaja. Rakan sekerja, kawan-kawan di universiti dan sebagainya.Itulah betul orang kata kata- kata boleh jadi setajam pedang yang mampu membunuh.

Muhasabah diri kita, ada tak kita duk keji , maki dan menghina orang sekeliling kita ? Kalau ada masa jika ada peluang dan ruang maka minta maaf.

Kesannya teruk jikanya berterusan ,boleh menyebabkan ganguan jiwa, kecelaruan emosi dan sebagainya.

Okey ? 

Jaga kata-kata kita dan fikirlah dulu sebelum berkata. Cubalah ada rasa empathy iaitu berada di tempatnya berasa. Jadi kita lebih berhati-hati.

Catat Ulasan

17 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
mohon dijauhkan dari kemungkaran itu.
Inani Hazwani berkata…
jaga kata kata kita. sebab boleh jadi menghiris perasaan orang lain kan
paridah berkata…
hmm setuju dgn n3 ni...kena belajar cara komunikasi n berbahasa dgn molek ni agar xberlaku penderaan emosi...makan dalam tu.
Unknown berkata…
Bonde setuju juga... jagalah hati org lain jika tidak mahu hati anda disakiti
khatyaiman berkata…
setuju dengan acik..perasaan dan emosi nie 80% mempengarahui atitude kita..
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Kak lya stuju..kadangkala kan kita sbg ibubapa tak sedar mengenai hal ini..bila kita menuturkan sesuatu pada ank2 tanpa berfikir pjg buruk akibatnya..Ank2 mudah terpengaruh dgn kata2 ibu bapa mereka..jaga kata2 agar tiada hati yg terluka..
Khir Khalid berkata…
Menjaga hati ni mmg sgt penting utk kebaikan hubungan dlm kehidupan. Ia mmg sgt2 terkait rapat dgn emosi kita..
http://www.diarijejakahangat.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html

Jom Join
ummul azkee berkata…
perkongsian yg berguna...kebykkn sekarang ganggu emosi juga penyebab kepada jenayah..pokok pngklnya agama.jika kita tahu cara mengatasi tekanan dan perasaan marah mgkin tiada kes2 penderaan.
RahimAim1 berkata…
tula..kadang2 mak bapak lupa..kata-kata jga dikategorikan sebagai doa.... Patutnya mak bapak kenalah doa yang baik2 untuk anak...
Azirahman berkata…
Berhati-hati dlm kata-kata
Eny Abdullah berkata…
betul tu acik... penderaan emosi lebih menyiksakan dr penderaan fizikal.. at least fizikal kita merasa sakit luaranya,.. sakit didalam tu tak boleh nak luah dgn kata2 kan..
aswaleyla berkata…
paling kesian baby kena dera . apa salah die . harap dijauhkan dari semua ni .
shamiera osment berkata…
kes penderaan makin berleluasa..hati manusia semakin kejam...
Cekgu Norazimah berkata…
berhati-hati dalam berkata-kata lagi2 sbg ibu bapa, kata2 itu adalah doa
Nik Ainaa berkata…
penderaan emosi yg bnyk berlaku disekeliling kita. nauzubillah...