Ticker

6/recent/ticker-posts

Pendidikan & Pemantauan Perlu Di Lakukan Di Kawasan Luar Bandar Berkaitan Dengan GST



Assalamualaikum 

Bila berbicara soal GST  pasti orang akan geleng kepala dan pening kepala kerana peningkatan harga barangan yang telah di senaraikan. Kesannya juga memberi impak kepada pekara lain seperti harga sewa di naikkan dan harga barangan untuk perkahwinan juga meningkat. 

Sebalik segalanya kita ambillah sisi positif bahawa ianya mengajar kita untuk berjimat cermat dengan segala pembelanjaan dan lebih teliti dalam pengeluaran wang. Walaupun keluhan demi keluhan dan moga di pertimbangan lagi untuk usul-usul akan datang . Lagi-lagi kos sara hidup makin tinggi dan bagi mereka yang baru nak memulakan "kehidupan" bagi lepasan IPT.

Sebelum itu acik ingin ucapkan terima kasih kepada beberapa syarikat yang mengambil langkah bijak memahami keadaan kami rakyat biasa ini. Contohnya adalah Mydin, Ikea dan MR DIY kerana mengekalkan harga seperti sebelum GST.



Seperti dahulu lagi apabila sesuatu berlaku pastinya lebih keutamaan di kawasan bandar. Kawalan dan pemantauan lebih tertumpu di kawasan bandar juga. Bagaimana kami orang yang duduk di luar kawasan bandar ?

Harga yang di jual adalah mengikut peniaga itu sendiri.

Contoh mudah di kawasan luar bandar sebelum gst lagi setiap kali pembelian top up sudah di kena surcharge . Kalau beli RM 5 jadi RM 5.30. 

Jadi apa pula kalau di kenakan gst ?

Contoh orange sunquick di pasaran harganya RM 4.70 tetapi di kedai-kedai runcit dekat RM 5.30 . 

Kadang kesian mak cik dan pak cik di kawasan kampung dan felda-felda mereka bukan tahu sangat soal ini dan mereka perlu membayar dengan harga yang lebih tinggi. Perkara tersebut dikatakan bukan isu baharu tetapi sudah berlarutan sejak sekian lama dan perlu di atasi segera.

Kalau ikutkan mereka tiada pilihan dan terpaksa juga beli kerana ianya merupakan barangan keperluan harian. 

Acik faham peniaga mahukan keuntungan tetapi janganlah ambil kesempatan kepada mereka. Mereka orang susah juga tau.

Acik harap sangat pihak berwajib memantau harga barangan di kawasan kampung-kampuing, felda mahupun pendalaman. Ini barangan di kenakan gst pasti akan meningkat lebih lagi harganya.

Bila di kampung bukannya kedai ada resit untuk mengatakan barangan di kenakan gst atau tidak untuk setiap item. Tolonglah lakukan pemantauan untuk menangani masalah ini. 
Tanya pak cik apa itu gst ?

Jawapan pasti kurang tahu

Kalau di tanya sol gst mereka tidak tahu banyak maklumat. Hanya yang celik It sahaja tanya tapi pak cik dan mak cik yang berumur 50 tahun ke atas mereka tidak mengetahuinya. Pendidikan tentang gst perlu di beritahu kepada mereka dengan telus. 



Catat Ulasan

13 Ulasan

shazillahsani.com berkata…
betul itu achik, takut perniaga mengambil kesempatan.
musim-musim gst ni, rasanya memang ada yang akan mengambil kesempatan... hu hu hu...dan betul kena didik dan pantau kawasan luar bandar tentang GST...
paridah berkata…
kalau MYDIN boleh menyerap kenaikan gst maknanya xlah terlalu tinggi kenaikan brg perlu tu...jgn biarkan diri disusahkn gst.
Asha Lya berkata…
Memg ramai yg ambik kesemptn, kesian mereka yg kurang brkemampuan trutama pduduk luar bndr
Maria Firdz berkata…
Mmg dh ada yg amik ksmptn...
Cik Nor berkata…
good entry,,..:)
Ana Jingga berkata…
itulah kelemahan nya bila tiada pemantauan ,peniaga sewenang-wenangnya menaikkan harga,sistem dipersalahkan 100%...
I N A A I N A A berkata…
Bagusnya pihak yang masih mengekalkan harga. Semoga sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakyat
Unknown berkata…
betul tu..kadang2 dorg ambik kesempatan je
wahida berkata…
alahai kesian kat pakcik makcik kat desa nun...huhu...
HAMIDIsP berkata…
Kita takut bukan gst yang memberi kesan tapi peniaga tamak yang mengambil kesempatan..
Siti Yang Menaip berkata…
kalau peniaga betul2 ikut t and c okay kot.. yang jadi masalah buat yang tak ikut..
huurm memang kena pantau. setuju stuju..
Nur Arifa berkata…
setuju! masalah skrg ni peniaga2 yang kurang telus...end user yg kena tempias...