Ticker

6/recent/ticker-posts

Tanda-Tanda Kamu Seorang Yang Matang

Gambar Hiasan
Assalamualaikum


Aku tak kuat !!
aku tak tahan lagi dengan rasa di kongkong !
Mak ayah aku tak faham aku !!


Itulah mesej yang pernah di hantar kepada acik pada 2012 semasa itu Azman berada di tingkatan 5,setelah 3 tahun Azman kembali mesej dengan kelainan.

Acik betul sekali apa yang nasihat aku dulu, dulu aku terlalu ikut amarah aku. Terlalu ikut emosi aku untuk mendapatkan dan melakukan apa yang aku nak. Untuk mencari cinta sejati , tak mahu di konkong dan mahukan kebebasan untuk melakukan keputusan. Tapi bila sekarang nie baru aku tahu rupanya aku salah dan masa mematangkan aku. 

Okay bercerita soal matang ianya tidak mengira umur. Ada yang dah berumur tetapi peragai macam budak -budak dan tetapi ada yang umurnya muda tetapi dia lebih matang dalam membuat keputusan.

Apa itu Matang ? 

 Mengikut kamus dewan, matang membawa maksud sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran.

Maksud di dalam kamus dewan terlalu umum. 

Ketahuilah wahai sahabatku sekalian, sebagai orang Islam kita perlulah membuat penambahan bagi maksud matang kepada: orang yang matang ialah orang yang mampu berfikir yang mana baik dan buruk untuk di lakukan berlandaskan Islam. 

Antara tanda kamu matang adalah : 

Pertama : Kamu boleh mengawal amarah kamu

Maksudnya kalau dulu orang cakap sikit, orang tegur dah melenting. Rasa tak boleh terima langsung apa yang orang kata. Tetapi sekarang apabila ada orang beremosi kamu lebih tenang dari dia dan menjadi "cool down" dan boleh di bawa berbincang. Mengawal amarah dan ego itu adalah pekara berbeza ye.

Kedua : Kamu tidak terburu-buru bila dengar satu pekara.

Contoh bila kawan kamu bagitahu , " Zal kau tahu Zali yang curi buku kau  !! " Dengan tanpa berfikir kau serang dia !! .Kalau kamu matang tentunya kamu tidak akan mudah untuk mendengar khabar angin dan cakap-cakap orang tanpa asal usul dan bukti yang kukuh. Kamu dapat tangani dengan tenang dan cuba bawa berbincang.



Ketiga : Belajar Dari Pengalaman 

Seseorang itu kadang kala matang berdasarkan pengalaman yang lepas. Sebelum ini mungkin dia seorang yang "childish " tetapi lepas pemergiaan ibu bapanya menjadikan dia seorang lelaki lebih berdikari dan matang dalam sesebuah keputusan. 

Keempat : Boleh mengawal Nafsu 

Nafsu itu dalam bentuk pelbagai , nafsu membeli belah , nafsu makan dan nafsu -nafsu lain. Contoh kamu dah ada duit nak beli iphone 6 tetapi pada masa yang sama mesin basuh kat rumah rosak. Mana yang akan kamu jadikan priority ? Jika bijak memilih membuktikan kamu seorang yang matang.

Kelima : Tunjukkan kasih sayang

Seorang yang matang dapat terjemahan rasa sayang melalui "body language " , perilaku , perkataan dan perbuatan. Kiranya pandai menghargai orang yang dia sayang.

Keenam : Dia mempunyai sikap adil dan amanah

Apabila seorang itu matang pasti tindakannya mestilah adil. Jika di berikan amanah pastinya dia akan di lakukan dengan sebaik mungkin kerana ianya menjadi kewajipannya. Tindakan pastinya tidak terburu-buru dalam melakukan tindakannya. 

Ketujuh : Tidak cepat melatah apabila di kritik dan makan di puji

Apabila orang menegur kesilapan kita dan mengatakan tidak suka kerja kita,  kita cepat  tidak ambil hati dan tidak  cepat terasa hati. Kita cuma ambil dia sebagai satu semangat di sudut yang positif. Apabila di puji kita tidak cepat termakan dan anggap itu sebagai kekuatan untuk terus berjaya.


Kelapan : Bercakap bila perlu

Matang itu menjadikan seseorang itu lebih berhati-hati ketika berbicara. Bicaranya untuk pekara yang perlu dan tidak pekara yang remeh temeh dan di jadikan permasalahan

Kesembilan : Mengikut situasi dan keadaan


Kadang itu ada juga matang dalam beberapa keadaan dan situasi. Yelah kadang tu bukan semua pekara kita matang. Tidaklah sentiasa serious 24 jam.

Ini apa hasil pemerhatian acik terhadap orang sekeliling, matang itu bergantung kepada diri kamu. tentunya ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Jadi ianya terpulang pada kamu dan ini sekadarnya. Jadilah seseorang yang matang dalam kehidupan dan mencari keredhaan dari Ilahi. 

Catat Ulasan

27 Ulasan

Sally Samsaiman berkata…
Alhamdulillah...rasanya Sally hampir kepada matang...mungkin sebab daripada dulu lagi lebih hidup berdikari :)
Mimin Adam berkata…
hihi. x tau la mimin daa matang ke belum.
Jiarizaira berkata…
Macam sy sendiri kadang2 tak matang gak. Tapi bila bab buat keputusan yg bakal beri impak pada diri sndri, masa tulah nampak sikit matang. Yela kot..
Khir Khalid berkata…
Biasanya org akan matang bila menempuh sesuatu kesukaran dlm hidupnya.. tp ada juga yg semulajadi matang kan.. :)
Unknown berkata…
Bercakap bila perlu dan berfikir dahulu sebelum bercakap menunjukkan kematangan seseorang..
Unknown berkata…
alhamdulillah , bila dah sampai tahap ni , sis lbh suka bercakap yg perlu sahaja dan lbh cool bila berhadapan dgn masalah .
Ariana Erisya berkata…
Pengalaman akn lbh mematangkan seseorg. Lg2 bila sesorg tu byk menempuh kesusahan dan kekecewaan dalam hidup
saya bukan sahaja matang..tua kot ...hi3.
paridah berkata…
MATANG DGN SITUASI SEMASA..BOLEH DIPELAJARI PELAN2 TU...
reenapple berkata…
Selepas baca ini aku rasa aku dah matang. Heeheh
Unknown berkata…
AKU ASE AKU TERLEBIH MATANG
Sheila Adziz berkata…
Setuju, banyak perkara yang mematangkan kita. Bila akak baca entry ni akak letak diri masih belum matang menerima apa sahaja teguran dengan hati terbuka. Bagi akak dekat dengan Allah, banyak zikir membuatkan kita lebih tenang , bila tenang apa jua masalah mendatang "no thinking". Itu rasanya matang pada diri akak.
Unknown berkata…
matang tu start bile kite dekatkan diri kepada allah. Org yg beramal selalunye matang sbb die thu ape yg patut dan x patut.
Unknown berkata…
biasa orng lelaki bila suara dh garau, orng akan ckp, pergh hg dh matang.. huhu :)
Unknown berkata…
Saya ni belum matang kalau bab nafsu makan nie.hihihihi
Unknown berkata…
Rasanya itu ja lah nafsu makan saya hat lain okey ja.
Unknown berkata…
Rasanya itu ja lah nafsu makan saya hat lain okey ja.
Unknown berkata…
Saya ni belum matang kalau bab nafsu makan nie.hihihihi
Unknown berkata…
tk matang lagy tu..cara awk tulis pon macm perkataan gedik
Baby berkata…
Alhamdulillah..sy ad beberapa ciri trsebut..mksdny sy otw utk matang..
Unknown berkata…
siapa la saya nak judge diri saya ni sudah matang, mungkin mereka di sekeliling boleh jadi pengadil terbaik :)
Hazizi berkata…
Antara ke matang laki ngan pompuan sama atau tidak..blh tolong terangkan x sape2
Hazizi berkata…
ade je orang lebih tua dari kite suara dia petah lagi kan..tahu2 lom matang..matang ni dtg daripada perbuatan kite
Hazizi berkata…
Orang yg lebih matang orang yg bertanggung jawap atas perbuatan dia...klau lebih matang lagi Kita kena lah men jaga ahli keluarga kite..tu yg lebih bagus...
dee rae berkata…
setakat ni, ya pemikiran sdh semakin matang walaupun sebenarnya perangai masih spt kebudak budakkan. Tapi disebalik perangai kebudak budakkan itu mempunyai satu kebenaran yg tersirat utk menutup segala masalah peribadi. Dan satu ayat motivasi dari saya, jika kesilapan dahulu sering melemahkan kita, ada baiknya kita simpan dan buang segala kesilapan itu dengan mengubahnya menjadi lebih baik dan tak mengulangi kesilapan itu lagi. Belajar dari pengalaman adalah satu satu nya jalan utk kita agar dapat menjalani kehidupan dgn baik.
Unknown berkata…
Apa mksud yg kamu pkir..
Unknown berkata…
Selepas saya bca semua itu saya pkir xbnyk yg saya matang...tpi dikeliling saya thu saya matang sepenuhnya ke blm..