Assalamualaikum
Aku bukan
seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai
menyulam rahsia
juga tak pandai
bermadah pujangga
jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..
Pembukaan dengan bait-bait lirik yang berkaitan perjuangan diri ini, semoga Allah beri kekuatan untukku lalui setiap apa yang terjadi dalam hidup ini. Pernah tak kamu ketika sedang kusyuk meneiliti di timeline facebook mahu twitter. Tetiba terbaca statusnya rasa sakit hati.
Cetusan hati bermadah " adakah aku orang yang di perkatakan ?
Kadang membiarkan lagi, tiba-tiba status lain eh macam cakap pasal aku je tu ?
Kita pun dengan nada ayat marah update status untuk membalas kenyataan tersebut. Secara tiba-tiba orang lain baca status kita terasa pula.
Itu dari sisi yang lain, bahawa syaitan berjaya menaikkan ego kita, syaitan berjaya mengawal amarah kita. Biarkan kita melenting ,kadang orang itu bukan tulis untuk kita cuma kebetulan sahaja.
Itu apa yang kita fikirkan tapi kita pernah tak kita fikir ianya ada satu teguran .
Satu teguran ?
yup teguran dari Allah, bila kita baca status rakan-rakan kita tiba-tiba kita sentap, sedih ,sayu ,geram ,marah dan sebagainya. Walaupun status itu hanya sekadar nasihat pendek.
Kalau yang maki-maki itu tentulah tidak.
Contohnya :
Mak selalu pesan kadang dalam situasi tertentu tak semua pekara kita betul. Pada pandangan kita, kitalah betul tapi bila bertanya pada pandangan ramai orang rupanya kita pun ada lakukan kesilapan. Paling penting kita muhasabah diri dan jika ada ruang & peluang itu untuk betulkan kesilapan kita dan mengaku salah itu tidak menjadi barah pun. Ok friends ? Chill okey
Hati kita berkata " ala tunjuk baiklah tu , macam bagus je !!
Ambillah sudut yang positive di mana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Melalui status dan ayat tersebut ada sedikit keinsafan di dalam hati kita. Kadang kata-kata itu teringat di minda kita.
Itulah tanda Allah nak ingatkan kita dalam kita tak sedar, Allah berikan kawan kita ilham menulis pekara seperti itu untuk memperingati kita melalui cara tersebut.
Kita geram, menyampah dengan ayat-ayat tersebut.
Maka kita muhasabah diri, makna hati kita itu keras dengan nasihat-nasihat.Allah sayang kita,sebab itu Dia hantar orang tertentu kepada kita.
Ianya juga adalah sebahgian dari hidayah Allah. Mungkin dengan yat tersebut buat dia berubah. Boleh jadikan ?
Tiada yang mustahil dan tiada pekara sia-sia jika ianya adalah kerana ALLAH .
Dalam riwayat Muslim, “Kewajipan orang Islam terhadap orang Islam yang lain ada enam perkara, “Apabila berjumpa maka hendaklah member salam, jika kamu diundang hendaklah hadiri, apabila dia meminta nasihat berilah nasihat kepadanya, apabila dia bersin dan menyebut “الØمد لله” doakan dengan “يرØمك الله”, jika dia sakit lawatilah dia dan apabila dia meninggal maka iringilah jenazahnya”.
Nasihat adalah prinsip dasar dalam kehidupan umat
Islam kerana kehidupan umat dibangun atas dasar ukhuwah Islamiyah dan tolong
menolong. Maka nasihat adalah bentuk konkrit dari ukhuwah dan tolong-menolong.
Walaupun begitu nasihat harus dilakukan dengan penuh ikhlas sesuai dengan makna
nasihat tersebut. Lebih dari itu nasihat akan sampai pada sasaran jika
dilakukan dengan adab yang baik, iaitu dengan cara menyampaikannya dengan penuh
kelembutan dan kecintaan.
Okey ?
Jom kita muhasabah diri .
20 Ulasan
kadang2 orang post di social networks, sebab dia nak tegur diri sendiri jugak. lebih2 lagi bila apa yang dia post tu public, lagi la rasa dia patut berubah. kira sebagai usaha dia untuk jadi lebih baik. lagi best bila orang lain boleh ingatkan dia kalau nampak dia teralpa.
dan, bila kita yang lain terbaca post dan tersentap, maknanya kita sendiri ada buat apa yang dia nak berubah tu. :) good point yang at least kita dah sedar kelemahan, kesilapan kita kan.
Thanks untuk peringatan nie.
tQ Acik...
tQ Acik...
yg penting kena cool..jangan cepat melatah..terasa nak marah tu, kena cuba fikir balik dalam-dalam sebelum kemarahan itu dilontarkan di status2 laman social..wallahualam..
kalau harapkan redha manusia, takut kita yang merana...manusia mana pernah puas...
p/s tak terlambat untuk akak ucapkan tahniah atas anugerah!!!! all the best...