Ticker

6/recent/ticker-posts

Trend Terkini Masyarakat Suka Ambil Gambar Dulu Baru Tolong



Assalamualaikum 

Dalam perjalanan dari UTM ke mahu balik setelah selesai urusan adik, terus menuju ke rumah sewanya untuk melihat keadaannya. Tak lama lagi dia dah nak masuk, keadaan persekitiran hujan renyai-renyai.

Tiba-tiba di lalu lintas jalan raya perlahan dan jem dekat setengah jam. Pelik jugak nak kata trafik light tak akanlah lama sangat. Mak kata , ini mesti ada kemalangan . Sekali memang betul kemalangan yang baru sahaja.

Rupanya ada dua kemalangan , pertama kemalangan yang mula-mula berlaku kereta bertembung dengan kereta. Kemalangan kedua terlanggar kereta juga kerana duk sibuk mahu melihat kemalangan. 

Acik tengok ramai yang duk behenti tepi mungkin untuk tolong orang tu kot * monolog hati.

Tapi paling kecewa masing-masing keluarkan telefon ambil gambar dan video. Apakah semua nie ? 

Ini masalah semua orang mahu jadi orang yang paling awal melaporkan kemalangan atau sesuatu pekara kepada rakan-rakan di media social mengalahkan wartawan. 

Alhamdulilah kemalangan tersebut semua terselamat dan hanya kereta mereka yang teruk.

Paling penting adalah nyawa seseorang itu, cuba bayangkan kalau itu adalah ahli keluarga kita. Selagi boleh selamatkan mereka yang bernyawa selamatkanlah,bukannya ambil gambar mahupun video.

Seharusnya segerakan panggil ambulance untuk pastikan jika ada sekiranya yang cedera teruk dapat di atasi. 

Ada antara sebabnya suka ambil gambar ketika kemalangan dan apa juga  kerana : 

Siapa tak suka dapat likes, memang penipu bebenor. Kalau anda dapat tangkap gambar kemalangan, dijamin pasti anda akan mendapat sekurang-kurangnya 50 Likes dan mungkin beratus-ratus komen, samada komen memuji (tindakan kamu yang prihatin) atau mengeji (kerana kamu membuatkan jalan jem). Tapi siapa kisah, janji dapat banyak likes, betul tak?

Nasihat untuk diri acik juga agar lepas ini kita lebih berhati-hati ingatlah nyawa paling penting dalam segala hal. Fikirlah lah baik-baik. 


Catat Ulasan

14 Ulasan

Siti Sharini berkata…
macam-macam..mangsa teknologi
wartawan tak bertauliah tu...
sibuk sgt dgn selfie2...hargailah nyawa kita,
dan perasan org lain...
kdg2 tu tgk org yg mcm tu geling2 kepala je...
typo pulak...perasan tu perasaan
Aerill Hassan berkata…
orang sekarang mmg macam tu , tangkap gmbr dulu baru nk tolong. kalau tolong dulu baru nk ambil gmbar tk boleh ke ? manusia dh semakin hilang sifat kemanusiaan..
aboya berkata…
semua nak jadi yang pertama..... yang pertama me viralkan kes tersebut
Tanpa Nama berkata…
betul tu acik.. mcm kes budak terjatuh dekat mall baru2 ni
paridah berkata…
APAPUN TOLONG DULU MANGSA YG MALANG TU KESELAMATAN NYAWA TU PENTING DI UTAMAKAN...NK MEMVIDEO BOLEH SBG BUKTI ..TENGOK KEADAAN JUGA KOT...
Gee Lion berkata…
kadang2 tu bukan accident yg buat jem, orang sekeliling yg jadi pemerhati + jurukamera + wartawan x bertauliah yang bikin ribut..
iryantyismail berkata…
Betul kata gee lion tu....
Unknown berkata…
klu diri sendiri yg kena , confirm sakit hati org dok ambik gambar n rakam ...
Khir Khalid berkata…
Paling sadis lepas ambil gambar siap share dulu baru tolong.. tu pun klu sempat nak tolong.. wallahualam..:D
adarain berkata…
kalau dunia terlalu terikat dengan teknologi beginila jadinya.
Shahrul Yusof berkata…
Dah memang trend sekarang ni Acik. Itu belum lagi yang buat perangai bawak selfie stick pergi masukkan muka sendiri kat scene kemalangan.

Teruk betul, lagi canggih gajet bukannya jadi lagi cerdik. Menyusahkan orang ramai lagi ada lah.