Assalamualaikum
Aku penanti yang setia,
menunggumu tika sang bulan muncul,
tika sang mentari hadir,
Hatiku serahkan padamu keranaNya,
untuk menyatukan jiwa yang mencintai.
Ketika sinar sang pelangi mucul
kau hadir membawa duka,
mengatakan kata perpisahan demi cinta yang lain.
mengkhianati janji yang pernah di beri.
Pekara yang paling menyakiti dalam hidup kita adalah di khianati orang yang kita percaya. Di duakan oleh orang yang kita setia.
Sakit itu hanya Allah yang tahu, dan bagaimana untuk bangkit melawan jiwa yang rapuh setelah di khianati. Kadang kala kita tertanya mengapa kita di khianati ?
Tanpa ribut dan petir yang hadir,sekelip mata hati kita di tikam sedalam-dalamnya tanpa ehsan.
Setelah itu hadir untuk minta maaf dan harapkan hubungan itu seperti dahulu.
Semudah itu ?
Belajarlah membina kembali kepercayaan setelah di khianati.
Ye acik tahu, memang sukar untuk membina kepercayaan.
Mampu ke percaya kembali setelah di suami curang ? Mampu ke menerima setelah di duakan oleh isteri ?
Mampukan kita menerima rakan yang memburukkan kita di belakang kita ?
Mampu ke menerima seseorang yang tinggalkan kita tanpa alasan ?
Walaubagaimana pun, kepercayaan adalah diperlukan untuk kemaafan dan proses penyembuhan. Ia diperlukan untuk membolehkan kita move on.
Kadang-kadang kita perlu memberi peluang kedua kepada seseorang untuk kembali menyambung dan mengeratkan tali silaturrahim dengan kita, walaupun ianya tidak mudah untuk kita.
Mungkin bukan dia tetapi pada yang lain?
Muhasabah diri melalui :
1. memberikan masa untuk bertenang diri dan jiwa.
Ketika kita marah memang jiwa gelora mampu bertutur apa sahaja. Ambillah masa untuk bertenang dan mengumpul kekuatan untuk membina keyakinan diri.Kuat diri dengan zikir dan solat. Jadikan Al-Quran sebagai peneman.
Berikan diri kita ruang untuk menikmati suasana, merenung ciptaan dan keindahan tuhan, luangkan masa dengan rakan-rakan dan keluarga.
Jangan hanya habiskan masa bersendirian memikirkan kejadian lalu, yang kita harus lakukan adalah memikirkan kehidupan jauh ke hadapan.
2.Berhenti mencari kesalahan yang lalu.
Cukuplah apa yang berlaku, jika kita memikirkan dan mencari siapa salah pasti keadaan semakin keruh. Jiwa tertekan dan hati makin sakit. Maka lepaskan dan berhenti untuk mencari siapa salah. Ada hikmah yang tersembunyi.
3. Move on dengan apa yang terjadi
Setiap manusia pernah lakukan kesilapan sama ada kecil dan besar. Kita seharusnya tidak menjadi penghukum dan tidak pula membalas seperti apa yang dilakukan. Bukan maksudnya kita dapat lupakan apa yang di buat tetapi lebih berhati-hati dengan apa yang jadi.Masa lalu kita tidak akan sama dengan sejarah yang telah berlalu. Walaupun kita pernah terluka dandikhianati pada masa lalu, tidak semestinya kita akan dilukai kembali pada masa akan datang.
4.Belajar dari pengalaman.
Pengalaman ada guru terbaik dalam hidup kita. Apa yang berlaku itu hanya secebis masalah di dunia ini. Ianya akan mematangkan kehidupan kita agar lebih berhati-hati di masa akan datang.Ini bermakna kita telah mempunyai banyak pengalaman dan ilmu untuk digunakan dalam membina perhubungan yang baru, dan insyaaAllah kita akan menjadi sahabat atau pasangan lebih baik.
4. Paling penting adalah memaafkan.
Memaafkan walaupun kita terluka. Walaupun ianya sukar dan hati tidak rela.Kerana dengan kemaafan sahaja dapat membuka hati kita untuk melihat ke hadapan, penting dalam proses penyembuhan. Disinilah yang kita selalu silap kerana kita selalu menganggap kemaafan itu adalah sama dengan proses melupakan, walhal manusiatidak akan pernah melupakan.
Memaafkan itu untuk melapangkan dada dan menenang jiwa dari permasalahan. Jika melepaskan seseorang adalah yang terbaik untukmu, Maka lepaskanlah .Oleh itu susunlah langkah untuk melepaskan dendamdan menikmati hidup seadanya. Belajar untuk percaya kembali sememangnya sukar, tapi tidak bermakna kita tidak boleh melakukannya.
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda, jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat hidayah” (Surah al-Baqarah 155-157)
InshaAllah pasti akan ada ketenangan dalam hidup kita. Percayalah Allah tidak hadirkan masalah itu tanpa pengajaran yang berguna untuk kita.
Entri ini mesti ada yang setuju, ada yang tidak. Ianya hanya insan seperti acik mengumpul kekuatan untuk teruskan hidup.
Jadi kamu ada pendapat kamu ? kongsikan pada acik dan berikan pendapat dari hati untuk insan yang sedang di uji di luar sana.
12 Ulasan
tapi tak salah kita bina kepercayaan itu semula, sebab manusia itu tak sempurna acik..