Ticker

6/recent/ticker-posts

Belajarlah Untuk Mengembalikan Kepercayaan Setelah Di Khianati

jujurlah sayang

Assalamualaikum

Aku penanti yang setia,
menunggumu tika sang bulan muncul,
 tika sang mentari hadir,
Hatiku serahkan padamu keranaNya,
untuk menyatukan jiwa yang mencintai.
Ketika sinar sang pelangi mucul
kau hadir membawa duka,
mengatakan kata perpisahan demi cinta yang lain.
mengkhianati janji yang pernah di beri.

Pekara yang paling menyakiti dalam hidup kita adalah di khianati orang yang kita percaya. Di duakan oleh orang yang kita setia.

Sakit itu hanya Allah yang tahu, dan bagaimana untuk bangkit melawan jiwa yang rapuh setelah di khianati. Kadang kala kita tertanya mengapa kita di khianati ?

Tanpa ribut dan petir yang hadir,sekelip mata hati kita di tikam sedalam-dalamnya tanpa ehsan.

Setelah itu hadir untuk minta maaf dan harapkan hubungan itu seperti dahulu.

Semudah itu ?

Belajarlah membina kembali kepercayaan setelah di khianati.

Ye acik tahu, memang sukar untuk membina kepercayaan. 

Mampu ke percaya kembali setelah di suami curang ? Mampu ke menerima setelah di duakan oleh isteri ?

Mampukan kita menerima rakan yang memburukkan kita di belakang kita ?

Mampu ke menerima seseorang yang tinggalkan kita tanpa alasan ?

Tentukan bukan mudah, Sepertinya agak mustahil bukan?


kuatkan semangat


Walaubagaimana pun, kepercayaan  adalah diperlukan untuk kemaafan dan proses penyembuhan. Ia diperlukan untuk membolehkan kita move on.
Kadang-kadang kita perlu memberi peluang kedua kepada seseorang untuk kembali menyambung dan mengeratkan tali silaturrahim dengan kita, walaupun ianya tidak mudah untuk kita.
Mungkin bukan dia tetapi pada yang lain?

Muhasabah diri melalui :

1. memberikan masa untuk bertenang diri dan jiwa.

Ketika kita marah memang jiwa gelora mampu bertutur apa sahaja. Ambillah masa untuk bertenang dan mengumpul kekuatan untuk membina keyakinan diri.Kuat diri dengan zikir dan solat. Jadikan Al-Quran sebagai peneman.
Berikan diri kita ruang untuk menikmati suasana, merenung ciptaan dan keindahan tuhan, luangkan masa dengan rakan-rakan dan keluarga.
Jangan hanya habiskan masa bersendirian memikirkan kejadian lalu, yang kita harus lakukan adalah memikirkan kehidupan jauh ke hadapan.

2.Berhenti mencari kesalahan yang lalu.

Cukuplah apa yang berlaku, jika kita memikirkan dan mencari siapa salah pasti keadaan semakin keruh.  Jiwa tertekan dan  hati makin sakit. Maka lepaskan dan berhenti untuk mencari siapa salah. Ada hikmah yang tersembunyi.

3.  Move on dengan apa yang terjadi

Setiap manusia pernah lakukan kesilapan sama ada kecil dan besar. Kita seharusnya tidak menjadi penghukum dan tidak pula membalas seperti apa yang dilakukan. Bukan maksudnya kita dapat lupakan apa yang di buat tetapi lebih berhati-hati dengan apa yang jadi.Masa lalu kita tidak akan sama dengan sejarah yang telah berlalu. Walaupun kita pernah terluka dandikhianati pada masa lalu, tidak semestinya kita akan dilukai kembali pada masa akan datang.

4.Belajar dari pengalaman.

Pengalaman ada guru terbaik dalam hidup kita. Apa yang berlaku itu hanya secebis masalah di dunia ini. Ianya akan mematangkan kehidupan kita agar lebih berhati-hati di masa akan datang.Ini bermakna kita telah mempunyai banyak pengalaman dan ilmu untuk digunakan dalam membina perhubungan yang baru, dan insyaaAllah kita akan menjadi sahabat atau pasangan lebih baik.

4. Paling penting adalah memaafkan.

Memaafkan walaupun kita terluka. Walaupun ianya sukar dan hati tidak rela.Kerana dengan kemaafan sahaja dapat membuka hati kita untuk melihat ke hadapan, penting dalam proses penyembuhan. Disinilah yang kita selalu silap kerana kita selalu menganggap kemaafan itu adalah sama dengan proses melupakan, walhal manusiatidak akan pernah melupakan.

Memaafkan itu untuk melapangkan dada dan menenang jiwa dari permasalahan. Jika melepaskan seseorang adalah yang terbaik untukmu, Maka lepaskanlah .Oleh itu susunlah langkah untuk melepaskan dendamdan menikmati hidup seadanya. Belajar untuk percaya kembali sememangnya sukar, tapi tidak bermakna kita tidak boleh melakukannya.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda, jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat hidayah” (Surah al-Baqarah 155-157)

InshaAllah pasti akan ada ketenangan dalam hidup kita. Percayalah Allah tidak hadirkan masalah itu tanpa pengajaran yang berguna untuk kita. 

Entri ini mesti ada yang setuju, ada yang tidak. Ianya hanya insan seperti acik mengumpul kekuatan untuk teruskan hidup.

Jadi kamu ada pendapat kamu ? kongsikan pada acik dan berikan pendapat dari hati untuk insan yang sedang di uji di luar sana.


Catat Ulasan

12 Ulasan

yoorinmelacolea berkata…
susah sebenarnya nak bagi kemaafan.. lagi2 kalau dah terguris hati kann.. maaf kat mulut je.. tapi hati masih berdendam..then nanti akan timbul ungkit mengungkit..
Mama Kembar Tiga berkata…
kadang kadang nak memaafkan tu senang....tapi nak melupakan tu yang susah sangat. It's easier to forgive than to forget....
paridah berkata…
biasanya ramai yg bersikap ..memaafkan bisa, melupakan nggak bisa...
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Biasanya klau dah memaafkan sekalipun pasti ada tercalit calar pada sesuatu yg telah berlaku..maaf itu mudah ..tapi nak melupakan itu cukup payah...beratahun masa berlalu blum tentu dapat melupakan..
norhasnizakhalid berkata…
betul kata Lya, mama setuju, walaupun kita dah maafkan dia, tai bekas masih ada..

tapi tak salah kita bina kepercayaan itu semula, sebab manusia itu tak sempurna acik..
Khir Khalid berkata…
Setuju sgt.. mmg memaafkan tu mudah cuma nak menghilangkan kesan terluka atau trauma tu agak sukar bagi sesetengah org lebih2 lagi klu perkara tertentu tu amat mendalam kesannya...
sHiMi sHinHae~ berkata…
huhu nak menanges bce entri ni ..susa nye nak move on tu .mulut ckap maap tp aty masih skit
Nik Ainaa berkata…
alhamdulillah. aina mudah maafkan org. tapi... entahlah kalau dikecewakan yg amat. blum pernah alami. huhu
Nik Ainaa berkata…
alhamdulillah. aina mudah maafkan org. tapi... entahlah kalau dikecewakan yg amat. blum pernah alami. huhu
Unknown berkata…
Pilih En3 ni utk review Acik..
khatyaiman berkata…
sakit nya itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya acik..parut nya akan kekal walaupun kita sudah memaafkannya..tetapi jika kita ingin membina hidup yang baru..buang lah yang keruh ambillah yang jernih..
Unknown berkata…
Tiap2 sesuatu terjadi ada hikmah nya. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik untu kita.menjadikn kita lebih dewasa dan bertambah matang fikiran