Assalamualaikum
Cinta itu menjadi medan nusantara hati di seluruh dunia, ianya membawa
kita mengibau ketempat-tempat indah di dunia mengikut haluan hati kita. Kemana
tujuan kita membawa cinta tersebut dan bagaimana cinta itu akan di
sampaikan.
Cinta itu fitrah kita sebagai manusia tetapi ianya boleh menjadi fitnah
kepada sesiapa sahaja yang salah mentafsirkannya.
Ramai yang tanya acik,
kenapa acik berkali-kali aku bercinta tetapi berkali aku gagal bercinta.
bertahun aku mencintai tetapi dia tinggal aku selamanya.
Pertama, ingatlah betulkan niat kita mencintai kerana apa ?
adakah kerana dia seorang manusia ? atau kerana Allah ?
itulah yang di ajarkan oleh guru acik dan ingatan mak kepada acik.
Jika cinta kerana Allah pastinya kita tahu apa yang patut kita lakukan
dan tidak seharusnya kita lakukan. Pastinya kita menjaga jarak, pergaulan
mahupun perilaku.
Satu pekara yang kita selalu lupa dan sering kita lakukan dalam mencintai dan di cintai.
Iaitu berdoa kepadaNya. Doa agar kita bertemu dengan jodoh yang selayak
untuk kita. Berdoa agar kita bahagia dengan pilihan Allah, berdoa agar hati
kita ikhlas menerima jodoh yang Allah kurniakan pada kita. Berdoalah pada
Allah, moga Allah tak jadikan kita manusia yang cintakan seseorang, akhirnya
insan yang kita cinta jadi milik orang lain.
Kamu tahu kenapa? Berat sangat kesakitannya untuk awak tanggung
nanti.
Persoalan jodoh ni sebenarnya termasuk dalam perkara yang telah
ditakdirkan sama macam rezeki, ajal maut dan sebagainya. Ia termasuk dalam
perkara ghaib yang siapa pun tak mampu nak mengetahuinya termasuklah tukang
tilik atau tukang karut.
Sebab itu dalam persoalan jodoh ini, lebih mudah nak faham kalau kita
bandingkan dengan persoalan rezeki. Rezeki juga telah ditetapkan oleh Allah
semenjak kita dalam perut ibu lagi tapi kita diperintahkan oleh Allah untuk
bertebaran atas muka bumi ini untuk mencari rezeki. Bahkan Allah juga
menyatakan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum
itu sendiri berusaha untuk mengubahnya.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya” -
Ar-Ra’d:11
Daripada sini, kita dapat memahami bahawa ada
ketetapan (takdir) Allah itu yang tidak akan berubah, dan ada juga yang boleh
berubah bergantung kepada usaha kita (atas pilihan kita sama ada nak memilih
yang itu atau yang ini).
Kita meyakini akan takdir Allah dan kita juga memahami akan kaitannya
dengan amalan manusia.Allah telah mentakdirkan sesuatu, tetapi manusia itu
mampu memilih sama ada untuk melalui jalan yang baik mahupun yang buruk dengan
panduan akal dan hati, tempat letaknya ilmu dan iman. Sama ada kita nak menjadi
seorang yang taat beribadah, atau menjadi ahli maksiat, itu adalah pilihan kita
sendiri tanpa menafikan ia juga adalah takdir Allah. Yang tidak boleh diubah
adalah sesuatu yang di luar bidang kemampuan manusia seperti waktu kematian,
pertukaran malam dan siang, pergerakan planet-planet dan sebagainya.
Berbalik kepada persoalan jodoh ia sama juga kaedahnya macam rezeki. Kita diperintahkan untuk mencarinya.. Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan
Muslim, Nabi s.a.w. menyuruh untuk memilih wanita (pasangan) yang beragama. Ini
menunjukkan bahawa ia juga satu usaha dan pilihan manusia untuk mencari
pasangan yang beragama, dan bukannya sekadar menunggu jodoh turun daripada
langit. Begitu juga dengan rezeki, walaupun ia telah ditetapkan, kita tetap
disuruh untuk mencari rezeki Allah di atas muka bumi ini. Ikhtiar dan usaha
kita ini adalah sebagai tanda ketaatan kita kepada perintah Allah, juga sebagai
ujian terhadap kita sama ada kita meyakini rezeki yang kita cari itu adalah
disebabkan usaha kita sendiri, ataupun kita meyakini yang rezeki itu datangnya
daripada Allah.
Jadi jangan lupa berdoa , bertawakal dan berserah pada Allah. Allah tahu yang terbaik untuk kita.
11 Ulasan
ajal pertemuan, jodoh maut ditangan Allah..
Dia mencipta kita, hambaNya. pasti DIA tahu apa yang terbaik untu kita
Salam dari www.pojiegraphy.blogspot.com :)
yg pertama mengajar erti kehidupan yg sebenar...
jodoh tu tetap ada,bila dah sampai masanya...