Ticker

6/recent/ticker-posts

Fresco Cafe TTDI Shah Alam Inovasi Makanan Yang Enak




Assalamualaikum

Acik memang jenis suka makan dan jalan-jalan cari makan. Tapi sayangnya tidak sekerap mana untuk membuat blog makanan. Kebetulan minggu lepas acik ke sebuah cafe yang kian di kenali dengan inovasi makanan yang baru.

Iaitu Fresco Cafe ianya terletak di kawasan strategik di kawasan ttdi Shah Alam. Pemiliknya seorang pemuda yang berjiwa besar menjadi pengkaji tentang gubahan "mix and match" untuk jadikan makanan itu enak untuk di makan.

Bila datang ke cafe ini ,pandangan pertama kali mesti kata cantik dan unik. Dengan hiasan dinding serta makanan yang di hidangkan dalam bekas yang unik.

Bagi peminat waffle dan juga makanan ringgan dan kenyang di sini tempat yang sesuai. 
Mulanya acik order brego burger, mulanya pelik namanya tapi bila sudah sampai tengok memang cantik . Rotinya menggunakan roti biasa tapi di bakar dan dagingnya lembut dengan cheese yang banyak. 


Sebenarnya banyak pilihan makanan yang enak-enak. Paling seronok setiap sabtu malam ada live band. Sambil makan sambil di dendang kumpulan-kumpulan pilihan setiap minggu.


Jadi kamu rasa kamu pencinta makanan ? 

memang rugi jika tidak datang ke sini sebabnya pasti kamu akan puas hati. Acik memang puas hati. 

Fresco Cafe

27, Jalan Opera E U2/E
Taman TTDI Jaya
40150 Shah Alam
Selangor
Maps: Fresco Cafe

Catat Ulasan

11 Ulasan

Unknown berkata…
nampak menarik cafe ni boleh JJCM kat situ nnt
Bonde:)Riang
yoorinmelacolea berkata…
wahhh.. comeynyee burger dia... pakai alas papan je pengganti pinggan.. wow
mujagirl92 berkata…
perghhhh.. boleh jadi destinasi penggila makanan sedap macam muja, heee
Fnd Rocka berkata…
kena masuk dlm list utk dilawati
paridah berkata…
nampak best tempat ni..mkn2 sambil hibur hati.
Khir Khalid berkata…
Wahh sempoinya.. menarik ni. Nak singgah nanti. Thanks sharing Acik.. :)
Mimin Adam berkata…
haha, ingatkan fresco merlimau tadi. kat fresco merlimau ada wyg kat tingkat 2. hihi
Nurul Shahira berkata…
Save list JJCM nanti :)
khatyaiman berkata…
good sharing acik..makanan is my feveret..