ehsan google |
Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat kembali taip di blog sekian lama hanya membiarkan tanpa entri dan kebanyakkan entri auto post. Ramai lepasan graduan ipta dan ipts mengangur setelah tamat pengajian. Diploma atau ijazah tidak dapat di gunakan sewajarnya ?
Kenapa ?
Kebanyakan mereka pergi interview tidak dapat kerja kerana mereka mahukan pengalaman. Terpaksalah duduk rumah berbulan sambil mencari kerja. Apa yang kita belajar tidak sama apa yang akan kita kerja dan lari bidang itu biasa.
Tak semestinya apa yang kita ingini itu yang kita dapat , kembali kepada realiti yang sebenarnya tentang dunia kerjaya.Nasihat acik untuk kamu semua kawan-kawan dan adik-adik acik semua.
Pertama : Jangan demand gaji terlalu tinggi.
Memang benar kita ada kelulusan sama ada diploma atau ijazah tetapi jangan letak harga terlalu tinggi. Bila pergi interview bila syarikat tersebut tawarkan RM 1500 ++ kita rasa tidak layak untuk kita kerana kita ada ijazah. Sebenarnya untuk ijazah fresh graduate sangat beruntung jika di beri RM 2000 ke atas. Nasihat acik ambillah dulu lama kelamaan akan naik dan lepas itu ada pengalaman baru boleh demand gaji.Jika di tanya expectation gaji ? mungkin kita kata gaji itu boleh di bawa berbincang dan saya mahukan cari pengalaman
Kedua : Jangan terlalu memilih bekerja
Sekarang ini memang pilihan terhad untuk kita, lepasan graduan ipta dan ipts sekali keluar puluhan ribu tetapi peluang kerja tidaklah sebanyak itu. Jika kerja yang kita dapatkan itu tidak mengikut kelulusan kita itu biasa, jika dapat maka bonus untuk kita. Untuk bekerja kita perlu bersedia apa jua keadaan , jangan bagi alasan tak biasa bangun pagi la, tak boleh balik lewat sangatla, tak boleh buat overtime hujung minggu dan sebagainya.
Ketiga : Sediakan resume menyakinkan
Resume adalah sangat penting untuk pandangan pertama pihak syarikat. Maka buatlah resume yang menyakinkan, tetapi resume mestilah mengikut kemampuan kita sebenar. Jangan resume gempak bila ketika interview di buat semua benda tak tahu.
Keempat : Kerja nak senang gaji nak tinggi
Kena upah pemikiran bahawa nak kerja yang mudah dan gaji yang tinggi, walhal kalau ikutkan gaji adalah ikut kemampuan syarikat tersebut. Mana ada kerja senang dan gaji tinggi melainkan meniaga sendiri itupun perlu usaha lipat kali ganda.
Kelima : Jangan putus asa untuk mencari kerja.
Jangan penat untuk mencuba walaupun beberapa kali interview, cuba dan lihat kelemahan semasa interview. Register di jobstreet , job malaysia dan job central . Setidaknya sedang menunggu itu kita bolehlah cari kerja lain dan pergi ke mana-mana interview yang panggil kita.
Keenam : Kekemasan pergi ke interview.
Pandangan pertama sangat penting ketika pergi interivew, jagalah pernampilan diri kita. Bagi lelaki jangan pastikan rambut terurus, bercukur dan rapikan misai dan janggut. Jangan lupa pakai minyak wangi tetapi jangan berlebihan pastikan baju di gosok. Begitu jugalah wanita jangan pakai pakaian yang terlalu terang dan berpadanan dengan jawatan yang kita pohon.
Ketujuh : Jangan lambat datang interview
Bila pergi interview itu pastikan datang awal dan buat persediaan dari segi dokumen yang di ingini. Interview pukul 10 pagi, gerak dari rumah 10.40 pagi ? kalau dekat tak apa , tapi kalau jauh ? baik rancang perjalan kamu.
Rasanya cukup dulu sampai di sini , jika adalagi acik akan tambah untuk sama-sama dapat manfaatnya. Setidaknya ianya memberi semangat kepada kamu semua sedang cari kerja. Jangan putus asa, rezeki ALLAH itu luas yang penting terus berusaha.
20 Ulasan
#clickclicknufnang