Assalamualaikum
Jumaat yang lepas aku berkumpul dengan rakan-rakan kenalanku, lama sungguh tidak berjumpa sejak aku tidak lagi datang ke Subang Jaya. Ketika aku sedang asyik berbual bercerita hal masing-masing dekat 2 jam juga. Lepas itu sempatlah bergambar dan masing-masing mahu pulang ke rumah. Tiba-tiba aku di sapa dari belakang .
Man :Acik.. kau ada masa tak ?
Acik : Ehh man awat ?
Man : aku nak minta nasihat kaulah, acik stress!!
Acik: Boleh Man tapi kita solat Asar dulu ye,
Man : okey acik,
Selepas solat,
Acik : Man , tapi kau kata ada benda nak minta nasihat, apa dia ?
Man : emm sebenarnya aku buntu acik , aku kena buat pilihan ini.
Acik : Pilihan ? maksud kau ?
Man : Isteri aku tak boleh terima aku, aku tak tahu apa salah mak aku, tak nak balik kampung aku, kalau balik pun kat rumah tak nak makan, dengan mak aku dia cakap kasar. Aku seorang sahaja anak lelaki dalam keluarga aku, mak aku sabar. Kalau dengan mak dia bentak-bentak.
Dia selalu kata padahal aku lebihkan mak aku sedangkan aku cuba sedaya upaya untuk bagikan masa. Dia selalu nak aku balik rumah mak ayah dia. Aku layan mak ayah dia dengan baik tapi dengan mak aku ? dia marah-marah. Aku sudah berulang kali bagitahu tanggungjawab anak lelaki terhadap ibunya besar. .Tapi dia kata itu alasan , dia suruh aku pilih antara dia atau mak aku ?
Acik : Allahurabbi, sabarlah Man, sebagai lelaki tanggungjawab kita besar. Kita kena didik isteri dan jaga ibu bapa kita. Sebagai Khalifah dan ketua keluarga kau kena tegas dalam soal ini. Dia kena terima kau dan keluarga kau. Bukan hanya kau sahaja. Fahamkan dia, isteri yang baik pastinya seharusnya menjadi pembangkin kekuatan dan semangat kepada kebaikan lelaki bukan pemusnah. Tegur dan nasihatlah dia walaupun berulangkali.Isteri boleh cari ganti, mak tiada duanya. Fikirlah
Sebenarnya acik sendiri kelu, resah dan hiba dalam menaip. Ya Allah jauhi aku dari pekara ini terjadi dalam hidupku.Sebab itu acik risau sangat dalam memilih calon isteri, pastinya dia harus menerima kekurangan dan kelebihan acik dan keluarga dan begitu juga acik menerimanya dia dan keluargan. Atas keizinan rakan acik dia minta acik siarkan dan minta pendapat kamu semua.
Mohon nasihatnya daripada kamu semua , harap dapat membantu rakan acik ini.
p/s : identiti sebenar rakan acik di rahsiakan hanya menggunakan nama samaran
p/s : identiti sebenar rakan acik di rahsiakan hanya menggunakan nama samaran
18 Ulasan
ibu adalah keutamaan, sebab syurga di bawah telapak kaki ibu. tapi isteri juga adalah ibu kepada anak kita nanti. wallahualam.
minta sahabat banyak berdoa kepadaNYA
bukan mudah nak jadi isteri mithali tapiiiiii... lagi susah nak jadi anak yang mithali... *renung-renungkan*
( Acik, pemangkin bukan pembangkin... hehehehehe... :p )