Ticker

6/recent/ticker-posts

Macam Mana Nak Jadi Cantik Dan Comel Depan Allah ?

ehsan google

Assalamualaikum

Anak kecil itu datang kepadaku dengan yang menawan.Umurnya baru 5 tahun tetapi petah berkata-kata.Dia hampiriku.


" Abang boleh tak nak tanya sikit ?

Boleh ecah, tanyalah..

Macam mana nak jadi comel dan cantik depan Allah ? ustazah kata kita kena jadi orang baik. Betul ke ?

Setelah terangkan pada adik kecil tersebut.
Terdiam seketika di buatnya...

Semua orang nak cantik,
semua orang nak kelihatan kacak,
semua orang nak kelihatan comel,

Malah kadang-kadang kita sanggup beli produk kecantikkan yang beratus ringgit hanya ingin kulit yang putih, gebu dan halus.Wanita dan lelaki takkan lari daripada rasa ingin cantik dan kacak. Tak salah nak cantik, malah Allah suka dengan kecantikkan. Namun perlulah cantik bersyariat.

Namun, pernahkah kita terfikir untuk “cantik” dihadapanNya?



Yup kita memang boleh cantik depan manusia, bagaimana depanNya ?

Kita boleh tawan hati manusia dengan kelakukan kita, perangai kita dan amalan kita tetapi bagaimana untukNya ?

Jikalau kamu tahu sebenarnya, orang yang mahu “cantik” dihadapan Allah, tidak ingin manusia menilai “kecantikkannya” walaupun seinci.
“Cantik” yang dimaksudkan disini adalah dari segi akhlak dan amalan.
Orang yang cantik dihadapan Allah, secara automatiknya cantik dihadapan manusia. Namun, orang yang cantik dihadapan manusia, tidak semestinya cantik dihadapan Allah.
Kenyataannya kecantikan itu di paparkan dari dalam ke luar bukan luar ke dalam.


Nilaian ALLAH tidak sama dengan nilaian manusia.  Zahir rupa dan bentuk bukanlah nilaian ALLAH untuk mengatakan ia soleh, baik, beriman, taqwa atau dekat di sisiNya.

Bersabda Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam:

 Ø¥Ù†َّ اللَّÙ‡َ لا ينظرُ إلى أجسادِÙƒُÙ… ، ولا إلى صورِÙƒُÙ… ، ولَÙƒِÙ† ينظرُ إلى قلوبِÙƒُÙ…

Maksudnya:  “Sesungguhnya ALLAH tidak melihat pada bentuk tubuhmu dan tidak pada rupa parasmu, tetapi DIA melihat pada hatimu.”
(HR Muslim)

Apa jua pangkat dan darjat kamu tetapi Allah melihat pada Hati kamu. Jika di dalamnya elok maka di luarnya juga elok.Maka jagalah hati itu, kita ada satu sahaja jagalah dengan sebaiknya.

Jikalau kamu mengagumi sesuatu itu kerana luaranya maka ia akan pudar di bawa arus masa. Jadi fikirkanlah..

Apa jua kamu lakukan sama baik buruk adalah bermula dari niat kita.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya amalan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya amalan seseorang dibalas sesuai dengan apa yang dia niatkan.”
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Firman Allah bermaksud: “Katakanlah, jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menampakkannya, pasti Allah mengetahuinya”
(Surah Ali-Imran, ayat 29)
Riak lakukan ibadah,riak keluarkan sedekah, riak tolong orang  dan sebagainya.Riak adalah seperti parut. Parut yang merosakkan kecantikkan.
Dalam hati hanya Allah yang tahu berhati-hatilah dengan riak.

Imam Ibnu Taymiyyah berkata: “Sesungguhnya bagi seseorang yang bersikap riak dalam ibadah, bukan saja ibadahnya batal, malah dia turut mendapatkan dosa daripada perbuatannya itu yang dianggap syirik kecil.”
Jadi marilah kita sama-sama jadi insan yang cantik, comel ,kacak di depan Allah. Amalan kita keranaNya bukan kerana yang lain. Ikhlaskan perbuatan kita jangan sehingga timbul riak dan ujub setiap perlakuan kita.

Jom jadi “comel” dan cantik dihadapan Allah!


Catat Ulasan

24 Ulasan

PCL berkata…
Riak adalah seperti parut. Parut yang merosakkan kecantikkan. - sukarnya nak elak dari perbuatan riak tanpa sedar, ada tips tak acik? nak ikut cara bagaimana Rasulullah saw dan para sahabat baginda serta alim ulamak melakukan ibadah .
Mieza S berkata…
Terima kasih atas sedikit kata kata yang memberi peransang bagaimana menjadi cantik dihadapan Allah.
Unknown berkata…
Terima kasih sudah di ingatkan ^_^

Catatan untuk diri pribadi terutama, "Orang yang cantik dihadapan Allah, secara automatiknya cantik dihadapan manusia. Namun, orang yang cantik dihadapan manusia, tidak semestinya cantik dihadapan Allah. "

Salam blogger dari Indonesia ^_^
PeRdU cINta berkata…
Riak umpama Kudis dihati itu yang bahaya..ianya akan merosak hati yang bening dan comel..
aswaleyla berkata…
kite pon x cntik . nakcantik jugak . tapi cantik depan tuhan lagi penting
RahimAim1 berkata…
Deep acik deep... :)... Along gembira wajah along tidak terlalu hensem... Kalau hensem sangat nant, ramai orang puji, riak dan takbur pula menguasai diri. Takut-takut, kehenseman tu sekadar dimata manusia, tapi bukan pada pandangan Allah...
shamiera osment berkata…
cantik dan indah di sisi-Nya lagi utama kan... :)
paridah berkata…
kdg riak juga tanpa sedar...astaghfirullah.
ummul azkee berkata…
rendahkan hati..be humble always..nice entry!ramai yg terlepas pandang hal ni kan...

bw dr housewifearts.blogspot.com
Amelia berkata…
ye ke lela x cantik.... macam x caya je .. heh
Amelia berkata…
bagus entri ni acik... terharu dengar. kita kena sentiasa nampak cantik depan ALLAH. lagi2 kalau time solat tu. kalau jmpa pakwe, bukan main 1 jam bersiap. tapi kalau jumpa ALLAH, ala kadar je pakaian solatnya.
Hanis Amanina berkata…
cantiknya hati lebih istimewa di pandangan Allah kan. :)
MaisarahSidi berkata…
Allah..muhasabah diri..
Akak Coway berkata…
Apa sahaja niatkan keranaNya walau hanya dengan melilit shawl.
Unknown berkata…
ya, nak cantik depan manusia sanggup berhabis ratusan malah ribuan jutaan ringgit tapi.... nak cantik depan Allah s.w.t. berkira pula tu.. bersedekah tak nak, baca Al-Quran tak nak, hormat orang tua tak tahu, solat malas2...

nauzubillah... semoga kita semua dijauhkan dari sifat2 itu..
dan... semoga kita semua menjadi hambaNya yang selalu cantik di depanNya... aamiin... :)
mrs berkata…
kadang-kadang terlepas juga riak tanpa sedar...yes saya nak cantk dan comel depan Allah juga
Unknown berkata…
Riya' itu penyakit hati yg berbahaya.
Hannan AlQudsey berkata…
Cantik datang dari hati. Bila hati hitam , segalanya terpancar di wajah dan tutur kata. Maka jaga hati, bersihkan hati barulah wajah terpancar kecantikkan yg akhirnya kecantikkan itu dtgnya dr ALLAH SWT. Bagus Acik. pengajaran pada kita semua yg tidak sempurna. astaghfirullahalazim. moga kita semua tergolong di kalangan yg cantik di depan ALLAH dan cantik juga di dpn manusia. aamiin aamiin aamiin ya allah.
Sally Samsaiman berkata…
dan semuanya bermula dengan hati...jika kearah kecantikkan hakiki, maka nmpk la cantiknya...tapi kalau cantik hanya utk pujian, hanya tu la yg akan dia dapat :)
Maria Firdz berkata…
Setujudgn entry ni.
Nik Ainaa berkata…
muuhasabahkan diri. betapa lalainya sebelum ni... :'(
Nik Ainaa berkata…
muuhasabahkan diri. betapa lalainya sebelum ni... :'(
khatyaiman berkata…
semoga hati hambamu ini sentiasa terhindar dari perkara yang boleh merosakkannya..