ehsan google |
Assalamualaikum
Anak kecil itu datang kepadaku dengan yang menawan.Umurnya baru 5 tahun tetapi petah berkata-kata.Dia hampiriku.
" Abang boleh tak nak tanya sikit ?
Boleh ecah, tanyalah..
Macam mana nak jadi comel dan cantik depan Allah ? ustazah kata kita kena jadi orang baik. Betul ke ?
Setelah terangkan pada adik kecil tersebut.
Terdiam seketika di buatnya...
Semua orang nak cantik,
semua orang nak kelihatan kacak,
semua orang nak kelihatan comel,
Namun, pernahkah kita terfikir untuk “cantik” dihadapanNya?
Yup kita memang boleh cantik depan manusia, bagaimana depanNya ?
Kita boleh tawan hati manusia dengan kelakukan kita, perangai kita dan amalan kita tetapi bagaimana untukNya ?
Jikalau kamu tahu sebenarnya, orang yang mahu “cantik” dihadapan Allah, tidak ingin manusia menilai “kecantikkannya” walaupun seinci.
“Cantik” yang dimaksudkan disini adalah dari segi akhlak dan amalan.
Orang yang cantik dihadapan Allah, secara automatiknya cantik dihadapan manusia. Namun, orang yang cantik dihadapan manusia, tidak semestinya cantik dihadapan Allah.
Kenyataannya kecantikan itu di paparkan dari dalam ke luar bukan luar ke dalam.
Apa jua pangkat dan darjat kamu tetapi Allah melihat pada Hati kamu. Jika di dalamnya elok maka di luarnya juga elok.Maka jagalah hati itu, kita ada satu sahaja jagalah dengan sebaiknya.
Jikalau kamu mengagumi sesuatu itu kerana luaranya maka ia akan pudar di bawa arus masa. Jadi fikirkanlah..
Apa jua kamu lakukan sama baik buruk adalah bermula dari niat kita.
Nilaian ALLAH tidak sama dengan nilaian manusia. Zahir rupa dan bentuk bukanlah nilaian ALLAH untuk mengatakan ia soleh, baik, beriman, taqwa atau dekat di sisiNya.
Bersabda Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam:
إنَّ اللَّÙ‡َ لا ينظرُ إلى أجسادِÙƒُÙ… ، ولا إلى صورِÙƒُÙ… ، ولَÙƒِÙ† ينظرُ إلى قلوبِÙƒُÙ…
Maksudnya: “Sesungguhnya ALLAH tidak melihat pada bentuk tubuhmu dan tidak pada rupa parasmu, tetapi DIA melihat pada hatimu.”(HR Muslim)
Apa jua pangkat dan darjat kamu tetapi Allah melihat pada Hati kamu. Jika di dalamnya elok maka di luarnya juga elok.Maka jagalah hati itu, kita ada satu sahaja jagalah dengan sebaiknya.
Jikalau kamu mengagumi sesuatu itu kerana luaranya maka ia akan pudar di bawa arus masa. Jadi fikirkanlah..
Apa jua kamu lakukan sama baik buruk adalah bermula dari niat kita.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya amalan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya amalan seseorang dibalas sesuai dengan apa yang dia niatkan.”(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)Firman Allah bermaksud: “Katakanlah, jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menampakkannya, pasti Allah mengetahuinya”(Surah Ali-Imran, ayat 29)
Riak lakukan ibadah,riak keluarkan sedekah, riak tolong orang dan sebagainya.Riak adalah seperti parut. Parut yang merosakkan kecantikkan.
Dalam hati hanya Allah yang tahu berhati-hatilah dengan riak.
Imam Ibnu Taymiyyah berkata: “Sesungguhnya bagi seseorang yang bersikap riak dalam ibadah, bukan saja ibadahnya batal, malah dia turut mendapatkan dosa daripada perbuatannya itu yang dianggap syirik kecil.”
Jadi marilah kita sama-sama jadi insan yang cantik, comel ,kacak di depan Allah. Amalan kita keranaNya bukan kerana yang lain. Ikhlaskan perbuatan kita jangan sehingga timbul riak dan ujub setiap perlakuan kita.
24 Ulasan
Catatan untuk diri pribadi terutama, "Orang yang cantik dihadapan Allah, secara automatiknya cantik dihadapan manusia. Namun, orang yang cantik dihadapan manusia, tidak semestinya cantik dihadapan Allah. "
Salam blogger dari Indonesia ^_^
bw dr housewifearts.blogspot.com
nauzubillah... semoga kita semua dijauhkan dari sifat2 itu..
dan... semoga kita semua menjadi hambaNya yang selalu cantik di depanNya... aamiin... :)