Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah, marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Sekarang ini isu tentang myvi masih belum reda lagi. Pesalah yang melanggar belum di hukum lagi.Tetapi hukuman masyarakat berikan kepada kereta myvi belum behenti.
Selepas kejadian tersebut banyak pemilik kereta myvi jadi sasaran. Mereka yang tidak bersalah dan tiada kaitan. Hanyalah pemilik kereta myvi.
Rungutan di laman sosial ada mengatakan mereka di ganggu kerana memakai kereta myvi. Banyak sindiran yang di kenakan terhadap myvi tetapi janganlah terlalu beremosi.
Kereta myvi tidak bersalah tetapi pemandu yang bersalah.Mereka yang cuai dan memandu melebihi had laju.
Ini masalahnya mereka menghukum seolah semua pemilik myvi yang bersalah.
Pihak kelab kereta tersebut juga telah bersedia memberi kerjasama dan bertanggungjawab apa yang berlaku. Ambil kes ini sebagai iktibar. Apa juga kereta yang kamu pandu harus menjaga keselamatan di jalanraya.
Jangan keruhkan keadaan lagi dan ambil tindakan tidak sepatutnya.Jangan kamu pula nanti yang kena bahananya.
Apa pun takziah acik ucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat kemalangan.
Kepada sesiapa yang ingin menyumbang bantuan kewangan kepada dua beradik yatim piatu anak mangsa kemalangan di atas lebuhraya DUKE boleh la salurkan sumbangan anda ke
MUHAMMAD FAIZZNUR
164799190478 MAYBANK
Kepada sesiapa yang ingin melawat boleh berbuat demikian di
No 19, jalan batu muda 18
Taman batu muda
Batu caves
68100 kuala lumpur
23 Ulasan
kita hate the crime, not the criminal
kita hate the crime, not the criminal
yang lain pun, dah kenapa emosi tak betul?
xpepasal org yang xberslh pun kne..
salam sayang dari kak aisya EFG, padehal acik tua lgi dari kita...hehehe sje nk gediksini, komen panjang2 berjela...kehkehkehkehk...
jindrisska.blogspot.com
myvi
kecian kat kita pengguna setia..