Assalamualaikum
Terlihat dari jauh senyumannya,
Tawanya menghibur duka,
Jenakanya menghiasi ruangan legar maya,
adakah dia penghibur sejati ?
adakah dia peneman sepi ?
Jawapannya hanya yang tahu bagi mengenali,
raut wajah,
lirikkankan matanya,
menenangkan jiwa yang memandang,
Itulah dia Sayidah Napisah
Siapa Sayidah Napisah ?
Menggelarkan dirinya sebagai Kak Cik, Sayidah Napisah seorang yang bercita-cita besar walau tubuhnya agak comel. Bercita-cita untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah ataupun Universiti
Kc yang ramah dan mudah mesra, menjadi mangsa usikan dan dia juga apa kurangnya suka mengusik juga.
Jika di tanya apakah tujuannya berblog ?
Berblog kerana nak bagi informasi yang bermanfaat kepada semua dan semoga menjadi saham di akhirat sana.
Berpegang pada prinsip hidup Allah always be there for me. Tentunya ianya menjadikan galakan dan nilai tambah baginya terus menyebar dakwah dengan caranya tersendiri.
Berpaksi pada matlamat no matter what people say i know what i doing and Allah will be always there for me.
Kc dan makanan tiada berpisah. Bertuahnya badan disumbat-sumbat makanan pon tiada gemuknya.
Kc dan trademark senyum colgatenya tiada berpisah juga. Senyuman penambat hati abang-abang dan kakak-kakak efg.
Bercita-cita menjadi cikgu/pensyarah/ngajar tuisyen atau sewaktu dengannya.
Berblogging seawal umur 17 tahun, motto utama Kak Cik di dalam dunia blog ialah untuk menyampaikan maklumat yang berguna dan bermanfaat kepada pembacanya.
Bagi yang tidak tahu, Kak Cik sedang melanjutkan pelajarannya di dalam bidang Matematik dan dia memang cintakan Matematik!
Kc yang aktif berbelog, aktif mengomen di blog dan aktif chitchat di group whatsapp merupakan pelajar yang cemerlang dalam akademik.
Selepas bertahun Kak Cik menggunakan url blog memburucintamu, akhirnya Kak Cik menukar kepada satu nama yang feminin sesuai dengan penampilannya iaitu Sayidahnapisah.com.
Trademark blognya ialah burung terbang membawa daun dan sehingga ke hari ini. Sejak bertukar ke Dot Com nampak perubahan besar di blognya. Perubahan header blog dan juga kekerapan dalam kemaskini entri yang baru.
Jika di tanya pada acik apakah kekuatan blog sayidahnapisah.com ?
Tentulah jawapannya story telling , ianya seolah bercerita kepada kita apa yang terjadi dalam hidupnya dan apa yang berlaku di sekelilingnya , di temani cerita korea dan yang di minati dan isu-isu yang semasa di kupas dengan baik.
Memulanya entri pada 1 sep 2012 di mana kesediaannya untuk melanjutkan pelajaran di UPM serdang. Di situ terpancar kegembiraan di dalam entrinya . Dalam diam KC mempunyai bakat terpendam yang jarang orang tahu.
Pada 23 Sep 2012 Kc telah mengemas kini sebuah bait-baitkan yang indah untuk di baca.
Duhai hati,jangan jauhi Allah,Ke mana pun kau lari...Allah ekori rapat-serapatnya,Duhai hati,jangan sisihkan Allah,Ke mana pun kau sembunyi,Allah ada sedekat-dekatnya.
Memang benar,Iman turun naik,Jangan biar jatuh merudum,Tika jatuh dan tersungkur,bangkit semula,Kita manusia biasa,Selagi ada nafas,kita jadi Mukmin yang berusaha,Sekalipun puncak iman belum kita miliki.
Usah bimbang,Allah melihat usaha kita,Usaha kita adalah ibadah,Lebih baik daripada insan yang berputus asa,Atau tiada langsung cita-cita untuk memajukan imannya..
Jika ingin tahu tentang sayidahnapisah, pergi ke sayidahnapisah.com
17 Ulasan
www.kucinghitam.net
pujian tu alhamdulillah.
terima kasih acik review kc!!!! :D