Assalamualaikum
Acik kau tak malu ke orang gelarkan anak mak ? lelaki anak mak ?
La awat pula nak malu, bangga adalah sebab dia mak aku. Kalau tak ada dia tiada aku di dunia.
Mata ini yang menjadi saksi hidupnya yang sukar untuk membesarkan kami adik beradik. Bagaimana harus aku tak sayang dia.
Ingat lagi, orang kata dengan mak . Jangan berangan nak sekolah anak kalau tak ada duit.
Menangis dia, tapi hatinya cekal untuk memberikan pendidikan kepada kami.Dia yakin bahawa dengan pendidikan boleh mengubah nasib kami.
Kerja kilang dekat 30 tahun, kerja 12 jam berdiri. Kerahkan kudratnya demi kami.Bagaimana untuk aku lupakan pengorbanannya ?
Kami jalan kaki sama-sama hantar aku ke sekolah untuk pastikan aku dapat ilmu. Jadi orang yang berjaya.
Duduk di temani lilin malam, pernah satu hari tempat bilik kami terbakar. Pernah orang lain ambil tahu ?
Hanya orang tahu mengutuk kami, mengata kami dan memperlekehkan kami.Hidup kami bagaikan kais pagi kais petang makan petang. Di blog inilah tempat ku hamparkan cerita kasih sayang seorang itu.
Tahukah kau syurgaku di bawah telapak kaki ibuku ?
Takkan ku biarkan dia terseksa kembali. Cukuplah cukuplah apa yang dia lalui.
Terima kasih mak kerana jadi ibu yang terbaik untukku. Tiada gantinya untukku.Jauh di sudut hati,
aku merinduinya membuatkan air mata tanpa di sedari bercucuran.
senyumanya, gelak tawanya penawar dukaku.
Ketika hati gundah , kau peneman yang setia,
ketika aku duka, kau memberi jalan setiap masalahku
Ketika lara, kau menjadi penghiburku
kata-katamu adalah wadah jiwaku
kekuatan untuk terus aku bernafas.
Tiada duanya untukmu ibu,
tiada bandingnya dirimu dari lain.
Allah menciptakanmu khas untukku ibu.
Terima kasih atas segalanya.
Hari-hariku hanya bersamamu ibu
Selamat Hari Ibu wahai ibuku yang tercinta
15 Ulasan
Selamat Hari Mak, Mak Cik...
Acik...syglah ia selagi ia masih ada....
bagi yg telah tiada sedelah doa... InsyaAllah doa ank soleh/solehah x akan putus.
selamat hari ibu untuk semua wanita bergelar ibu...
so hargai lah segala jasa dan pengorbanan mak acik selagi hayatnya masih ada