Ambil jubah selesai maka tunggu hari bersejarah nanti pada hari ahad untuk konvo nanti jadi kebetulan sempat berborak dengan rakan. Bertemu dengan senior acik. Biasalah kalau jumpa acik memang tak sah bercakap soal jodoh.
Tetiba kawan acik bersuara
Azmi : ishhh bosan kenapalah dengan diri aku selalu gagal dalam bercinta. Apahal nasib malang.
Acik : Tak baik cakap macam, mana ada nasib malang-malang semuanyakan Allah tetapkan , mungkin ada jodoh kau mungkin lambat.
Wani : aah tengok aku nie 2 kali putus tunang , tup tup kenal sebulan terus kawin .Perancangan Allah itu indah sabar Mi.
Azmi : umur aku dah tua, berapa kali bercinta tapi gagal semua.
Kak Zati : Sebab itu kamu kena betulkan niat , sebab apa bercinta nafsu atau ingin kawini dia kerana Allah. Dia yang di atas tahu niat kita.
Azmi : betul juga tu kak Zura, salah aku lebih kepada nak couple .Aku kena muhasabah diri.
Acik : ahh cara itu baru betul, buat solat taubat dan solat hajat. Allah kan Maha Mendengar bila kau benar-benar dah bersedia pastinya di temukan pada saat yang tepat dan keadaan yang tepat.
Azmi : Kak Zati, minta maaf nak tanya, macam mana akak boleh cool je walhal ramai orang cakap soal akak.
Kak Zati: mesti soal akak tak kawin lagi walaupun umur dah 34 ?
Wani: Akak, macam mana akak masih boleh tersenyum sedangkan umur akak makin bertambah tapi saya tengok akak tenang je walaupun takde lelaki di sisi akak?"
"Kalau saya ditempat akak, tak tahulah macam mana siang dan malam saya jika tiada lelaki yang sudi mencintai saya.."
Kak Zati : hanya mampu tersenyum.
Pejam mata.
Letakkan tangan dihati.
Akak yakin.
Saya ada ALLAH.
Mungkin masa saya untuk mencintai dan dicintai seseorang yang bernama Adam belum tiba. Mungkin saya masih belum sempurna untuk dijadikan kekasih halal buat seorang Adam.Saya ada ALLAH untuk menemani setiap kesunyian saya.
Saya harap kamu juga begitu.
Pesan saya,
Bangkitlah wahai wanita. Jangan sesekali tunjuk di depan semua orang kita lemah dan sedih jika tidak dimiliki sekarang. Jika hari ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita cinta, InsyaALLAH, ALLAH akan temukan kita dengan orang yang mencintai kita.Jika hari ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita sayang, InsyaALLAH moga Allah temukan kita dengan orang yang sayangkan kita.
Semuanya kuasa ALLAH.Percayalah..
JODOH ITU RAHSIA ALLAH ,JODOH PASTI BERTEMU.
Acik sangat kagum dengan Kak Zati , betul kata-katanya dan buatkan kami semua terdiam seketika.
20 Ulasan
Doa, doa & terus berdoa agar Allah pertemukan kita dengan sesorang yang boleh menyempurnakan hidup kita..insyALlah
Jemput singgah ke blog saya:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com
jodoh itu rahsia Allah s.w.t..indahnya jika kita memilikinya,tetapi jangan lah berduka jika saatnya belum tiba..