Ticker

6/recent/ticker-posts

Usah Biarkan Hatimu Di Sakiti Berkali-kali, Bangkitlah


Assalamualaikum

Wajahmu terpancar senyuman manis,
Keramahanmu membawa bahagia,
Ketika kau kesorangan air mata mengalir tanpa di duga,
tiada pendengar setia menemanimu,
kelahanmu hanya Dia yang tahu,
hati terhiris kerana cinta manusia

Pastinya setiap insan dambakan hidup bahagia bersama orang yang di sayangi. Betapa ramainya mahu merasa manis percintaan.

Betapa hati selalu berbunga-bunga kerana orang yang sayang ada dengan kita.Ada orang selalu menemani kita apa jua keadaan.

Siapa pun mahu seperti itu kan ?

Tapi pekara yang selalu kita alpa di sebalik kebahagian iaitu ada perpisahan.

Tanpa di pinta perpisahan itu hadir sama ada cepat atau lambat.

Bila kita bersedia menerima kehadiran seseorang dalam hidup kita, kita harus juga menerima kehilangan orang kita sayang. Kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Berpisah ajal maut atau berpisah hidup.

Ada yang mampu bertahan tetapi ramai yang jatuh tersungkur kerana sebuah perpisahan.Tidak dapat menerima takdir dan kenyataan bahawa dia bukan milik kita.

Sehingga sanggup menyakiti diri sendiri untuk meraih simpati dari dia.Sedangkan dia terus berlalu bersama pengganti.

Ingin kembali atas dasar simpati sehingga sanggup merendah maruah diri ?

Bangkitlah!!

Memang susah dan mengambil masa yang panjang.

Allah tahu yamg terbaik untuk kita. Sedang kita leka di bawa mainan perasaan mungkin dia sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk kita.

Perpisahan itu kadang kala memberi hikmah yang tersembunyi tanpa pengetahuan kita.

Hampuskan airmatamu,
Redha dengan apa yang berlaku

Redha itu terletak pada hati. 
 Bergantung pada kekuatan iman. 
 Bersandar pada keyakinan pada janji-janji 

 Redha itu, bila kita ikhlas. 
 Ikhlas menerima, berlapang dada. 
 Sangka baik dengan Allah. 
 Itu sebenarnya yang orang duk kata move on.

 Bukan maksudnya terus melupakan. Tapi bila mula faham yang setiap yang berlaku itu takkan terjadi dengan sia-sia. 

Mungkin langkah kita salah mencintai seseorang yang belum halal untuk kita.

Ingat. Kita masih ada Allah.
Jika manusia tak mampu, kenapa takut untuk cari Allah?
Kenapa takut untuk luahkan padaNya. Ceritalah segala-galanya pada Allah.
Luahkan semua rasa yang terpendam. Biar hati lapang. Biar jiwa tenang.
Jangan takut. Jodoh kita mungkin ada diluar sana.
Walaupun bukan dia tapi kita akan bahagia.
Allah akan berikan yang terbaik untuk hambaNya yang kuat dan tabah. Bersabarlah dan berdoa.



Jodohkan rahsia Allah.
Serahkan hati padanya,yakin dengannya dan biarkan dia jaga untuk kita.Maka dekatkan diri kita denganNya , jaga hubungan kita dengan Allah pasti Dia berikan yang terbaik untuk kita. 

Catat Ulasan

12 Ulasan

aswaleyla berkata…
betol tu acik . cinta sebab simpati tak ke mana . x seindah cinta pertama . Allah ada . DIA dah rancang yg terbaik untuk kita .
Ana Jingga berkata…
tiada yang kekal selain Dia , achik... semua ni bukan milik kita sekadar pinjaman dan ujian didalam menuju ke destinasi abadi.
paridah berkata…
cintai Allah melebehi segalanya itu yg sepatutnya n yg terbaik..berserah n bertawakl apa saja urusannya.
Sayidah Napisah berkata…
jodohkan rahsia Allah :)
Inani Hazwani berkata…
Terus langkah ke depan yakin Dia tentukan yang terbaik :)
Unknown berkata…
Jodoh pertemuan, ajal & maut ketentuan Allah SWT. Usah gundah gulana kerana jodoh akan tiba tepat pada masanya ketika kita telah cukup bersedia... hehehe
mrs berkata…
thanks saya dapat sesuatu melalui entry ni :)
khatyaiman berkata…
acik..bersyukur dengan apa yang kita sedang kecapi sekrang..hikmah dari segala kejadian kadang2 amat luar biasa..
Amelia berkata…
jodoh itu rahsia ALLAH. kita kena terima segala tadir yang sudah ditentukan
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Jodoh itu rahsia Allah..Bertemu walau sekali klau itu sdah jodoh mka berjodohlahh...bertemu dari kecil hingga dewasa klau Allah belum ttpkan dia jdoh kita mka tak berjodohlah..
Nik Ainaa berkata…
mencintai yg dah halal untuk kita lebih indah. ^_^
nuqudnabawi.com berkata…
Jodoh itu akan datang pada masa dan waktu yang tepat. Allah knows..