Assalamualaikum
Wajahmu terpancar senyuman manis,
Keramahanmu membawa bahagia,
Ketika kau kesorangan air mata mengalir tanpa di duga,
tiada pendengar setia menemanimu,
kelahanmu hanya Dia yang tahu,
hati terhiris kerana cinta manusia
Pastinya setiap insan dambakan hidup bahagia bersama orang yang di sayangi. Betapa ramainya mahu merasa manis percintaan.
Betapa hati selalu berbunga-bunga kerana orang yang sayang ada dengan kita.Ada orang selalu menemani kita apa jua keadaan.
Siapa pun mahu seperti itu kan ?
Tapi pekara yang selalu kita alpa di sebalik kebahagian iaitu ada perpisahan.
Tanpa di pinta perpisahan itu hadir sama ada cepat atau lambat.
Bila kita bersedia menerima kehadiran seseorang dalam hidup kita, kita harus juga menerima kehilangan orang kita sayang. Kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Berpisah ajal maut atau berpisah hidup.
Ada yang mampu bertahan tetapi ramai yang jatuh tersungkur kerana sebuah perpisahan.Tidak dapat menerima takdir dan kenyataan bahawa dia bukan milik kita.
Sehingga sanggup menyakiti diri sendiri untuk meraih simpati dari dia.Sedangkan dia terus berlalu bersama pengganti.
Ingin kembali atas dasar simpati sehingga sanggup merendah maruah diri ?
Bangkitlah!!
Memang susah dan mengambil masa yang panjang.
Allah tahu yamg terbaik untuk kita. Sedang kita leka di bawa mainan perasaan mungkin dia sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk kita.
Perpisahan itu kadang kala memberi hikmah yang tersembunyi tanpa pengetahuan kita.
Hampuskan airmatamu,
Redha dengan apa yang berlaku
Redha itu terletak pada hati.
Bergantung pada kekuatan iman.
Bersandar pada keyakinan pada janji-janji
Redha itu, bila kita ikhlas.
Ikhlas menerima, berlapang dada.
Sangka baik dengan Allah.
Itu sebenarnya yang orang duk kata move on.
Bukan maksudnya terus melupakan. Tapi bila mula faham yang setiap yang berlaku itu takkan terjadi dengan sia-sia.
Mungkin langkah kita salah mencintai seseorang yang belum halal untuk kita.
Ingat. Kita masih ada Allah.
Jika manusia tak mampu, kenapa takut untuk cari Allah?
Kenapa takut untuk luahkan padaNya. Ceritalah segala-galanya pada Allah.
Luahkan semua rasa yang terpendam. Biar hati lapang. Biar jiwa tenang.
Jangan takut. Jodoh kita mungkin ada diluar sana.
Walaupun bukan dia tapi kita akan bahagia.
Jodohkan rahsia Allah.
Serahkan hati padanya,yakin dengannya dan biarkan dia jaga untuk kita.Maka dekatkan diri kita denganNya , jaga hubungan kita dengan Allah pasti Dia berikan yang terbaik untuk kita.
12 Ulasan