ehsan google |
Assalamualaikum
Semalam jumpa seorang kenalan di tempat kerja acik .Katanya : Ehh acik, kau kerja sini ? kau ada degree tak kan kau kerja nie ?
Tak setaraf dengan kelayakan kau.
Aku hanya mampu tersenyum sahaja melihat kelakuannya. Ye memang aku aku ada degree dalam bidang penyiaran, seharusnya aku kerja di stesen televisyen mahupun jadi wartawan. Bukan aku tidak cuba, aku telah cuba mungkin belum ada rezeki. Pergi interview untuk jadi wartawan Kosmo, interview di Karangkraf semua belum ada rezeki. Jika di ikutkan hati ini memang buntu tak akan nak menggangur.
Ke sana sini mencari kerja di Kuala Lumpur dan Selangor.
Tapi mak berkali cakap cubalah cari kerja di Johor. Aku tekadkan untuk berpindah dan terus menetap di Johor untuk dekat dengan mak.
Bila berpindah ke johor alhamdulilah dapat panggil interview di tempat kerja sekarang. Walaupun kerjanya tidaklah mengikut ijazah tetapi pada acik ianya cukup.
Mungkin ini doa mak yang mahu anaknya dekat dengannya dan selalu ada untuk dia. Sekarang alhamdulilah nampak kecerian di wajahnya apabila kami dekat dengannya setelah sekian lama tengok dia masih sedih kehilangan abah.
Aku merancang untuk menjadi apa yang aku ingini, siapa aku untuk menentukannya ?
Dia tahu yang terbaik untukku dan aku ikhlaskan. Kalau kamu semua nak tahu, Allah makbulkan doaku sekian lama bahawa untuk aku selalu dekat dengannya dan buat dia bahagia.
Dulu aku selalu doa agar dapat kerja di Johor dan laksanakan tanggungjawab aku sebagai anak lelaki. Menjaga dia hingga ke akhir hayatnya.
Cukuplah,berpuluh tahun dia menderita dan berkali air matanya mengalir demi mencari sesuap nasi untuk kami. Biarlah kami pula membahagiakan dia.
Tentu setiap orang daripada kita mesti ada perancangan kan? dan amat jarang sekali perancangan itu menepati kehendak kita jikalau tidak pada kehendak Allah. Memang, kita mempunyai perancangan demi perancangan untuk meneruskan cebisan hidup yang telah diamanahkan oleh Allah swt.
Sebaik-baik perancangan adalah memohon keredhaan Allah swt, kerana perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Jadi apa yang ditentukan oleh Allah kita hendaklah redha dan ikhlas menerima walaupun kita rasa sukar, insyaAllah akan jadikan lebih mudah untuk kita. Mungkin kita tidak tahu kebaikan di sebalik ketentuan Allah dan juga mungkin kita tidak tahu keburukan disebalik kehendak kita.
Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, ya Allah mujur Kau takdirkan begitu. Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah), “sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila DIA menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati.”
10 Ulasan
doa mak memang termakbul acik. kita pun sama. dulu intern pnyalah mnx jauh2. pastu orang tu kol nak mnx info pasal education kita. pastu tbe2 mak tnya, praktikal dekat mana tu. kita cakaplah dekat perak. terus mak membebel. kata susah sume. 5 saat lepas tu, orang tu kol. kata dia x dapat amek kita jadi trainee kat sana.. sobs...
maybe ada hikmah. memang ada hikmah untuk kita. dapat keje kat cyberjaya. dekat dengan family makcik hehe