Ticker

6/recent/ticker-posts

Dia Sanggup Buat Apa Sahaja Asalkan Kita Bahagia



Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya dan marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhamad saw. Sekarang ini syarikat tempat acik kerja sedang lakukan promosi jualan gudang di kipmart Masai bagi gadget jadi berpusulah yang datang untuk melihat promosi terkini.

Tiba-tiba di datangi seorang ayah ini, berkali-kali dia datang untuk buat perbandingan harga. Jadi sekali lagi dia datang kepada acik :

dik , handphone yang pakcik nak tu dah tak ada ye dik ?

Acik : aah pak cik dah habis stock tapi yang lebih kurang ini ada pakcik.
Pakcik : ohh yeke, ermm kejap eh pakcik nak telefon anak pak cik .Pak cik nak belikan dia sebab dapat keputusan baik exam. 

Bila dengar perbualan anak dan pak cik tu jadi sebak pulak. Si anak marah-marah kerana yang dia nak tak ada dan pak cik tu tidak tahu model jadi dia suruh bercakap dengan acik.

Jadilah acik cakaplah model itu ini, lepas tu acik kata kenapa tak ikut beli sekali kan senang boleh pilih .Anak perempuannya terdiam..

Pak cik : Jadi jenis yang ini yang dia nak ye dik ?

Acik : Aah cik jenis ini..

Pak cik : Pak cik harap dia jadi anak yang baik, belajar rajin-rajin dan dialah masa depan pakcik untuk menumpang kasih.

Terkejut bila dia keluarkan duit RM1 dalam jumlah yang banyak dan ada juga duit syiling.

Ya Allah , sebak pula tengok pak cik nie. Bila dah beli lama juga dia carikan casing untuk anak dia.

Semoga pak cik itu di berikan kebahgiaan oleh Allah. Sayu pula rasa hati, demi anak dia sanggup buat bergitu.

Makin buat acik sebak, pak cik kata :

maaflah nak duit kecil-kecil , ini duit dah lama pak cik simpan. Biar anak pak cik bahagia. alhamdulilah ada lebih RM 10 bolehlah buat duit minyak motor.

Nasihat acik hargailah ibu bapa kita, mereka sanggup buat apa sahaja, korbankan apa sahaja asalkan kita bahagia. Hormatilah dan sayangilah mereka.

Catat Ulasan

21 Ulasan

Inani Hazwani berkata…
Ayah tiada galang gantinya
Mar Mansor berkata…
ini pengalaman achik ke? Ya Allah..anak-anak zaman sekarang mudah sangat bila mahu minta apa-apa..tapi tidak tahu betapa sukarnya untuk ibu bapa mereka dapatkan wang..lagi zaman GST ni..segala macam naik..emm..
Siti Sharini berkata…
sebagai ibu bapa bukan saja kita memberi apa yang diminta anak, seharusnya kita ajar juga dia menghargai..kalau tak apa yg diberi tu bagaikan sia-sia..ingatan untuk saya juga,,
Akupenghibur.com berkata…
berdasarkan pengalaman sendiri... berlaku depan mata
paridah berkata…
SEBAK KISAHNYA...MOGA JADI TELADAN DAN PANDUAN MNJADI ANAK SOLEH N XSUSAHKAN IBU BAPA...
Wayne Harraz berkata…
susah ayah ibu, anak2 tidak kisah. susah anak2, ayah ibu kisah
yoorinmelacolea berkata…
sedihnyaa acik.. =( kak yoorin dah jadi mak ni rasa lagi sebak.. semua memang nak terbaik untuk anak.. =( tak suka laa anak derhaka macam tuu..
KHALID berkata…
sedih la baca kisah2 mcm ni.. hopefully anak die tu dpt mnyedari pengorbanan ayahnya sebelum terlambat..

Jom Terjah : Bukti cukai GST di Malaysia naikkan harga barang


BinMuhammad berkata…
Semasa menjadi anak...biasanya kurang nampak dan hargai akan pengorbanan bapa, tapi bila dan menjadi bapa...barulah tahu betapa besarnya tanggungjawab dan pengorbanan menjadi seorang bapa

p/s: Terima kasih kerana sudi bersama Relaks Minda...anda amat2 dihargai
Ana Jingga berkata…
kasihnya ayah.. semoga anak-anak akan terus menghargai pengorbanan ibu dan ayah sementara masih diberiNya kesempatan.
mas saari berkata…
sedihnya.. begitulah besar pengorbanan ibu ayah
sanggup apa saja demi anak2..
Yana Yani berkata…
allahukakhbar, teruknya perangai anak akhir zaman
anak menjadi tuan kepada parent diorang
minta dijauhkan keturunan akak dari sifat sedemikian
Ya Allah..
sayunya hati ni acik...
Eny Abdullah berkata…
sedihnya... teringat arwah ayah kk eny dulu... :(
Eny Abdullah berkata…
sedihnya... teringat arwah ayah kk eny dulu... :(
Unknown berkata…
Tetba mata masuk habuk..sob sob
Khir Khalid berkata…
Ayah yg baik pasti sanggup bekorban utk membahagiakan anaknya.. hargai ayah kita dgn menjadi insan yg taat kpd perintahNYA, walaupun ayah telah tiada. Doa kita sbg anak pasti dimakbulkan untuknya... aamiin...
Qiya Saad berkata…
Sedihnya..sebak baca kisah ni..semoga pakcik tu murah rezeki dan anak dia cepat matang supaya blh menilai betapa susahnya kehidupan zaman skg ni..

http://qiyasaad.blogspot.com/2015/06/sepetang-bersama-blogger-2015-yeos.html?m=1
aboya berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
aboya berkata…
dad always a hero... :=l