Assalamualaikum
Hari nie acik dapat banyak dapat email daripada mereka yang ingin mengadu dan berkongsi masalah. Dan acik ada seseorang ini sangat memerlukan nasihat acik dan kamu semua, jom lihat perbualan kami.
Assalamualaikum bro acik, please reply email aku, aku sangat perlukan semangat saat nie, aku rassa down dan aku perlukan nasihat bro.
Acik : Walaikumusalam ye bro nape bro ?
Mohd : Akhirnya bro balas jugak email aku, dah lama aku tunggu, boleh panggil aku mohd saje. Aku bukan nak bukak aib keluarga sendiri tapi aku tak tahan sangat, aku sedih ,kesal apa yang berlaku dalam hidup aku. Aku selalu di pulaukan kawan-kawan dan di ejek kerana perangai ayah aku. Apa salah aku bro ?
Acik : emm kenapa Mohd ? apa yang berlaku sampai kena pulau ? apa yang terjadi ?
Mohd : Aku sedih bro , bila aku tengok orang lain, boleh berbuka dengan mak ayah, boleh jalan-jalan pergi bazar, tapi aku tak pernah rasa. Keluarga memang nak kata berada juga, mampu memiliki apa yang aku nak, tapi aku kurang kasih sayang. Mak dengan Ayah aku depan aku kemain baik lagi tapi sebenar mereka dah tak sehaluan. Aku tahu , dari kecil aku di manja dengan duit dan dapat apa sahaja yang aku nak. Mak ayah aku tunaikan , tapi aku tak pernah dapat kasih sayang mereka, mereka sibuk dengan kerjanya.
Baru-baru ni,aku dapat tahu yang ayah aku ada scandal dengan perempuan lain yang lebih muda,umurnya lebih kurang aku. Aku kecewa apabila aku lihat ayah aku sendiri minum arak dan bertukar-tukar perempuan. Selalu balik lambat dan kaki clubbing. Aku malu dengan mereka, bukan harta yang aku nak tapi aku nakkan kasih sayang dari mereka. Aku jadi terikut perangai ayah aku, tapi bila ada terbaca di blog bro ,setiap hari aku baca di blog bro aku jadi takut dan rasa perlu berubah.
Bro kenapa orang yang tak solat, minum arak tapi di beri kejayaan dan kesenangan hidup ? aku rasa tak fair ?
Acik : emm sabo mohd, kadang Allah berikan kita kekayaan itu untuk melihat sejauh mana diri kita, adakah kita sedar dengan nikmat yang Allah beri, ini semua ujian yang Allah hadir untuk mohd dan sekeluarga. Allah nak melihat sejauh mana manusia itu apabila di berikan kesenangan dan nikmat hidup dan ada ujian tersebut berikan namakan istitidraj
Istidraj ini
adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu
yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam
kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang
pembuat maksiat yang tegar
Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala
memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat
maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh
Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.
Mohd : emm macam gitu ke ? serious aku tak penah tahu tentang pekara nie. Aku tak pernah dengar, thanks acik, aku nak mendalami islam tapi aku tak tahu caranya, mak ayah aku aku tak pernah lihat mereka solat, akusendiri tak tahu nak solat , aku tak tahu mengaji. Macam mane acik ? adakah salah aku juga semua ini ? aku cuba nak jadi anak yang baik dan seorang islam yang baik, tapi aku tak tahu bagimana.
Acik : Bro kirenya kamu untung Allah masih sayang pada kamu , masih beri petunjuk pada kamu. Jangan risau masih ada kesempatan untuk kamu untuk berubah, insyaAllah acik akan tolong sikit sikit. Tapi ingat doa anak yang soleh itu dapat mengubah ibu bapanya, jangan penat berdoa kepada Allah untuk meminta agar ibu bapa kamu berubah ,insyaAllah.
Mohd : yeke bro ? thanks sangat ,
Acik : sama-sama bro
Pada acik begitu beruntung kepada mereka yang dapat hidayah Allah , bukan senang tau nak dapatkannye . Bila lihat kes mohd ini, acik jadi muhasabah diri, setiap apa yang Allah hadirkan dalam diri ini bersebab dan ada hikmah yang kita tahu, jawapannye ada dalam diri kita sebenarnya.
29 Ulasan
Moga mohd mendapat hidayah dan ada yang sudi membimbingnya.
My recent post : Khasiat Halia - Infografik