Ticker

6/recent/ticker-posts

Kadang-Kadang Kita Tak Sedar Bahawa Yang Menjadikan Anak Itu Rosak Adalah Ibu Bapa Itu Sendiri

nak Itu Rosak Adalah Ibu Bapa Itu Sendiri

Assalamualaikum

Hari nie acik dapat banyak dapat email daripada mereka yang ingin mengadu dan berkongsi masalah. Dan acik ada seseorang ini sangat memerlukan nasihat acik dan kamu semua, jom lihat perbualan kami.

Assalamualaikum bro acik, please reply email aku, aku sangat perlukan semangat saat nie, aku rassa down dan aku perlukan nasihat bro. 

Acik : Walaikumusalam ye bro nape bro ?

Mohd : Akhirnya bro balas jugak email aku, dah lama aku tunggu, boleh panggil aku mohd saje. Aku bukan nak bukak aib keluarga sendiri tapi aku tak tahan sangat, aku sedih ,kesal apa yang berlaku dalam hidup aku. Aku selalu di pulaukan kawan-kawan dan di ejek kerana perangai ayah aku. Apa salah aku bro ?

Acik : emm kenapa Mohd  ? apa yang berlaku sampai kena pulau ? apa yang terjadi ? 

Mohd : Aku sedih bro , bila aku tengok orang lain, boleh berbuka dengan mak ayah, boleh jalan-jalan pergi bazar, tapi aku tak pernah rasa. Keluarga memang nak kata berada juga, mampu memiliki apa yang aku nak, tapi aku kurang kasih sayang. Mak dengan Ayah aku depan aku kemain baik lagi tapi sebenar mereka dah tak sehaluan. Aku tahu , dari kecil aku di manja dengan duit dan dapat apa sahaja yang aku nak. Mak ayah aku tunaikan , tapi aku tak pernah dapat kasih sayang mereka, mereka sibuk dengan kerjanya.

Baru-baru ni,aku dapat tahu yang ayah aku ada scandal dengan perempuan lain yang lebih muda,umurnya lebih kurang aku. Aku kecewa apabila aku lihat ayah aku sendiri minum arak dan bertukar-tukar perempuan. Selalu balik lambat dan kaki clubbing. Aku malu dengan mereka, bukan harta yang aku nak tapi aku nakkan kasih sayang dari mereka. Aku jadi terikut perangai ayah aku, tapi bila ada terbaca di blog bro ,setiap hari aku baca di blog bro aku jadi takut dan rasa perlu berubah.

Bro kenapa orang yang tak solat, minum arak tapi di beri kejayaan dan kesenangan hidup ? aku rasa tak fair ?

Acik : emm sabo mohd, kadang Allah berikan kita kekayaan itu untuk melihat sejauh mana diri kita, adakah kita sedar dengan nikmat yang Allah beri, ini semua ujian yang Allah hadir untuk mohd dan sekeluarga.  Allah nak melihat sejauh mana manusia itu apabila di berikan kesenangan dan nikmat hidup dan ada ujian tersebut berikan namakan istitidraj

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar



Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Mohd : emm macam gitu ke ?  serious aku tak penah tahu tentang pekara nie. Aku tak pernah dengar, thanks acik, aku nak  mendalami islam tapi aku tak tahu caranya, mak ayah aku aku tak pernah lihat mereka solat, akusendiri tak tahu nak solat , aku tak tahu mengaji. Macam mane acik ? adakah salah aku juga semua ini ? aku cuba nak jadi anak yang baik dan seorang islam yang baik, tapi aku tak tahu bagimana.

Acik : Bro kirenya kamu untung Allah masih sayang pada kamu , masih beri petunjuk pada kamu. Jangan risau masih ada kesempatan untuk kamu untuk berubah, insyaAllah acik akan tolong sikit sikit. Tapi ingat doa anak yang soleh itu dapat mengubah ibu bapanya, jangan penat berdoa kepada Allah untuk meminta agar ibu bapa kamu berubah ,insyaAllah.

Mohd : yeke bro ? thanks sangat ,

Acik : sama-sama bro

Pada acik begitu beruntung kepada mereka yang dapat hidayah Allah , bukan senang tau nak dapatkannye . Bila lihat kes mohd ini, acik jadi muhasabah diri, setiap apa yang Allah hadirkan dalam diri ini bersebab dan ada hikmah yang kita tahu, jawapannye ada dalam diri kita sebenarnya.

 

Catat Ulasan

29 Ulasan

norhasnizakhalid berkata…
terkedu sekejap,.. setelah membaca keseluruhan kisah, insyallah mama akan cuba memberi yang terbaik untuk anak mama. Jadi ibu yang sempurna untuk mereka..
tarmizi berkata…
Saya pun ada kawan mcm mohd.
krole berkata…
alhamdulillah, betul tindakan dan jawapan acik untuk membantu saudara itu...biasalah acik, dugaan yang paling berat daripada Allah adalah kesenangan duniawi...krole doakan moga saudara mohd tadi dipermudahkan urusannya dalam mendekati ajaran islam ni...dan acik bantulah beliau ya~ nice entri acik
Maria Firdz berkata…
Insha Allah..cuba yg terbaik..krna ank anugerah Allah...dan ibu bapa yg mmncoraknya...
Tanpa Nama berkata…
Akak tak terkejut baca cerita nih . jiran sebelah umah ni pun cara hidupnya mcm tuh . mlh anaknya kata ; ' ibunya bkn org melayu tapi org putih ' dah sah kulit tuh sawo mtg . mlh bibiknya bercerita pd kami lbh drp tu . ramadhan nih ... faham2 jer la ... kesian kat anak2nya yg tak kenal tikar sembahyang ...
Tanpa Nama berkata…
harap2 nasihat acik ni dapat memeberi peluang kedua pada mohd untuk menerima sinar baru...
kak gojes berkata…
Kasih sayang tak mampu dibeli dgn wang ringgit...
Zaza Iman berkata…
sedih baca..semoga mohd tabah hadapi ujian hidup..insyaALLAH doakan selalu, pasti akan ada jalannya..bersabarlah
Unknown berkata…
eloklah sekurg2nya mohd dapat kesedaran dan tahu bezakan mana yg betul mana yg salah....semoga pencarian beliau dipermudahkan lepas ni... :)
Akupenghibur.com berkata…
alhamdulilah mama :)
Akupenghibur.com berkata…
yeke ? sekarang dia bagaimana ?
Akupenghibur.com berkata…
insyaAllah krole acik cuba bantu dia :)
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) insyaAllah :)
Akupenghibur.com berkata…
yeke kak ??? sedihnye cm tu ,,moga mereka dapat petunjuk
Akupenghibur.com berkata…
amin mudah mudahan :)
Akupenghibur.com berkata…
betul tu kak, kasih sayang itu tak boleh di beli
Akupenghibur.com berkata…
amin, jom doakan sama sama, moga perolehi hidayah
Unknown berkata…
Ye, tentu sekali..ibu bapa berperanan paling penting dlm membentuk ank..walaupun begitu, diri kita sendiri mampu memilih dan berfikir...semuanya ada dlm diri kita sendiri.
cik jari manis berkata…
Alhamdulillah, mak ayah saya didik saya dgn baik...syukur sgt2...lps baca kisah mohd ni, hati saya rasa tersentuh, simpati..sya terfikir..mcm mana keadaan mohd sekarang? semoga mohd tabah menghadapi situasi ni..In Shaa Allah, Allah itu Maha Mendengar.. =) barakallahu fikum "mohd"....
Adilah Asari berkata…
semoga dia dapat berubah..well done acik..
Tetamu Istimewa berkata…
Ternyata, blog acik mempunyai auranya tersendiri. Bukan senang tau. Tahniah!

Moga mohd mendapat hidayah dan ada yang sudi membimbingnya.
Aimacomel berkata…
moga mohd diberi kekuatan utk teruskan perubahan tu..anak yg baik akan sentiasa mendoakan yg terbaik utk kedua ibubapanya..
Mizz Aiza berkata…
alhamdulillah diberikan hidayah oleh Allah kepada insan yang bernama mohd.. semoga beliau terus kuat dan istiqamah dengan perubahan positif yang dilakukan.. mohd jangan berputus asa untuk terus berdoa semoga kedua ibu bapanya juga turut berhijrah..
Unknown berkata…
bnyk je kes mcm Mohd zaman skrng ni.... sian pada anak2

My recent post : Khasiat Halia - Infografik
Unknown berkata…
semoga suatu hari nanti kita manjadi pelapis ibubapa yang mendidik anak2 manjadi soleh/ah...teruskan bermotivasi ye bro..:D
MalizaMah berkata…
ada masa nanti, pm kat fb atau leave komen .. nk pos poskad raya. mekasih......
Lieza Nordin berkata…
sedih kut kalau ada ibu bapa y lebih kejarkan duniawi berbanding didik anak2 menuju ke akhirat... takutlah kita dgn istidraj tu... bmbg kita akan terus hanyut dan lalai.. smga kita smua berada dalam redhaNya selalu :')
Aida Ismail berkata…
Hmm..kesiannya Mohd. Takpe la, Allah masih beri dia kesempatan & sedar sebelum terlambat. Hopefully, ada la insan yang dekat dengan dia, yang sudi bantu dia untuk berubah..
akmal rusydi berkata…
Betul tu acik..anak2 sekarang rosak sebab mak bapak sendiri. Anak hisap rokok mak bapak tak marah..anak ponteng sekolah mak bapak tak kisah..