Hati ini berbolak balik , kadang boleh sayang dan kadang boleh membenci. Ianya memainkan peranan yang penting dalam terjemahan perasaaan.
Pertanyaan pagi-pagi acik dapatkan , kenapa Hati perempuan mudah berubah ?
Pada acik, hati perempuan ibarat laut, ada pasang surutnya. Ada satu ketika di sayang di sanggup apa sahaja walhal tinggalkan keluarga. Ada masa mampu membenci walhal dialah orang yang paling dia sayang. Itu sebahgiannya tetapi hati mereka sukar ramal dan di duga.
Kadang kala kita pekara itu biasa tetapi pada perempuan itu hal terpenting dan mereka sensitif tentang sesuatu pekara.
Perempuan selagi dia sayang dia akan pertahankan tetapi bila dia dah move on sukar untuk menawan kembali.
Hati perempuan boleh berubah bila dia rasa keselesaannya terjamin dan dapat membahagiakan dia.Soal harta itu mungkin sekarang menjadi keutamaan dan soal cinta itu dapat di pupuk.
Drama banyak memaparkan bermula dari benci, kawin terpaksa akhirnya hati mampu tertawan. Itulah orang kata hati mereka seperti kerak nasi bila lama-lama di curahkan dengan kasih sayang pasti akan lembut juga.
Hati mampu berubah sekelip mata, bukan perempuan sahaja malah sama sahaja lelaki.
Jadi bagaimana untuk dia tetap bersama dengan kita ?
Jadilah lelaki yang terbaik untuk dia, jadilah imam yang baik untuk dia. Jangan sakiti dia, sayangi dia dan paling penting didik dia mencintai kerana Allah.
InshaAllah pasti akan tetap ada di sisi menemani di kala susah dan senang.
11 Ulasan
Salam Ramadhan
~ azlindaalin.com
suka di manja2,dibelai,dan suka pada yg jujur...
baru lah hati tidak berubah...
he he